Monday, May 31, 2010

Sudah Pulang..

Assalamu'alaikum.



Maka, sekarang ni, alhamdulillah, F dan Mama sudah selamat sampai rumah jam 1.30 pagi tadi. Dari Melaka, bertolak pukul 10 pagi, singgah Nilai 3, shopping kain baju sikit. Dapat la 2 pasang kain Korean cotton. 1 pasang RM30. Beli dua sebab terjatuh hati sangat-sangat. Sampai rambang mata weh.



Lepas tu, masuk area KL jap. Pergi Giant Batu Caves, cari gula. Kat Kelantan dah tenat, habis stok kata Abah. Cari punya cari, kat situ pun licin jugak. Pulang la tanpa gula.



Maaf sebab banyak hari tak update. 2, 3 hari pertama tu dapatla jugak, tapi lepas tu, jadi lembab gila dan langsung tak boleh connected dah. Maka bersarang la segalanya.



Mata tak mengantuk, tapi badan penat ni. Maklumla, perjalanan lebih 12 jam tu. Harap-harap dapat lena kejap sebelum Subuh nanti.



Selamat pagi buta, semuanya!!

Friday, May 28, 2010

Ke Hadapan Anonymous...

Lama dah nak buat entri ni. Tapi, serius asyik terlupa je. Maka, alang-alang dah ingat ni, terus buat la.


Oh, ini bukan masalah besar sangat pun. Cuma ada seorang Anon tanya, melalui ruang komen, macam mana keadaan mahallah dan biotek di kampus Kuantan nanti??


Malangnya, selepas F publish komen tu, dah cari setiap pelusuk, memang tak jumpa balik. Takpela, bukan itu masalahnya.


Pasal soalan tu, F memang tak boleh nak jawab, sebab F tak pergi ikut lawatan ke UIA Kuantan itu hari dan F juga masih belum mendaftar lagi kat sana.


Tapi kan Encik / Cik Anon, anda boleh jenguk-jenguk blog akak Izzah ni, yang mengambil jurusan Bioperubatan kat universiti yang sama.


Harap maklum.

Thursday, May 27, 2010

Saya Buta Photoshop


Ya, itu memang F akui. Bila buka je Photoshop punya application kat lappy ni, terus blur gila-gila. Memang tak tahu langsung nak tekan yang mana satu. Kadang-kadang, dah bawak gambar ke situ, tapi langkah seterusnya, memang kosong. Zero. Nil. 0.



Kalau dulu-dulu, waktu sebelum PC rosak, F selalu main Print Artist. Yang tu pun best. Kalau nak buat kad ke apa, senang je kalau guna benda alah tu. Pastu, terus print. Dah namanya pun Print Artist, mesti motif nak suruh kita print jugak last2.



Sekarang ni, kalau nak edit-edit gambar segala tu, F hanya guna Photoscape. Lagi kurang dia punya complicated dari Photoshop. Lagi senang dan jimat masa.



Tapi kan, F jeles sebenarnya tengok dorang yang pandai guna Photoshop ni. Edit guna Photoshop, nampak lagi cantik dan ada kelas gitu.



Heeeee. Nak senyum, gelak dan ketawa dulu puas-puas sebab sebenarnya, baru je jumpa blog yang buat tutorial semua pasal Photoshop. Biasalah, kita jalan-jalan ke blog, mesti akan jumpa sesuatu yang bermakna dan bermanfaat buat kita.


Blog En Biskoot ni ada segala tutorial yang diperlukan pasal Photoshop. Siap boleh request lagi kat tuan punya blog tu, kalau nak mintak tolong apa-apa berkenaan Photoshop ni.



Sekarang, F takkan ketinggalan lagi dah. Heeee. Sukanya.


Kredit  :

Dari Melaka ke Johor

Disebabkan seminar Mama belum lagi bermula, maka, dia dan kawan-kawan, ke Ayer Hitam dan Tangkak seharian ni. Ceh, cara F cakap macam tak ikut je. Heee. Apa lagi, shopping sakan la dorang, sebab baru lepas dapat gaji kan??



Kat Ayer Hitam, banyak jual segala jenis kerepek - belinjo, kueh kapit, kerepek pisang, kerepek ubi. Dan ada jugak macam-macam jenis pasu, yang pendek, tinggi, kecil dan besar.


Oh, Abah kirim pasu kecik yang letak atas pasu tinggi, ish, tak pandai la nak cakap macam mana. Itu pun, nyaris merajuk waktu dia telefon Mama, sebab mulanya, kitorang tak beli dan tak ambil kisah. Heee. Dah nada merajuk, maka kami yang dah kat atas bas, turun balik cari pasu Abah. Heee. Nasib baik seberang jalan je.



Harga?? Boleh la tahan. Dengan warna dan corak yang agak cantik, lepas tawar-menawar, dapat dalam RM55 je.



Tak lama pun kat Ayer Hitam tu, sebab cuaca nampak macam suram, tapi bila berjalan tu, memang membahang rasanya. Baju memang basah dengan peluh.



Lepas tu, bergerak naik ke Tangkak balik, sebelum pulang ke Banda Hilir ni. Kat situ, orang semua shopping kain. F cakap kat Mama, nak cari kain buat baju kurung kat Kuantan nanti, tapi last2, dicarinya kain warna pink, katanya, nak buat tema baju Hari Raya tahun ni.


Ada butik nama apa tak ingat dah, jual segala jenis tudung ala-ala Ariani, memang murah gila tudung-tudung kat situ. Cantik pun memang cantik. Sebab F dan Angah jenis yang tak pakai tudung jenis tu, jadi Mama borong untuk dia dan Adik je. Adik punya, semestinya warna pink. Haisyh~~


Sebab duduk kat hotel tingkat 13, nampak la Menara Taming Sari, Sungai Melaka dan Eye on Malaysia. Hotel kitorang ni bersebelahan je dengan Mahkota Parade.



Maka, malam ni nak gi layan midnight movies. Bukan midnight jugak la, sebab pukul 8 malam dah nak gerak. Makan-makan dulu.



