Wednesday, April 21, 2010

Senarai Semak di Pagi Hari

Dah bangun ke belum tu?? Cepat, cepat! Subuh sekejap je, dah tak tunggu kita ke apa. Apa nak buat haa bila bangun dari tidur ni??

[1] Ucapkan syukur pada Sang Pencipta. Bersyukur ke hadrat-Nya sebab pagi ni, di hari baru, kita masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

[2] Jangan lupa baca doa bangun tidur sekali ye.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

[3] Dah bangun tuh, pergilah siap2 nak solat Subuh pulak. Kalau dapat berjemaah, lagi BAGUS!! Oh ye, kalau diberikan kesempatan, bacalah al-Ma'thurat juga ye.

[4] Usai solat, untuk sape2 yang nak jaga badan, minumlah segelas air putih. Sebenarnya, lagi elok kalau minum sebaik sahaja bangun dari tidur tu. Sebab boleh melancarkan sistem penghadaman.

[5] Oh, ye, sarapan pagi mesti kena jamah ye. Ada selera ke tak, lapiklah perut sikit. Jangan biar kosong sangat. Nanti nak kerja atau belajar, mesti susah nak fokus. Sebab perut dok krook, krook. Siap bedondang sayang lagi. Yahoo!Health bagi saranan, nak makan apa pagi2 tu. Ikut selera Barat lah kat sini.

10 Breakfasts that Slim and Energize


Tapi kalau nak yang Timur pun, apa salahnya.

[6] Sebaik melangkah keluar dari rumah atau asrama, mulakan dengan Basmalah ye. Doa keluar rumah sekali ok??

بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Abah F selalu pesan gak, baca ayat Kursi, insya-Allah, pohon pada Allah lindungi kita dari pandangan / perbuatan jahat orang.

[7] Ikhlaskan hati dan SENYUM!!


Selamat menjalani hari anda dengan ceria dan penuh keberkatan!!

2 comments:

Lovely Bella said...

betul2 ayah kite pun suh sll bace ayat qursi.. heheh salam singgah melawat kengkawan :)

f is fikah said...

Lovely Bella;
bagus2.
insya-Allah,kita dilindungi-Nya.