Tuesday, May 4, 2010

The 30 Days Project

Lama dah dengar pasal projek ni. Waktu F tengok mula2 dulu, ingatkan, hanya blogger-blogger tertentu atau terpilih saja yang boleh sertai. Rupanya, projek ni umum dan terbuka buat semua blogger.


Dalam ingat tak ingat tu, F teringat balik ni pun, sebab baca entri ini kat ex-rumetku sayang. Lepas tu, dia bagi direct link ke blog Milimilo, yang terangkan secara detailed mengenai projek ni.


Kredit : Milimilo

Jadi, F ingat nak sertai jugak la. Tapi tak tahu la nak mula bila. Malam ni ke..esok ke..Kata cik Milimilo jugak, benda ni mula kat Tumblr. Tapi, F akan buat projek tu kat blogspot je la. Tumblr kan F tak bagi orang baca. Heeee.


Yang bagusnya pasal projek ni, kita akan sentiasa ada benda yang nak diposkan kat blog. Setiap hari, dari hari pertama hingga ke-30, ada tema-tema tertentu yang perlu dipatuhi. Atas kretiviti masing2 la, nak buat setiap entri tu macam mana.


Itu saja..ahhh..leganya dapat minum sekotak air laici Yeo's yang sejuk di malam yang agak membahang rasanya.

2 comments:

milimilo said...

yeayy.selamat menulis ok.xpayah update berturut2 pn xpe.depends kite nk selang2 or nak terus 30 straight away. =)

f is fikah said...

milimilo;
thanks!!!
nanti nak buat.
arini terlupa lak.
heee.