Dah, udah bercerita perihal shopping segala ni. Maaf ya, gambar tak terambil pun. Mana taknya, kalau dah melayan ke tempat shopping je kerjanya sehari-hari ni.


Daaa~~

Wednesday, May 26, 2010

Malacca, Here We Are..

Alhamdulillah, I thank Allah, for we finally reached Malacca after a long trip of more than 12 hours from Kelantan, people. It wasn't supposed to be that long, but since the driver mistakenly missed a junction, we actually had the opportunity to explore other states. Heeee.



From Kelantan, we entered Terengganu to Jabor of Pahang. After we reached Gambang, Pahang, the driver brought us to the other highway, which led us to Segamat, Johor!! And, because of that we had to travel, up to Gemas, and only then, here we are, Malacca.



We stayed in a 3-star hotel, located in the heart of the city. Since the conference will only begin by the day after tomorrow, so we're going to Ayer Hitam first in the morning, tomorrow. Heee. Shopping spree, my mom said.



But I was planning the opposite. I am most probably going to malls, where I can get to watch more than enough movies. It's been a while since I last watched movies in cinemas.



Okay, till then. Any movies to suggest, buddies??

Random Updates 2 !!

[1] Pagi nanti, bakal berangkat ke Melaka. Ikut Mama ke seminar selama 4-5 hari. Cuak gila-gila sebab tak nak tinggalkan blog ni. Aduhai..



[2] Bukan apa, dengan kepergian tanpa bawak broadband ni, macam susah sikit. Jadi, F khuatir jugak macam mana nak update blog ni kelak.



[3] Pukul 8-9 pagi akan bertolak, tapi baru pukul 2 pagi ni nak kalut pack barang. Teruk betul?? Well, I'm a very last-minute person. And that also applies in my studies, too. Heeee.



[4] Mengharapkan jumpa sumber Internet kat sana. Tengok la, kalau kat hotel tu ada wi-fi, tak pun kena la bersusah payah gi Starbucks, Mc D ke.



[5] Tak sabar nak serbu panggung wayang, nak tengok segala movies yang ada, sebolehnya. Sebab baru lepas dapat duit gaji.



[6] Duit gaji RM350 je bulan lepas, bos kata patutnya RM320 lepas dipotong dengan ketidakcukupan duit waktu kerja. Tak pe la bos. Oh, separuh masuk ASB, yang selebihnya, kena pandai-pandai la nak buat apa.



[7] Guna sikit duit tadi untuk beli novel. Faisal Tehrani - Tunggu Teduh Dulu. Sebenarnya, dah baca kat novel bersiri waktu dalam Utusan dulu. Tapi rasa tertarik pulak nak baca balik.

Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Oh, sila intai muka Faisal Tehrani je.
Abaikan si cemolot kat sebelah tu.


Dan beli majalah Cosmopolitan jugak. Cliche kan, for a girl like me. Heee. Rasanya lagi best kot dari Remaja. Ooops!!



[8] Rasa nak pergi Youth'10 sangat-sangat. Lagipun, Melaka dan KL dua jam je kan?? Ada sape2 nak date beramai-ramai?? Heee.

Tuesday, May 25, 2010

Sifat Solat Nabi

Tengok kat Facebook tadi. Ada kawan post link ke gambar-gambar profail seorang saudara ni. Pasal cara sempurnakan solat ikut sunnah Rasulullah S.A.W.. Sangat menarik bagi F, sebab boleh belajar betulkan mana yang salah, lengkapkan mana yang khilaf.



Banyak input yang F dapat, walaupun menerusi kapsyen gambar dan komen-komen dorang. F pinjamkan satu gambar je, yang lain, seeloknya, baik ke page saudara tersebut.


Apa yang F belajar :

[1] Telapak tangan sewaktu takbir haru mengadap ke kiblat.

[2] Belakang kita mesti lurus dan selari waktu rukuk.

[3] Sujud dengan 7 anggota, yang ini dah tahu, cuma part rapatkan kaki je baru tahu

dan lain-lain lagi.


Kadang-kadang, kita ni bukan tak tahu, lebih kepada tak pasti sebenarnya kan?? Samalah dengan F.


Silalah jenguk, siap sekali dengan demo sekali berdasarkan gambar. Tahniah atas usaha mereka di sebuah masjid di UTP. Semoga usaha ini akan diberkati oleh Allah S.W.T.





p/s: Tak tahu orang nak baca ke tak. Sebab paham-paham je la, bila bab agama, susah sikit nak yakinkan orang untuk baca.

Jom Main Piano!!

Pianist tu, pemain piano la kan. Entah betul ke tidak istilahnya tu Heeee.


Dah lama tau teringin nak belajar main piano. Seronok betul bila dah ada piano sendiri ni. Nak main dan melalak sorang-sorang dalam bilik pun, tak de orang akan kisah dan marah punya.


Oh nak tahu harganya berapa?? Heee. Cuba teka.



PERCUMA tau!! Hahahaha. Piano di alam maya saja ya, kawan-kawan. Mestila percuma. Terjumpa waktu blogwalking tadi. Sesuai sangat la untuk orang yang langsung tak ada asas macam F ni.

Kredit : Virtual Piano

Walaupun dah ada panduan, tapi tak semudah yang disangkakan tau nak main benda ni. Memang la main tekan dan hentam saja keyboard PC atau lappy kita ni, tapi tetap susah bagi F tau.


Tak terbayang orang yang belajar piano ni betul-betul kat pusat muzik semua tu. Dihantar dari kecil, rupanya supaya senang nak dapat tangkap ilmu piano ni. Kalau Abah F hantar si tua bangka ini yang sedang menaip ni, alamat jawabnya, entah bila lah nak lulus.

Kredit : themalaymail
Nama : Tengku Ahmad Irfan bin Tengku Ahmad Shahrizal

Kagum betul dengan si cilik ni. Baru umur 11 [darjah 5], tapi main piano, kaw-kaw punya. Macam pro. Oh, dia memang dah pro pun.


Dah nak sambung main piano balik ni. Jangan kacau kejap ya. Heee.

