Saturday, May 8, 2010

Apabila Keadaan Mula Berubah

Assalamu'alaikum. Selamat tengah malam semuanya.


Minggu ni walaupun blog ini berjalan seperti biasa, tapi kat rumah lain ceritanya. Macam-macam hal dah. Dan sedikit sebanyak mengganggu emosi F. Tekanan weh, tekanan. Sebab itu entri-entri, setiap hari macam bercampur-baur sikit kan?? Itu menandakan F sebenarnya tengah jiwa kacau.


Kenapa ye?? Sebab nenek kesayangan, Opah, sakit. Tak adala teruk sangat, tapi tidak seperti sakit-sakit selalunya. Kalau tak silap, dah dari awal minggu ni lagi. Demam, macam tak demam. Rasanya, sakit-sakit dalaman tu.



Mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca. Sebab minggu lepas, hujan kejap, lepas tu, panas balik. Kalau macam F dulu-dulu, mesti dah demam punya, tapi sebab dah selalu kena, maka Alhamdulillah, tidak kali ini. Badan semacam dah imun sikit. Tapi, bukan Opah. Iyelah, mana nak dibandingkan badan orang umur 20 dengan badan Opahku yang dah 84 sejak 16 April lepas. Memang tak tahan la.


Selera mula berubah. Makan pun tak banyak sangat. Sesuap dua je. Lagi kesian, Opah mula susah nak bergerak. Nak berjalan ke tandas atau ke dapur, sampai terketar-ketar. Serius, F tak pernah nampak Opah sakit sebegini rupa.


Maka, kalau-kalau Opah nak makan, kami sediakan makanan kat meja yang paling dekat dengan bilik. Nak ke tandas, pakat-pakat pimpin dia. Oh, sayu weh tengok Opah yang dah jaga F sejak dari bayi lagi. Yang sanggup pindah ke Kubang Kerian Kelantan ni, dari Chenderiang Perak. Semata-mata untuk cucu ni.


Sebab tu kalau tengok, F memang manja gila dengan Opah. Mungkin tak ada sangat cerita pasal Opah, tapi itulah hakikat sebenarnya, F tak boleh hidup tanpa Opah. Tak boleh kalau tak dengar dia tak panggil F, 'Manja' walau sehari.



Bila sakit ni, tak boleh miss dari tengok dia kat bilik tu. Risau la weh. Tak boleh bayang kalau apa-apa jadi kat Opah. Haish..kenapa la air mata ni laju la pulak mengalir..


Terkilan la jugak, sebab sejak Opah sakit ni, tak sempat lagi nak belajar buat kuih-kuih tradisional. Bulan lepas, tak dapat sebab F kerja. Tapi bila dah berhenti ni, Opah pulak jatuh sakit.


Kelmarin dah bawak jumpa doktor. Doktor tu macam agak senior jugak la. Muda dari Opah, semestinya. Opah cakap, "Aih, sakit ni dah nak mati agaknya.." dengan suara tersekat-sekat. Haru F kejap. Tapi doktor tu pandai tekel balik. "Mati ni, semua orang akan mati. Yang muda pun mati. Yang tua pun mati. Yang nak mati ke tak nak ke, kena mati jugak," sepatah-patah doktor cakap dengan lembut.


Cuma, F tak rasa bersedia. Bukan sekarang, Ya Allah. Nak biar dia tengok F grad dulu, ada keluarga sendiri. Bagi Opah duit hasil peluh F, dah berjaya dari hasil kerja F hari tu. F hanya nak dia sihat macam biasa balik dan kitorang dapat merapu macam dulu-dulu.


Doakan Opah F, ya kawan-kawan..


p/s : nanti akan letak gambar Opah.

4 comments:

crystalchess said...

ciduck doakan opah fikah cepat sembuh,namun,sebgai manusia,apa jua yg menimpa kita ni,kita kene redo dan pasrah..
ikhtiar yg terbaik!

[z@ck] said...

ajal maut di tangan tuhan..
selagi kita masih bernafas, banyakkan amalan..

=)

fikah said...

crystalchess;
thanx ciduck..
long time no see dear..

fikah said...

[z@ck];
thanx a bunch kak zack.
insya-Allah,sedaya upaya membanyakkan amalan.