Friday, April 16, 2010

Tabiat Pelik #2

Mandi di tengah-tengah malam.

Memandangkan tiap-tiap malam, suhu asyik 34-36 darjah Celcius kat Kubang Kerian ni, maka kecenderungan untuk mandi di tengah-tengah malam amatlah tinggi. Sampaikan air pun tak terasa sejuk sangat pun, ada rasa suam-suam kuku je. Kadang-kadang, lepas mandi sekali pun, masih akan berpeluh, walaupun duduk bawah kipas yang dipasang sehingga tahap petala kelima dah.

Heee.

Ini macam memalukan. Oleh sebab kebanyakan masa dihabiskan dengan tengok TV dan layan Internet sakan, maka mandi asyik ditangguh-tangguh. Sedar-sedar, eh, dah pukul 11, 12 tengah malam dah. Tapi, mandi mesti mandi gak.

F tahu risikonya. Tambah-tambah, F ada resdung, lagilah teruk.

[1] Senang dapat paru-paru berair.

[2] Hidung asyik sok sek, sok sek. Berair-air je kejenya. Tak masuk part bersin yang tak nak berhenti-henti lagi.

[3] Cepat semput. Tak tahu benar atau tidak, sebab hanya berlaku pada F je kot.

[4] Pernah timbul urat-urat kaler biru kat tangan dan kaki. Sebab sejuk sangat kot [ini masa kat CFS dulu].


Jadi, nasihat F, kalau rasa tak perlu mandi tengah malam, baik tak payah ok?? Melainkan kalau dah tak tahan sangat rasa badan melekit, ataupun anda baru je balik kerja syif petang ke malam, itu mungkin boleh dimaafkan.

Apakan tabiat pelik anda??

Tabiat Pelik #1

Maaf lah ye. Ingat nak cari gambar yang berkaitan dengan mandi, tapi semuanya seksi-seksa. Tak payahlah ye.

2 comments:

Aidi-Safuan said...

huhu...tabiat pelik ke kalau mandi tengah malam? xde la. biasa2 jer tuh. :)

f is fikah said...

Aidi-Safuan;
pelik pada pandangan sendiri je la kut.
sebab orang2 terdekt takde yang buat macam tuu.
itu yg rase macam sorang2 je pelik.