Tensen!!

Hari ni asyik-asyik tensen je tau. Dok serabut fikir macam mana nak survive kat Melaka tanpa Internet?? Sebab broadband Angah dah bawak balik ke tempat dia. Padahal dah pesan hari tu, suruh tinggalkan kat sini. Nak bawak gi Melaka.



AHHHH!!!



Sumpah blurr gila. Takkan nak angkut router Streamyx tu, bawak gi Melaka. Alahai...dahla gi Melaka sampai hujung bulan ni. Dari pagi esok, sampai 30/31 gitu. Lama tuu. Takkan nak biar blog ni bersawang. Kalau buat auto-published pun, nak ping macam mana pulak??



Masalah betul F ni kan?? Harap-harap hotel tu ada wi-fi. Tak pun, alamatnya, bak kata bestie, ang pi lepak McD, pi tido sana. Tak pun pi Starbucks. Beli la air apa2 pun. Tak gitu Zaty oii??

Buat Blog Lagi

Tadi baru je buat blog yang ke-5, selepas blog ini, blog The Farisian Community, livejournal dan Tumblr. Heee. Dah kemaruk agaknya nak menulis sampai nak buat blog baru.



Blog tu lebih berkisarkan pasal 'ketagihan' F, yang mana kat situ F tulis apa yang F fikir tentang muzik, F kongsi apa yang F minat. Kat situ lebih kepada minat dan suka-suki.



Bukan bermaksud blog sekarang ini, tak ada rasa minat dan have fun, tapi blog fikah mus ni, lebih serius, yang mana F rasa bertanggungjawab untuk berblog sebaik mungkin.



Sebenarnya, dah lama dah merancang nak buat blog baru untuk cerita pasal K-pop, J-pop, apa jenis muzik sekali pun. Tak lupa jugak berkongsi pasal minat F terhadap artis-artis Korea. Heee.



Heeee. Jemputlah ke blog f's addiction itu, kalau-kalau anda juga berkongsi minat yang sama. Tak pun, kalau korang nak kutuk F sebab tulis entri dalam English yang tak berapa best, boleh la jugak ke blog tu.

NESTLE COFFEE-MATE Nota Cinta

Sesiapa yang tengah hangat bercinta tu, mesti tahu kan macam mana nak luahkan kata-kata cinta dan sayang buat yang bertakhta di hati kan?? Apa kata anda luahkan juga isi hati anda yang penuh romantis itu dengan menyertai NESTLE COFFEE-MATE Nota Cinta??? Boleh dapat hadiah lagi tu..


Tak pun, pandang sebelah kanan tu, kat ad Nuffnang untuk maklumat lanjut. Kalau tak keluar iklan tu, tidurla gamaknya tu.


Bagaimana?? Mudah sahaja.


[1] Layari laman web ini - NESTLE COFFEE-MATE. Klik Sertai Sekarang!!





[2] Tonton drama pendek Nota Cinta. Klik PLAY je la. Dan anda harus sabar menunggu video tersebut untuk loading sepenuhnya.



[3] Jawab satu soalan seperti yang disediakan. Senang je. Hanya berdasarkan video tersebut je. Klik Seterusnya.

Peringatan, soalan berlainan yang keluar setiap kali buka page tu.



[4] Lepas tu, bersedialah untuk bermadah dengan kata-kata yang cukup puitis lagi romantis itu dengan menaipkannya, dalam kotak tersedia, dengan syarat, tidak melebihi 30 patah perkataan.

 Kredit : nota cinta


Nak lebih-lebih, tulis surat cinta la sayang oii. Ni nak tulis nota je kot. Tak payah panjang-panjang.

Klik Seterusnya.



[5] Daftar diri anda terlebih dahulu sebagai ahli. Kena bagi nama, nombor kad pengenalan, emel dan nombor telefon. Ada dua kekotak kat kanan tu, tandakan dua-dua sekali. Klik Seterusnya.



[6] Ajak lagi 3 orang kawan anda yang diketahui ramai jiwang karat segala untuk sertai peraduan ini. Peraduan ni dah ala-ala tag gitu kan?? Klik Hantar.



Dah siap pun. Tunggu je la keputusannya yang tak dapat ditentukan lagi, bila akan diumumkan.




Oh ya, jangan lupa untuk Like page  
Facebook NESTLE COFFEE-MATE | My Coffee's Perfect Mate




Sekian.

Monday, May 24, 2010

Blog Mentor 4??

Penangan Mentor 4 memang dahsyat weh. Tulis sikit-sikit dan biasa-biasa saja, tapi orang tetap cari. Sehinggakan keywords 'mentor' tu antara yang menguasai kat blog ni. Heeee.


Bukan apa, sebab minggu ni, F tak buat reviu dah pasal Mentor 4. Tengok tu tengok, tapi sebab layan Jangan Lupa Lirik jugak pada masa yang sama, maka terabailah sikit Mentor 4.



Ini pun sebab ada yang bertanya. Maka, F rasa serba salah la pulak sebab tak layan Mentor 4 Kumpulan A semalam, betul-betul. Kan dah rugi.

heee.
akak jangan marah haa.
heee.

Tapi, ada sorang akak ni, dia rajin cerita pasal Mentor 4 tiap-tiap minggu, selain cerita pasal aktiviti Nuffnang, masak-memasak dan hal-hal keluarga. Siapa lagi kalau bukan Kak Ina. Buat akak yang bertanya, rasanya, bolehla jenguk blog Kak Ina ni okey??


Nanti F catch-up balik dengan tengok video-video persembahan dorang kat You Tube. Baru dapat reviu elok-elok sikit.


Jika anda meminati Ila Mentor 4, protege kepada Joe Flizzow [aish, asyik nak tersalah tulis nama bro Joe Grimjow pulak], boleh la ke entri ini.


Nak tahu lebih lanjut pasal Ila Mentor 4, sila klik sini






p/s: Rasanya kebanyakan orang tengah demam Shahir AF8 tu lagi sekarang.

Pening oh pening!!

