Sunday, April 11, 2010

Tiz Zaqyah, Oh Tiz Zaqyah!!



F cuba Google imej Tiz Zaqyah. Yang dijumpai, Tiz Zaqyah seksilah, Tiz Zaqyah budak sosiallah, gambar panas Tiz pun ada. Panas ke tidak, F tak tahu.

Tapi bukan imej Tiz yang F nak kongsikan kat sini. Cuma F nak bercerita betapa kebanyakan orang tak puas hati pada Tiz, sebab dia berucap dalam bahasa omputeh lepas terima anugerah Pelakon TV Wanita Paling Popular ABPBH 2009.

Aduhai. Anugerah tu dah genap seminggu berlalu. Tapi, apa lagi yang nak dikecoh-kecohkan. Inilah orang kata, rumah siap, pahat berbunyi.



F kurang pasti jikalau pihak pengajur ada menetapkan bahawa penerima anugerah boleh berucap dengan bahasa lain atau tidak. Kalau ada, memang benarlah itu salah Tiz sendiri.

Tapi, kita harus maklum, bagi seorang pelakon baru yang menaik secara mendadak publisitinya, sudah pasti rasa gementar dan gemuruh itu memang ada. Kalau F tak silap, ini anugerah pertama buat Tiz semenjak dia masuk dunia artis ni. Jadi, persiapan mental itu, F rasa, Tiz belum ada. Dia hadir pada majlis untuk memeriahkan suasana, dan kemenangan itu suatu yang tidak disangka-sangka olehnya.

Ya, kemenangannya boleh diagak, tapi oleh siapa?? Sudah tentulah oleh peminat-peminat!! Dan mereka yang mengira undian tersebut.

Lagi pula, ucapan Tiz hanya menyatakan penghargaan kepada pihak-pihak yang sentiasa berada di samping dia, bukannya berunsur provokasi atau mencabar akal dan minda mana-mana pihak.

Maklumlah, Tiz sekarang dah terkenal. Macam-macamlah orang nak kata. Dulu, masa dia berlakon Impian Ilyana [F mula kenal dia dari siri tersebut, sebagai Kak Ika, juga bertudung], tak de sape pun nak kecoh pasal Tiz kan?? Masa tu, rasanya, F je yang syok sendiri, cakap, "Eh, cantiknya perempuan ni!!". Tapi, rezeki dia baru dapat sekarang.

Kat TV, asyik-asyik muka dia kan?? Kat TV3 lah [Asmaradana]



dan ASTRO Box Office [Spa Qistina].

Oklah. Panjang pulak berkisah pasal si Tiz ni. Cukuplah.



F1 : Tetap setuju dengan Wardina. Tak jumpa mana-mana artis nak dijadikan ikon.

F2 : Oh, ingat ye, walau apa pun F cakap pasal dia, F bukan kipas-susah-mati seorang Tiz Zaqyah tau!

Kredit Imej:
GoogleImages
[tiz zaqyah]
[asmaradana]

Yahoo!Images
[tiz zaqyah]

4 comments:

Farah Hanani said...

aku rasa dia memang kurang fasih aa cakap Melayu.. cuba dgr dia cakap BM.. mesti cam tergagap sket.. cam kena fikir panjang n cam ada slang sket.. Bila speaking.. laju je dia berucap..

Nak x puas ati pn x guna... Setiap org ade la lebih n kurang.. Dan Tiz Zaqyah konfem x reti ckp BM! At least dia x wat statement cam Sharifah Amani... Opps...

f is fikah said...

Farah Hanani;
itulah pasal.die bukan wat stemen plik2 ke ape.
tengok die berlakon pun,cakap sure ada slang kan??
dia dah stucked tu,aku rase.
itu yg kua omputeh sume tu.

fndrocka said...

ahh..apalah dorang ni..aku suka je slang dia yang macam mat saleh tu..cool.huhu.

kawan aku pun ada je slang camni...siap boleh jadi MC events lagi..apa ada hal.

fikah © said...

fndrocka;
biasala tu.
benda kecik je, tapi dibesar-besarkan.
takde la bunyi slang sangat.
dan aku setuju ngan ko, bunyinya cool je.