Saturday, April 10, 2010

Tak Bestlah Tengok Bola!!

''Along nak tengok cerekarama!!'' 
''Adik nak tengok AF!!'' 
''Oops, chop..chop..abah ngan iwan dah booking remote [ASTRO remote control] nak tengok bola la''



Tiap-tiap malam Ahad je, mesti tak sah punya, kalau tak lawan cakap, perang mulut, sebab rebutkan tengok TV. TV bukannya ada 1, tapi siap ada tiga wwoooh [maaf, tak ada niat apa-apa ye]. Tapi, 1 TV kat belakang, sah-sah, Opah kesayangan hamba yang kuasai. TV dalam bilik abah dan mama pula, asyik tak terang. Tengok cerita pun, tak syok ok?! Dan TV plasma yang kat ruang tamu itu jugalah, yang akan jadi rebutan ramai, sebab, satu, skrin besar dan terang, dan dua, sebab ada ASTRO.

F bukan apa, dorang dua beranak [merujuk kepada Abah dan Iwan], kalau dah dapat tengok bola, riuhnya macam satu stadium. Siap laung-laung marah kalau ofsaid ke, pengadil terkurang adil ke, pemain tak reti sepak bola ke, macam lah dorang tu dengar.

Lagi pula, lawan bola ni lama. Satu jam setengah tu, nak tunggu giliran F ni, jawabnya terlelaplah dulu. Aduhai~~



Tapi, memandangkan cerekarama di TV3 mulai minggu ini, dah kembali tayang pada jam 10 malam, kiranya, Abah dan Iwan dah kurang seorang pesaing untuk merebut TV. Maka, sempatlah F melayan blog atau Facebook kat sini. Tambah-tambah pula, baru lepas pasang Streamyx ni. Memang boleh ralit.





Adik?? Nak tengok konsert AF8, tak ada masalah dah. Sebab musim ni, tak berapa nak best dan masyuk, maka boleh tunggu ulangan siaran pada -bila-bila masa saja. Lagipun, F rasa, AF8 ni, dah tak bagi aura sangat pada keluarga kami. Biasanya, ada saja di antara kami, yang akan kecoh-kecoh, tak sabar nak tengok konsert. Tapi, malangnya, musim ini tak ada, melainkan si Adik yang saja nak buat auta, konon-konon nak sertai persaingan merebut TV.




Oh, malam ini, perlawanan akhir Piala FA Kedah lawan Negeri Sembilan kan?? Alahai. Mesti dua kosong tu. Iyelah, bila perlawanan bermula, kan 0 - 0?? Itulah yang Abah selalu auta F. Bila tanya berapa keputusan bola, mesti jawab dua kosong. Tengok je F kaget, terus kelentong cakap, kan dua-dua pasukan tak sumbat gol lagi. Mestilah dua kosong. Aduhai~~



F rasa tak best nak tengok bola sebab pasukan Kelantan, The Red Warriors tersingkir. Tak dapat tengok dorang main untuk perlawanan akhir ni. Rugi betul. Prestasi macam jatuh siot musim ni. Harap-harap musim depan, dapat naikkan kembali maruah Kelantan.


Kredit : GoogleImages

6 comments:

MyaFiza said...

citer cerekarama malam ni macam best. tak sabar nak tengok. AF...esok leh tengok. betul tak. bukannya ada orang keluar pun malam ni. hehehe...=)

f is fikah said...

btol tu.
nak tengok rita jadi kuang hajor.
sal AF, samelah kita.
trus tengok konsert ulangan esok, skali ngan penyingkiran.

papabear said...

kalau ada 3 TV harus amik 3 ASTRO.. baru best hahahah!

f is fikah said...

papabear;
alahai papa.
botakle kepala abah yang sedia botak
[quote abah sndirik]
heee.
jawabnya kne tunggu earnings nuffi 4angka dulu kot.

nn said...

part AF8 tak best tu sangat setuju.

kat rumah pun selalu balah dengan bapak (sports) dengan adik kecik (kartun) and adik besar (AF). lagi suka tengok variety channel. haha

f is fikah said...

nn;
tau takpe.tengok konsert yang ulangan je.sape klua tak kluar,tak kesah sangat pun[padahal frust mase alif kua.hee.]
tengok variety channel??
macam channel ape??