Kepala otak tengah sengal dan bengan lagi ni. Akibat tersentak waktu bangun tadi. Bangun terkejut2 ni, memang tak syok, sebab akan merubah mood segala. Angin baik pun, boleh tukar jadi ribut taufan dalam sekelip mata.



Iya, kalau ada yang bertanya, F bangun setelah kedengaran azan Zuhur. Dahsyat kan anak dara sorang ni. Sebelum korang nak kutuk atau caci maki segala, ketahuilah, F tidur selepas solat Subuh. Dalam pukul 6lebih gitu. Dan bangun jam 1.15 petang.



Bajet-bajet, tidur 7 jam. Cukupla tu kan.



Susahla macam ni. Asyik terbabas je waktu tidur. Semalam sebab syok sangat layan variety shows Korea kat lappy ni. Tengah syok-syok tengok, tak sedar masa dah berlalu. Alang-alang semalam, terus buat entri sekali. Haaa, senang baru tak lupa. Kalau tak, asyik konon2 sibuk la katakan.



Nak gi bekpes jap, eh, eh, tak. Nak gi brunch terus. Sebab dah lebih sejam bangun, tapi tak lapik perut.



p/s: Buat Farah, budak malas yang kool gila tu, harap banyak-banyak la sabar. Sebab ko tengah naik, maka orang jeles pun ramai la. Pedulikkan si Anons semua tu. Konon-konon minat Shahir AF8 tu, buatla cara minat. Ini nak gi mengutuk orang kat blog empunya. Apa kes???!!!

Kecuakan..??!!

Malas nak panjang-panjang, kita main buat ringkasan je hari ni.



CUAK #1

Waktu dapat tahu kena update results sepanjang kat asasi, di laman web JPA. Sebab saya ini kan telah flunked my course subjects dengan 'jayanya'.



CUAK #2

Saya hanya berserah pada takdir Illahi untuk daptkan biasiswa JPA, tapi kali ini, dengan berbekalkan tawaran ke BioSains. Walau apa pun, saya kena bersedia dengan segala kemungkinan.



CUAK #3

Maca-macam perasaan dan reaksi kawan-kawan bila ditanya tentang kampus utama kat Pahang nanti. Ada yang takut, ada yang tak semangat dan ada yang tak sabar-sabar lagi nak pergi. Saya?? Cuak la, sudah semestinya.



CUAK #4

Dalam saya yang tak tidur-tidur lagi walaupun jam dah menginjak ke angka 3, saya terdengar pulak salakan anjing. Dah lama dah tak de, tetiba pagi ni, anjing tu datang balik. Iyelah, hari tu, sebelum Achu mati, kata Abah, memang Achu jaga kawasan kami. Dikejarnya anjing tu sampai ke pelusuk mana entah.


Oh, Achu tu kucing kesayangan saya yang dah mati awal tahun ni.



CUAK #5

Sebab saya ada kucing baru, yang namanya Moy, saya takut jadi apa-apa kat Moy tu bila dengar anjing menyalak. Moy tu bukannya garang dan agresif macam Achu dulu, walaupun Moy tu jantan.



CUAK #6

Waktu saya sibuk-sibuk tengah download, waktu tu jugakla idea datang. Bila dah ada masa free gini, buka tab New Post, tapi blurr je rasa dalam kepala otak ni. Alahai, alamatnya bersawanglah blog ni kalau terus macam ni.




Sampai di sini dulu ya kalau ada yang sudi membaca. Maaf sebab selalu lesap je.


Jaga diri..

Siapa Orang Melaka??

[baru dijadikan sticky post, sila skrol ke bawah untuk entri terbaru] 

PERHATIAN!!!

Terutama kepada orang-orang Melaka dan sesiapa jua yang pernah lawat Melaka!!




F bakal ke Melaka lagi 3, 4 hari dari sekarang. Ikut Mama pergi seminar. Oh, Mama layan seminar la, F kena la layan diri sendiri, nak jalan-jalan kat bandar Melaka tu.



Bukan tak pernah pergi, tapi tiap kali pergi, mesti kena pergi tempat yang orang dah biasa pergi. Macam Kota A'Famosa, Stadhuys, replika kapal.


Nak tahu mana lagi tempat yang best. Oh, river cruise dah pernah tau, masa pergi dengan rombongan Program Kepimpinan Tun Razak [PKTR] 2 tahun lepas.



Dah tanya-tanya sama Kak Ina, dia baru je lepas pergi hari tu. Dia ada cadang macam-macam tempat, pesan suruh naik Menara Taming Sari [oh, daku sungguh gayat], insya-Allah akan cuba naik jugak.



Korang tahu tak mana lagi tempat-tempat yang best?? Pasal tempat makan, tak kisah sangat, sebab kat hotel yang bakal duduk ni, memang semestinya dah sediakan makan.


Oh, nak tahu jugak, kat mana boleh cari panggung wayang. Nak pergi wat gila-gila sikit, nak buat movies marathon puas-puas. Hahaha. List movies nak tengok, berlambak-lambak dalam kepala otak tau.





Okeylah. Harap dapat cadang pada F tempat-tempat yang best ya. Oh ya, kalau ada yang nak bagpack atau travel beramai-ramai, boleh la jenguk blog ni. Ada sediakan tempat penginapan dengan harga yang sangat berpatutan. Terjumpa masa blogwalking. Feedback yang diterima sangat bagus.





Kredit imej : seperti di tag
GoogleImages

Sunday, May 23, 2010

Rasa Bengang dan Bengong!!!

Ish, penat gila aku mendownload, tinggal lagi sejam, masa tu la Internet terOFF, masa tu jugak la tetiba muncul firewall segala mak nenek. Bengang sebab selalu jadi macam tu, bengong sebab aku dah penat menunggu.



Bila emosi dah tak berapa nak stabil ni, mula la nak moody la, malas la. Segala benda yang dibuat rasa serba tak kena. Itu salah, ini salah. Semuanya rasa salah.



