Wednesday, May 5, 2010

Alangkah Indahnya

Malas nak cakap banyak, nah, mari kita layan benda-benda sejuk ni sekejap. Sebab kat Kelantan ni, hangatnya memang tak terkata. Suhu dah naik balik dari minggu lepas kepada 38 darjah Celcius dah ni. Peluhnya, tak payah nak cerita, kalau tak lencun baju, memang tak sah. Siap dengan ruam-ruam lagi. Aih, bunyi macam kulit aku ni manja sangat gamaknya.


Aiskrim.





Air batu campur [ABC]





Ice blended.





Yang terbaru, KFC Krushers.


Ni yang buat aku rasa nak berlari je, pergi KFC Kubang Kerian kejap. KFC Krushers kat Malaysia ni, ada 4 jenis - Classic Mocha Krunch, Classic Kookies 'N Kream, Sparklers Lemon Fresh Fizz dan Yogurt Strawberry Banana. Malangnya, kat sini belum ada lagi Karamel Krunch macam kat sesetengah negara. Aku lagi suka benda-benda karamel ni. Tapi, ingat nak cuba Kookies 'n Kream dulu kot. Best ke tidak, kena pergi cari la sekarang ni.

Oh, lupa pulak nak cakap. Kalau nak baucer percuma dari KFC, bolehlah tanpa segan silu ke laman web HotFM.

Muat turun kat lama web ini - Baucer Percuma KFC Krushers.
Korang tengok gambar yang bawah tu, klik kanan dan "Save Image as". Lepas dah simpan tu, jangan lupa cetak [print out] untuk ditunjukkan sebagai bukti waktu beli KFC Krushers ni. Ada faham??

Malang sekali buat aku, apabila mendapati, KFC Krushers hanya terdapat di :

KFC Sungei Wang
KFC Tesco Shah Alam
KFC Plaza Alam Sentral
KFC Giant Shah Alam
KFC Wisma PKNS Shah Alam
KFC Seksyen 18 Shah Alam
KFC Shah Alam Mall
KFC Seksyen 2 Shah Alam
KFC Seksyen 20 Shah Alam
KFC Extreme Park Shah Alam
KFC Taman Sri Muda Shah Alam

Kalau dapatlah merasa benda-benda ni semua sekarang, memang sumpah aku tak pandang kiri kanan dah. Syok tu...cepat-cepatlah Krushers ni sampai Kubang Kerian pulak. Tak sabar aku ni.

8 comments:

Mista Blogga said...

kebetulan hari ni aku kat shah alam.
boleh lari ke KFC jap lagi.. :)

nabil_potter said...

sedapnya...

fecca said...

nak eskrim!!!


~*(^_^)*~

cik zatil said...

i tak tahan dear tgk
ilustrasi di atas!

hehe..shedappp oo..

f is fikah said...

Mista Blogga;
waaahhh!!!!
sungguh tak adil!!!!
pos ke sini boleh tak??

f is fikah said...

nabil_potter;
em. memang nampak sedap tu.
teringin sangat2 nak cuba.
sebab baca review ramai orang cakap best.

f is fikah said...

fecca;
jom..jom.
nanti banyak sikit earning bolehla nak blanja.heee.

f is fikah said...

cik zatil;
tau takpe kak.
tak tahan dah ni.