Monday, April 5, 2010

Siapa Kutuk DIn Beramboi??

Bahang kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 [ABPBH] masih lagi terasa. Kehilangan Allahyarham Din Beramboi pun, masih belum pudar rasa sayu itu. Dan ramai penerima anugerah pada ABPBH 2009 yang mendedikasikan kemenangan mereka hasil undian para pembaca kepada arwah.

Tapi, masalah pula dah timbul lagi. Khabarnya, ada seorang pelajar sekolah yang mengutuk arwah sakan. F pun tak tahulah nak kata apa dah. Betul seperti kata sahabat F, Wa [F dapat tahu melalui dia], dunia sudah menghampiri akhir zamannya. Apabila segala kemudahan untuk berkomunikasi [seperti Facebook] disalahgunakan sewenang-wenangnya, maka inilah jadinya.



Apa yang F boleh simpulkan, budak ni, masih belum menghampiri fasa kematangan pun lagi. Maka, sebab itulah, kata-kata diluahkan sesuka hati, tanpa menggunakan akal, minda dan fikiran. Agama pun turut digadaikan, hanya untuk mendapat perhatian. Perhatian yang sangat meluas.

Dan sebuah grup MEMBENCI budak ini, telah pun ditubuhkan. Ahli-ahli semakin bertambah setiap minit yang F refreshkan page grup tersebut. Dari F mula-mula buka page itu pada jam 3.45 petang tadi, dengan ahli seramai 14 ribu lebih, sekarang, jam 4.20 petang, ahli telah pun melebihi 16 ribu orang.



Walau bagaimanapun, satu saja F tak berkenan pada page tersebut. Pelbagai kata-kata kesat yang dilemparkan ke arah budak itu. F faham, anda marah, tak puas hati, bengang dan macam-macam lagi. Tapi, sedar atau tidak, apabila anda mengenakan cacian ke atas budak itu, anda telah meletakkan diri anda sama taraf dengannya, atau mungkin lebih teruk??

Jika benci sekalipun, hentikan segala kata-kata menghina anda. Apa kata, anda klik sahaja Report/Block this person pada page budak itu?? Sekurang-kurangnya, anda telah mengambil satu tindakan yang sewajarnya, untuk mengajar budak yang tidak cukup ajar itu. Oh, dan satu lagi, jangan babitkan ibu bapa atau keluarganya, sebab dia yang memulakan situasi tersebut atas kecetekan akal fikiran dia sendiri. Just leave the parents or family alone, ok??

Gambar-gambar yang dipamerkan di grup tersebut juga, sangat mengerikan. Hati-hati, anda mungkin nak mengajar dia, tapi jangan pula sampai disabitkan dengan undang-undang akibat mengugut atau mengancam, sudahlah.

Kesian budak ni. Nak POPULAR dan TERKENAL, tapi sayangnya, cara tak kena.

Anda renung, fikir dan nilai sendiri..

Ambil yang jernih, buang yang keruh..


Malaslah nak letak links kat sini. Kalau anda ada Facebook, taip apa yang patut, mesti jumpa. Tak pun, mesti dah ada kawan-kawan yang menjemput ke page tersebut.

AL-FATIHAH buat arwah Abang Din.

4 comments:

ardinihumaira said...

dni paling benci tengok dia tulis "Al-Fuck" memang apalah dosa arwah dengan dia.. dan mengapalah dia menghina Islam sedemikian.. moga dikurniakan hidayah, amin

Sarah Kushairi said...

Haha, betul tu! Dia saja nak populariti.
kalau org layan, lagi dia suka agaknya.

eja said...

setuju2. dorg sepatutnya nasihat, bukan lawan budak tu dgn kata2 kesat. klu group kutuk2 laju je org comment. kalau group islamic takde plak berlumba2 nak tulis kt wall. huhu

f is fikah said...

ardinihumaira:
itulah pasal.
hina arwah 1 hal.
buat maen2 pulak dengan Islam.

Sarah Kushairi:
itulah pasal.
afdlin dah pesan, jangan dilayan sangat budak ni.
tak psal2 dah femes.
naseb tak masuk paper je.

eja:
BETUL..BETUL..BETUL..
kutuk mengutuk ni, cepat je tangan menaip.
grup Islamic pun tak dapat sambutan cam tu.