Dahla my Big Boy, si Moy tu buat hal. Tak nak langsung nak dengar cakap orang. Orang larang dia masuk rumah, siap jerit-jerit lagi kat dia, dia boleh je buat bodo, macam tak de apa-apa. Bila marah, mula la dia sondolkan kepala kat kaki, menggesel-gesel sambil sempat lagi bergolek-golek. APAKAH??!!



Ahhh!! Tak larat dah ni nak download. Tapi lagi dua episod je, kiranya lebih 1GB lagi. Tapi sebab download dari Megaupload [MU] dan tak ambil pakej Premium, maka kena download satu-satu dan agak slow sikit.




Gerak dulu la ye. Nak sambung main Plant Tycoon.


Rasanya, tengah bengang ni, baik rilek-rilek baca entri ni dulu.


Kredit :

Saturday, May 22, 2010

Shahir Juara AF8!!


Tahniah kat Shahir sebab berjaya menjadi juara Akademi Fantasia 8!!



Dah boleh agak dah dia bakal dapat juara AF8 waktu dia masuk kembali ke akademi. Waktu tu, memang dah jangka, sah-sah dah ni, si Shahir ni mesti juara punya.



Siapa sangka, tengah F ni sibuk-sibuk download drama Korea, sempat layan konsert akhir AF8 ni. Padahal, awal-awal dulu, tak nak layan sangat.



Bukan apa, dah akhir ni, nak tengok jugak prestasi dorang ni. Ternyata, Shahir tak menghampakan. Single dia pun, Kebahagiaan dalam Perpisahan, memang kaw-kaw!! Stail macam lagu rock lama dulu-dulu, tapi sedap telinga mendengar.


Dan waktu Shahir perform Biru Mata Hitamku, memang sangat best. Permulaan lagu macam digubah balik, tapi masih ngam la kalau dengar.



TAHNIAH SHAHIR!!!



p/s: Anna mesti suka ni..

Friday, May 21, 2010

Hairspray Rocks!!

Filem muzikal ni, tengok banyak-banyak kali pun, tak jemu tau. Tengok dorang nyanyi, dorang menari. Sangat best!! Sapa yang minat Zac Efron, trilogi High School Musical, boleh tengok cerita ni, sebab dia pun ada.



Berkisahkan si Tracy Turnblad, yang sangat suka menyanyi dan menari. Dia teringin nak masuk program The Corny Collins Show, yang mana budak-budak remaja diasah bakat mereka kat situ.



Pada masa yang sama, dia syok jugak kat Link Larkin, yang mana sedang berpacaran dengan Amber Von Tussle. Tapi Link ni, bila dah tengok Tracy yang chubby tapi maintain comel dan ada rambut yang cantik, jatuh hati jugak kat Tracy ni.



Bila Tracy berjaya masuk show tu, dia menjadi kegilaan ramai. Semua orang nak ikut gaya dia, terutama gaya rambut dia. Comel kan??



Bagusnya Tracy ni, sebab dia bukan rasis macam Amber dan maknya, Velma Von Tussle, yang juga pengurus stesen TV rancangan yang Tracy ada tu. Tracy ni, punya la bagus, sebab dia kawan dengan semua orang tanpa mengira warna kulit. Ikutkan hati dia, dia nak tiap-tiap hari jadi Negro Day, sebab katanya, dorang ni best!!



Pada masa sama, Tracy dan Amber bersaing untuk dapatkan gelaran Miss Hairspray menerusi rancangan yang sama jugak tu, The Corny Collins Show. Sengit betul persaingan antara dorang. Amber dan mak dia mana boleh duduk diam je, mesti nak kena lawan habis-habisan. Tambah-tambah pulak, Velma ni sangat anti dengan orang kulit hitam, maka dia tak suka bila Motormouth Maybelle, seorang wanita kulit hitam menguasai rancangan kat stesen TV dia.



Macam-macam lagi helah yang dorang buat. Velma siap mengorat ayah Tracy, sebab nak hancurkan keluarga dorang, tapi ayah Tracy blurr je.



Untuk bagi kawan-kawan kulit hitam si Tracy ni dapat sama masuk TV, Tracy ajak dorang buat perarakan secara aman, supaya semua orang tanpa kira warna apa pun kulit, dapat menari sama-sama dalam rancangan TV tu.

 

Tapi sayangnya, Link pulak tak nak ikut.  








Nak tahu lagi pasal filem ni?? Tontonlah sekarang kat TV3. Tak pun boleh search kat You Tube kalau tak sempat. Maklumat lanjut, sila ke sini - Hairspray (2007)

Saya Penyebab Orang Lain Berblog??

Syukur, murah rezeki, dapat award lagi. Agaknya, bulan ni memang bulan awards la kot, banyak awards F tengok orang dok sibuk bagi.


Terima kasih ya, NEY. Ney ni sebenarnya si Shieda, kawan waktu kat Pusat Asasi UIA dulu. Alaa, yang Shahir AF pernah masuk kejap, senior F tu. Sayangnya, tak dapat nak kenal. Hahaha. Eh, dah melalut.



Yang buat F terharu waktu gi ambil award ni, ialah kata-kata Ney yang describe kan setiap blogger. Istimewanya, sebab Ney kata F penyebab dia blogging. Oh, cik Ney, sweet la kamu ni.



Oh, maafla sebab nak perasan sorang-sorang kejap. Tak sangka sebenarnya, F ni boleh buat orang blogging. Tapi kalau nak kata penyebab, bukan la kot, perangsang tu, ada la.



Okeyla, nak tahu sejauh mana F sebabkan dia berblog, boleh la jenguk ke blog cik Ney - the humming bird. Kat blog Ney yang ke-2 ni, dia banyak bercerita tentang isu-isu semasa dan lain dari yang lain. Boleh minta jugak dia ulas tentang apa-apa isu juga. Bagi tau je dia ok??



1- Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??

Tak ada apa-apa pun. Sangat kosong, pening-pening lagi sebab hanya dapat tidur selepas Subuh tadi. Itu pun lena tak lena sebab si Angah dok kacau.



2- Apakah nama samaran u'all??
 
