Friday, April 16, 2010

Tabiat Pelik #1

Bangun secara tiba-tiba di pagi-pagi buta.

Jangan tanya apa F buat pada jam hampir 3 pagi ni secara tiba-tiba. Hee. Sebenarnya, baru bangun ni. Tidur dalam pukul 11 malam tadi, tiba-tiba tersedar pukul 2 pagi ni, dok asyik teringat nak update blog ni. Dah kemaruk macam Abang JoeGrimjow kita kot. Dia lagi kemaruk kot.


Korang rasa F mengigau eh?? Bukan lorh. F bukan macam Maya dalam AdaMaya kat TV3, yang berjalan dalam tidur tu. Ini pun baru lepas mandi segarkan badan, sebab rasa macam bahang semacam je. Even ni pukul 2 pagi, tak de pun rasa dingin ke, sejuk ke. Suhu pun sampai 34 darjah Celcius. Kaw kaw tu. [ececeh. siap bagi suhu. mentang-mentang rumah dia ada pengesan suhu. hee.]. Bumi kita dah sakit tenat ni. Penyakit pemanasan global ye, kawan-kawan??


F update sekarang bukan apa; memanglah tahu sangat, masa gini, semua orang dok krooh, kroooh, tapi masa ni jelah yang F rase macam ada ilham sikit, tambah pulak, esok kerja, bila balik kerja dah penat, malas pun ada. Kalau sibukkan diri main masak-masak, aisyh, lagilah terasa sengal satu badan. Nak menaip pun tak larat. Itulah. Terjangkit sindrom ni dari Abang Mel la kut. Dia pun jenis yang update masa orang dok sedap melayan mimpi-mimpi indah.


Dahla bercerita. Rasanya cukup dah tu nak cerita tabiat pelik sejak dua menjak ni.

Apa tabiat pelik anda?? Bolehlah kita kongsi-kongsi kat sini.


F berkata:
Sape2 yang ada tabiat yang sama macam F, alangkah indah dan nikmatnya kan, kalau2 masa ni kita sama2 gi solat sunat tahajjud. Bukan senang nak bangun pagi2 buta tanpa perlu alarm clock kan??

2 comments:

.::WaNiE::. said...

wheheheh sangat rajin lor terbangun kul 3 pagi kekek ..kalau wani confirm sambung tido

f is fikah said...

WaNiE;
heee.takleh nak sambung tdo, sebab berpeluh sakan.