Sunday, April 11, 2010

Saya Tak Suka Miley, Jadi??

Suka dengar lagu-lagu dia je. Layan je. Tapi kalau nak tengok perngai dia tu, baik tolak tepi. Ada sape-sape marah ke?? Mula rasa tak puas hati pada dia, sejak dia cakap bukan salah dia kanak-kanak terpengaruh dengan imej seksi-meksi dia dalam satu majalah.



Okey. Sebenarnya, tak nak cerita pasal si Miley Cyrus ni sangat. Tapi nak cerita pasal lagu The Climb. Dengar pagi tadi kat radio, tiba-tiba rasa macam boleh masuk ngan jiwan dan perasaan pada tika ini.

Hidup.



Memang dan perlu diteruskan. Yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu teruskan perjuangan kata orang. Menangisi itu dibenarkan buat seketika, tapi jangan samapi masuk meraung dan meratap, mempersoalkan adil atau tidak hidup ini. Ingat, kita ini cuma hamba-Nya.





Cubaan.



Kalau dah namanya hidup, tak sahlah tak ada cooobaan [cubaan], duuugaan [dugaan] dan macam-macam lagi. Orang tuduh kita macam-macam sekali pun, perlu ke kita sampai tertekan, rasa macam nak bunuh diri [na'udzubillah, kang tak cium bau syurga nan indah itu]. Macam-macam mana sekali pun, kena teruskan hidup. Tebalkan muka, keraskan hati. Itu prinsip F buat masa sekarang. Tak perlu takut kalau tak bersalah.






Kebahagiaan.



Bahagia itu apabila kita tenang melihat yang dikasihi, yang disayangi, gembira selalu.
Bahagia itu apabila kita tumpang gembira melihat kejayaan orang, bukannya berhasad dengki.
Bahagia itu apabila F pergi kerja macam biasa, buat kerja macam biasa tanpa ada ragu-ragu atau sangsi.



Tak kisah orang nak cakap apa.
Selagi F tahu rezeki yang F kecapi, adalah halal.




Kredit imej :
GoogleImages
[miley cyrus]
[life]
[challenges]
[happiness]

2 comments:

Nurul Zaty said...

i love the climb.
i hate miley too..hee

btw fikah..have fun in life..
be strong k..huu

f is fikah said...

hahaha.
hate is such a strong word.
dislike lah kut.hee.

thanx dear.
u too.