Kat blog, F. 
Kat luar, fikah, kah, ppi, fik. 
Oh, Opah panggil F, Manja. Heee.



3- Berikan 3 orang yg u'all sayang...
 
Keluarga, kawan-kawan dan bakal si dia. Hahahahaha



4- Panggilan utk si DIA
 
Min la kot, sebab dengan orang yang namanya Min. Heee. *tipu*

Kredit : seperti di imej.


5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..
 
Kasih sayang..hahaha [bila otak dah sengal, aku pun jadik sengal]



6- Blog mane yg korang suke visit??
 
Sangat banyak. 
Blog yang F follow.  
Blog yang ada kat blogrolls tu. 
Blog kawan-kawan.



7- Tag kan kepada 15 org rakan blogger korang..
 
Alahai..awat la banyak sangat ni..F buat setakat yang termampu ya. Kepala dah senget sangat dah ni.
 
Innz90 - budak malas yang menulis dengan sangat sempoi.
Elynn - kawan kat Pusat Asasi UIA dulu.
Anis - yang bakal ke US bulan 8 ni. sangat gila-gila.
Zai - yang rajin bertandang.
Nurain - akak misi yang F kenal dari zaman F tarak pape lagi.
Srii - ex-rumet F, yang kepala otak sengal, tapi kreatif. oh, dia design blog dia sendiri tau.
Anna - si ketagih yang sama ngan F, kawan Srii, gila fotografi.

Tak boleh nak lelapkan mata, maka...

F tahu, sekarang dah lewat gila. Tapi memang mata tak boleh nak lelap langsung. Tiba-tiba terfikir, insomnia ni, ada jenis yang sekejap-sekejap ke?? Sebab ada lain masa, boleh je tidur, tapi ada waktunya jugak, memang tak boleh tidur langsung. Am I An Insomniac-to-be??



Dok lepas kat ruang tamu sambil dok sibuk download drama Korea yang entah bila nak habis ni. Rasa tak larat, tapi nak download jugak, sebab ada drama yang memang dah jadi wishlist F. Sampai dah ketagih ke apa ni -  Cerita Ketagihan.



Kalau rasa nak sama-sama ketagih mendownload, silalah jenguk ke sini - Suka Layan Drama atau Filem?? Tak pun, skrol ke bawah lagi sampai nampak F's Addiction punya kolum. Kat situ, ada macam-macam sites F letak, nak memudahkan diri sendiri jugak, kalau-kalau nak mendownload.



Dok kat rumah ni best. Iyelah, nanti dah masuk kampus, akan kata rindu rumah. Duduk rumah pulak, kejap best, kejap bosan, konon-konon nak masuk kampus cepat-cepat. Nanti ada la yang bising nak balik rumah segala. Rindu la, itu la, ini la.. Apala F ni. Dah merapu pagi-pagi buta ni.



Tapi kan, sebenarnya, F paling rindu bilik kat tingkat dua, Mahallah Zainab Jahsy. Bilikku yang nombornya 206B dulu tu. Sangat best. Selalu snap gambar dari situ. Nampak Langit yang Biru..Rindu la..rindu sangat-sangat..



Oh, 30 Days Project tertangguh lagi. Dah buat draf segala, tapi mesti blurr dan blank tiba-tiba. Maka hanya tersimpan dalam draf sahaja segala projek itu. Nantila ye, kalau betul-betul dah cukup material, baru publish, kalau tak, jangan harapla nak biar orang tengok entri yang hampeh ke apa. Heee. Korang join tak?? Nampak gayanya, buda-budak yang baru cuti, dah mula join. Waahh!! The more, the merrier la kan??!!



Oklah. Alang-alang tak tidur, baik tunggu Subuh je la. Dah dekat sangat ni, lagi setengah jam kot. Ok. Cau..

Thursday, May 20, 2010

Cerita Ketagihan

 Kredit : seperti di imej.

Ya, saya memang ketagih. Dah tahap yang saya tak boleh nak beri fokus pada apa-apa sekali pun. Blog ini pun dah mula terabai sejak dua menjak ni impak daripada ketagihan ni. Parah memang parah.


Tapi yang paling teruk pun, beberapa bulan lepas, itu pun waktu stres gila campur dengan period pains. Haaa, amek ko, memang sakit kepala gila-gila, sampai makan Panadol pun tak rasa apa-apa dah. Oh, jangan bimbang, sekarang ni tengok Panadol pun, pandang sebelah mata je.


Kan dah pernah cerita, Panadol [ini nama jenama je] yang nama sebenarnya, Paracetamol, memang menakutkan - Scary Facts of Paracetamol. Yang mana ketagihan sementara itu, hanya yang terdekat dan tertentu je yang tahu. Dan ini kali pertama cerita, heboh pada semua. Waktu itu, hanya bagi tahu kat Tumblr je.



Yang ketagihan kali ini, memang lain. lain dari yang lain. Maaf sangat-sangat, oh, maaf pun belum tentu cukup. Mesti ramai yang rasa betapa saya pentingkan diri sendiri sehingga libatkan diri dalam kancah penagihan ini.


Yang tahu, ada. Memang dah ada yang tahu tentang ketagihan terbaru saya ni. Itu pun, saya tak de la cakap saya ketagih ke apa, kang apa pulak dorang kata kan??

Anda ketagih kah??


Saya tak nak libatkan diri, tapi sekali terjebak, bukan senang nak kembali ke asal. Ketagihan terbaru ni, bermula sejak duduk kat rumah la kot. Ahh, siapa sangka kan kat rumah pun boleh jadi macam ni.


Kawan-kawan?? Ya la kot, menerusi Facebook ke apa semua. Waktu borak-borak, dorang dah ada itu, dah ada ini. Saya pun nak jugak, mesti kena buat sama. Dah orang lain buat, tak salah la kan kalau saya pun nak buat jugak kan??


Tapi kena tengok masa dan keadaan jugak. Kena cek line, clear ke tidak.


Kini, saya akan dedahkan ketagihan saya itu. Jangan marah atau melenting dulu, jangan hakimi dulu. Kena tahu dulu apa saya buat, maka, barulah anda boleh nak ambil tindakan.








