Sunday, April 18, 2010

Wahai Bloggers..

Kalau yang tengah belajar lagi, macam mana korang bahagi masa belajar dengan nak berblog sekali?? Mengikut pengalaman F la kan, nak berblog masa belajar dulu lagi senang dan best kot. Waktu kat CFS, memanglah Internet hidup segan, mati tak mahu, tapi nak dapat idea-idea untuk berblog sangatlah senang. Tambah pulak, berblog ni boleh hilangkan stres belajar tu semua.

Sekarang ni, dah lebih dua bulan dok kat rumah. Cuti sampailah Julai. Tapi, F ni kadang-kadang ada sindrom M, yang asyik nak goyang-goyang kaki. Bayangkan, sebulan pertama cuti ni, blog memang sepi, berhabuk dan bersawang sakan. Satu, sebab M tu, dua, sebab Internet yang kejap ada, kejap takde.

Alhamdulillah, lepas pasang Streamyx, tambah dengan ada R sikit, maka adalah jugak updates blog ni. Kalau tak, memang tunggu nak dipadamkan jelah jawabnya.

Fakta menarik.
Terjumpa waktu Google imej [blogosphere].


Walau bagaimanapun, memandangkan F dah sebulan lebih bekerja, F rasa susah pulak nak bahagikan masa kerja dengan berblog.

Maka, wahai bloggers yang bekerja, macam mana akak2 dan abang2 boleh sentiasa nak updates blog ye?? Bukan apa, F kan kerja syif pagi, dari pukul 7 sampailah 3 petang, bila balik je rumah, mesti penat gila sebab tak cukup tidur malam sebelumnya. Lepas balik kerja, time2 tulah syiouk nak tidur. Nak rehat.

Tolonglah F ni. Bantu tanpa segan ye. Dahlah nak updates sejak kebelakangan ni, idea asyik kering-kontang je.

8 comments:

penaberkala said...

tumpang singgah
blog ikut suka,jangan paksa
kdg2, klu mood baik, 2,3 post boleh buat dlm satu hari
berblogging utk diri sendiri, bkn org lain,tp jgn sampai syok sendiri
asal kita puas hati sudah cukup
sekadar pandangan!

Qaseh Irdia said...

eemmm...betol 2 tyme stdy nie la bnyk masa tok update blog selalu sgt berlawan ngn mmber2 n rome8...sorg update blog mesti sume update blog....

2 tyme stdy tp bile dh keje mmg xde mase la...ingt ag msa cuti sem lps... g la keje 9pg-6ptg... balik rest jap then tdo...lappy kat tepi nie mmg leh pandang je la M nk bkk...

Miss Izah Mohamed said...

i pon bile dah keje skrg ni asik malas je nk update blog.. if rasenk update baru laa terhegeh2 nak taip.. adoilaa..

boley kata, if rajin baru belek blog.. nk blogwalking pon xde masa dah.. hurm

Sharinginfoz said...

kadang2 susah juga kan.. apa-apa pun cuba bahagikan masa kalau betul2 minat berblogging

f is fikah said...

penaberkala;
thanx!!
itulah.kadang2 dok syok berblog, tak sedar, rupanye dah tersyok sendiri.
trimas kerna mengingatkan.

f is fikah said...

Qaseh Irdia;
btol3.
dulu memang slalu lawan updates ngan roomate.
sebab ada teman,dan dia yang asyik mengingatkan.
sebab skang dah keje,penat die laen sket dari blaja.
mood pun laen macam je.

f is fikah said...

Miss Izah Mohamed;
sindrom yang sama dengan F la.
tapi sekarang nak pastikan blog ni sekurangnya hidup, nak cuba update paling kurang 1 sehari.
itu pun kalau M takde la.

nak blogwalking pun,tunggu btol2 ade masa yang cukup.
sebab nak blogwalking yang boleh bagi mutual benefits.

f is fikah said...

Sharinginfoz;
nak cari masa ni,mcam nak buat jadual belaja plak.heee.
nak cuba sehari,1update.
tak pun, ade mase lebih, 2-3 la kut.