Tuesday, May 18, 2010

Berita Baik dan Buruk

Sebaik ON je internet, macam-macam berita baik diterima. Heee. Berita baik mesti dikongsi bersama. Oh, ini berita, yang baik pada pandangan F je la. Lain orang, lain cara mendefinisikan baik atau buruk bukan??


[1] Zack Zukhairi yang ditunggu-tunggu selama ini, dah meng'update' blog dia. Aisyh, punya la penangan dia tu, sampaikan F gi jenguk blog dia tu, ada 55 orang sedang intai bersama. Simple je update nya, tapi cukup untuk nak bagitau bahawa dia dah kembali.


Nampak gayanya, hari-hari F bakal diwarnai gelak ketawa, sebab bro Zack tu memang best bab-bab bercerita.


[2] Berbanding awal bulan ini, ranking Alexa atas 5 juta tau. Sekarang ni dah hanya 2juta something. Masih lagi jauh tu nak kejar bawah 1 juta, tapi akan cuba diusahakan. Memang blog untuk suka-suki, tapi sekurangnya, Alexa itu sebagai pembakar semangat sikit.



[3] Satu lagi, selera makan dah bertambah balik la. Heeee. Jadi makan pun tak henti-henti. Boleh pulak pukul 1 pagi semalam masak telur dan keju untuk dimakan dengan roti. Ohoho. Bersedialah untuk menaikkan kembali berat badan. Sangat suka, sebab tahu F dah kembali normal la ni.





Berita buruk, oh buruk tu cam kasar sangat je. Berita tak berapa baiknya.

[1] Mata sebelah kiri semakin membengkak dan sakit rasanya. Ingatkan sehari dua, baiklah ia, tapi ini dah hari ketiga, makin teruk nampak gayanya. Tak boleh nak agak apa penyebabnya. Sebab nangis kuat sangat kot hari tu???


[2] Trafik jatuh teruk dua tiga hari yang lepas, tapi cuba nak cover balik perlahan-lahan. Memang susah, sebab sekarang nak blogwalking pun tak larat sebab tak boleh nak lama-lama mengadap lappy ni. Mata sakit sangat.


[3] Bab makan dah ok, mungkin sebab emosi sangat tidak stabil. Kalau duduk kat CFS dulu, boleh lupakan masalah sikit-sikit sebab hidup sentiasa sibuk. Tapi tidak di rumah. Tambah-tambah pulak dah tak kerja ni. Lagila terlalu banyak masa untuk layan perasaan dan segala macam masalah yang bertandang.




p/s : Rindu la sama kawan-kawan..

10 comments:

Roxy zai said...

hahaha..sy follower zack juga..hepi dia daa kmbali!!

eh2..jgn duk dpn laptop lama2..x elok tuk mata..dptkan tido yg cukup tau..

pesanan optometrist-to-be..hehe!!

papabear said...

alexa tu manja. kena selalu layan kalau tak senang2 je jatuh :)

NiZaM Limited said...

Mood tak ok lg ye..
takpe2..take care..slow2.
nanti dah ok rajin2 la blogging balik ye cik fikah.

Eyriqazz said...

saya pun ternanti-nanti entry zackzuhairi...kreatif...

P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:

http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944

kina ;) said...

Alhamdulillah, dah sehat. XD

fikah © said...

Roxy zai;
heee.
sangat suka zack.
emmm.
entrinya la.
heeee.

heee.
baik cik optometrist-to-be.
saya akan jarakkan diri dengan acer kesayangan ni.
heee.

fikah © said...

papabear;
a'ah.
betul tu.
tak update je sket, terus nak merudum jatuhnya.

fikah © said...

NiZaM Limited;
thanks en Nizam!!
selalu bagi semangat.

fikah © said...

Eyriqazz;
dengan zack, memang menanti je.
masa die tak update, rasa boring.

bro, saya dah vote awal2 dah.
cuma tak tinggal komen je.
heee.

fikah © said...

kina ;);
heee.
alhamdulillah.
syukur sangat2.