Saya sangat ketagih menDOWNLOAD drama-drama Korea yang terbaru. Kawan-kawan download drama ini, saya download drama itu. Adil la kan?? Baru boleh kongsi-kongsi. Tak bazir masa sangat download sorang-sorang.


Cinderella's Stepsister


Sekarang, tengah main kat KBS World Astro 303. Kena tengok, sebab bukan sebarangan drama Cinderella yang kita tahu. Kali ini, kita lihat hidup daripada perspektif kakak tiri si Cinderella. Sangat best, sebab tak cliche. Yang cliche, cuma bahagian si lelaki A dan si perempuan B sama-sama syok, dan si lelaki C syok kat B, dan si perempuan D syok kat A.


Normal la tu, sebab kebanyakan drama Korea, basically memang macam ni, cuma cara garapan dan penceritaan yang lain-lain.



Personal Taste.


Siapa layan Boys Over Flowers, mesti kenal mamat ni. Lee Min Ho namanya. Kacak?? Macho?? Hensem?? Iyela kot. Cerita ni tak de kat TV ya, kawan-kawan sayang. Sebab saluran MBC tak de kat Malaysia. Maka kena download.


Yang ni, tak leh nak cerita panjang sebab baru download sampai episod 4 sebab Internet segan-segan je nak laju. Aish..





Hee. Agak-agak siapa lagi yang kongsi ketagihan yang tak berapa ketagih ni dengan saya selain si cantik Anna?? Heee. Ampu sikit si Anna ni, sebab Anna yang download Personal Taste paling banyak episod. Jeles betul sebab Internet dia laju je.



Okeylah, ketagih tak ketagih, dah nak chau ni. Nak sambung download, kalau Internet ok la. Kalau tak, nak layan KBS World pukul 11.20 jap lagi. Tengok Lee Hyori dan Rain yang hensen banget. Heee.

Kredit : seperti di imej.

Wednesday, May 19, 2010

Kenapa Saya Berblog??

AMARAN yang tak pernah2 habis : 
ORANG LAIN DAH RAMAI BUAT ENTRI CAMNI. heeee.



[1] Sebab kawan pun ada blog.

Mula kenal blogspot pada pertengahan Disember 2007,lepas tengok ramai kawan yang ada blog. Terfikir, aku mana boleh terlepas, kena la up-to-date jugak sebab orang lain pun ada.



Waktu tu, dunia blog takdela besar sangat macam sekarang, atau pun memang dah luas pun, tapi F je yang tak tahu. Heee.




[2] Sebab suka-suki.

Ramai orang yang bersebabkan yang ini. Suka-suka. F pun bermula dengan suka-suka tahu. Tengok balik entri bertarikh 14/12/2007, komplen kenapa harga ABC [air batu campur] kat pasar malam rumah F naik.



Rasa kelakar pun ada, sebab fikir betapa tak matangnya lagi pemikiran masa tu, walaupun dah lepas SPM. Heee.




[3] Sebab nak femes.

Ini pun ya la kot. Nak rasa macam mana perasaan jadi terkenal kat alam maya. Perasaannya mesti lain sikit kan??

Tiba-tiba teringat biskut Famous Amos.
F suka Pecan & Butterscotch.


Tapi, F tak terkenal. Heeee. Tengok pada orang lain la, yang bila keluar je, ada je orang tegur.




[4] Sebab nak duit.

F waktu mula-mula berblog, F tak fikir pun sangat pasal duit. Memang tak tahu langsung. Oh, macam mana kenal Nuffnang?? Melalui kawan, sebenarnya, Srii. Cuba klik kat ad Nuffnang kat blog dia, yang mana membawa F untuk mendaftar.






Sejak masuk beberapa sen dalam akaun F, dah rasa happy. Tapi tak sehappy akak sorang ni. Baru setahun berblog dah cashout lebih RM 700++ dan dapat hadiah lagi sebab ikut Project Alpha Season 1. Kan kak Izzah????  F banyak belajar dari dia secara tak langsung.




[5] Sebab mahu berkongsi.

Dalam blog, boleh buat macam-macam. Dari bercerita tentang diri sendiri, kepada berkongsi maklumat tentang apa-apa dengan pembaca.


Kredit : www.spotlites.com

F yang tak berapa ngetop ni, bagi tips konon2 Bagaimana Nak Mempopularkan Blog Anda Cara Murahan??


Kebanyakan blog top berkongsi pasal tip nak tingkatkan trafik dan juga tutorial tentang macam-macam, selain kisah mereka.






Sampai di sini dulu ya. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa kita berblog. Tak perlu la dengar orang lain dapat banyak duit dari blogging, dan kita pun nak berblog jugak. Tak semudah itu, yang dapat duit banyak tu sebab mereka bermula dari bawah dan sudah lama berblog.


Selamat berblog!!

Tuesday, May 18, 2010

Berita Baik dan Buruk

Sebaik ON je internet, macam-macam berita baik diterima. Heee. Berita baik mesti dikongsi bersama. Oh, ini berita, yang baik pada pandangan F je la. Lain orang, lain cara mendefinisikan baik atau buruk bukan??


[1] Zack Zukhairi yang ditunggu-tunggu selama ini, dah meng'update' blog dia. Aisyh, punya la penangan dia tu, sampaikan F gi jenguk blog dia tu, ada 55 orang sedang intai bersama. Simple je update nya, tapi cukup untuk nak bagitau bahawa dia dah kembali.


Nampak gayanya, hari-hari F bakal diwarnai gelak ketawa, sebab bro Zack tu memang best bab-bab bercerita.


[2] Berbanding awal bulan ini, ranking Alexa atas 5 juta tau. Sekarang ni dah hanya 2juta something. Masih lagi jauh tu nak kejar bawah 1 juta, tapi akan cuba diusahakan. Memang blog untuk suka-suki, tapi sekurangnya, Alexa itu sebagai pembakar semangat sikit.



[3] Satu lagi, selera makan dah bertambah balik la. Heeee. Jadi makan pun tak henti-henti. Boleh pulak pukul 1 pagi semalam masak telur dan keju untuk dimakan dengan roti. Ohoho. Bersedialah untuk menaikkan kembali berat badan. Sangat suka, sebab tahu F dah kembali normal la ni.





Berita buruk, oh buruk tu cam kasar sangat je. Berita tak berapa baiknya.

[1] Mata sebelah kiri semakin membengkak dan sakit rasanya. Ingatkan sehari dua, baiklah ia, tapi ini dah hari ketiga, makin teruk nampak gayanya. Tak boleh nak agak apa penyebabnya. Sebab nangis kuat sangat kot hari tu???


[2] Trafik jatuh teruk dua tiga hari yang lepas, tapi cuba nak cover balik perlahan-lahan. Memang susah, sebab sekarang nak blogwalking pun tak larat sebab tak boleh nak lama-lama mengadap lappy ni. Mata sakit sangat.


[3] Bab makan dah ok, mungkin sebab emosi sangat tidak stabil. Kalau duduk kat CFS dulu, boleh lupakan masalah sikit-sikit sebab hidup sentiasa sibuk. Tapi tidak di rumah. Tambah-tambah pulak dah tak kerja ni. Lagila terlalu banyak masa untuk layan perasaan dan segala macam masalah yang bertandang.




p/s : Rindu la sama kawan-kawan..

Monday, May 17, 2010

Putus Cintakah??

Oh, baru lepas nangis eh?? Kenapa?? Sebab si dia dah tinggalkan kamu eh??



Kalau ada yang lagi dahsyat, terus telefon si dia, maki-maki, marah-marah, habis keluar segala jenis perkataan kesat yang ada kan?? Bayangkan, kalau si perempuan yang cakap, macam mana la eh?? Hee. Bukan apa, ada pengalaman sih, pernah dok syok-syok layan KBS World kat hostel hari tu, tiba-tiba terganggu dengan seorang perempuan tengah marah-marah. Habis semua boleh dengar tau.



Udahla tu..kesat air mata, tenangkan hati. Mari layan lagu ni kejap.




Kredit : 2pm @ You Tube


Dah habis dengar?? Maafla, sebab terpaksa tunggu video ni nak kena habis buffer dulu kan. Tapi, tak pe, kita tengok sikit lirik dia, dalam video tu ada jugak, tapi takut ada siapa-siapa yang tak tahan menunggu, ini maksud liriknya.


I'm gonna be strong

Fine, breaking up is better
This was going to happen between us anyway
You were going to do this anyway
This is better, better than falling deeper in love anyway
I think of it as fortunate, that's why I'm okay

I gave you all my all
I believed you so I gave you my all
But you threw that away
I gave you my everything
So I'm gonna be okay

*I'm gonna be okay
I'll be okay
Gonna be okay
Baby without you
Without you
Baby without you
Without you

**Without you, I'll be cooler
More cooler
I'm going to stand up
Without you
I'll live on
Without you

Listen, everything happens for a reason
Everything happens for a reason
This is the last time you'll meet another man
Your words don't even make sense
Just turn around
It hurts me too much
I don't want to see you anymore

I was being fooled all this while
I didn't even know who you were
But I know now
You don't know love
So that's why I'm gonna be okay

*
**

Why are you doing this to me, why?
Why do you have to do this to me, make me cry?
Was it enough to throw everything we had?
All of the times we were together
And the times we can never be together again
Aren't they wasteful, to you?
Does it not matter to you?
Even now, are you okay without me?

*
**

Kredit : True Beauty Within


Air mata mengalir lagi ke?? Kalau begitu, tak mengapala, biarkan je. Menangis itu satu terapi bagi menunjukkan sama ada kita sedih mahupun gembira. Tapi dalam konteks sekarang, mestilah sedih sebab baru lepas kehilangan yang tersayang bukan??



Ada sesetengah pula yang akan mula kumpul segala barangan pemberian si dia, letak satu tempat. Kamu mingkin simpan dalam stor, mungkin juga buang, dan lebih parah, terus bakar kan?? Itula simbolik bahawa kamu ingin sekali melupakan segala kenangan yang pernah dilalui bersama kan??


Dalam keadaan ini, emosi pun sangat tak stabil. Tapi, bertenanglah sayang, ini bukan lagi pengakhiran hidup kita ye. Lagi pula, hidup ini kan terlalu singkat dan pendek untuk kita sepanjang masa meratapinya.





Yang beragama Islam, bolehla mula berwuduk, tenangkan diri. Mula mengambil kita suci al-Quran, bacalah ayat-ayat suci, ibarat surat cinta dari Sang Pencipta. Sinarkan kembali rasa cinta kita yang paling utama, iaitu kepada Allah yang Maha Esa itu.


Bersabarlah, bukan kah setiap kejadian itu ada hikmahnya, sama ada jelas atau pun tersembunyi. Dan setiap apa yang berlaku itu, sudah ditetapkan oleh-Nya. Dan jika kamu rasakan putus cinta itu satu musibah, maka hanya pada Dia sahaja yang kita mampu meminta pertolongan dan perlindungan.



Firman Allah SWT yang bermaksud:  

Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang yang beriman harus bertawakal. (at-Taubah: 51).



Berserahlah pada-Nya, mengadulah pada-Nya, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Jangan runsing dan bimbang, tentu rasa susah nak lupakan si dia yang pernah ada di hati kamu tu kan. Jangan paksa diri untuk lupakan dia, biarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Dengan masa yang berlalu, segalanya mampu diatasi.


Eh, dah terlebih panjang ni. Kena berhenti dulu sebab nanti jadi bosan pulak. Heee.



p/s : Perasan nak jadi doktor cinta la kan, heee. Bukan apa, banyak tengok drama dan filem jiwang, selain belajar dari pengalaman kawan-kawan. Peace!!

p/s : Saya bukan penasihat yang baik tau, yang terbaik itu hanya Allah S.W.T. Saya hanya hamba-Nya yang daif lagi lemah dan hina.


Kredit imej : GoogleImages