Wednesday, April 14, 2010

Rasa Macam Nak Mam..

Betul ni. Sangat rasa macam nak mam. Demam?? Macam iye. Mamam?? Pun, iya. Tahan nafsu jelah dah pukul 1++ pagi ni, masih ada hati nak makan. Wahai, ikan bawal goreng, tunggu aku esok ye!!

Penat sangat ni. Balik kerja, dah penat. Tapi tak boleh tidur. Gelisah tunggu si Angah sambil fikir-fikir, 'Aisyh, adik aku ni, ingat ke tak nak beli muffin cups dan cups for cuppies.'

Angah balik. Sambil mulut mengomel, nak claim RM 14.50 untuk cups tu semua. Buat bodo je, sebab tahu sangat dia mesti guna duit Abah tu.

Dah ada cups, cepat-cepat kupas dan potong epal hijau. Konon nak buat Apple Crumble Muffins dari Abang Mat Gebu. Lepas tu, tinggal jap, gi solat Asar jap. Badan memang sangat letih, tapi sebab dah ada mindset, 'Aku MESTI buat jugak mufin ni!!', maka diabaikan saja badan yang penat.

Oh, hasilnya tak adalah secantik yang Abang Mat Gebu punya. F sangat baru buat benda-benda ni secara serius. Tak sempat snap gambar tadi. Dah siap masak, bagilah pada keluarga jiran F aka bakal mertua [haha, siyes perasan!!]. Dahlah pagi tu, dah bagi sebekas Chocolate Chip Cookies. Hee. Konon nak dapat mata lebihlah ni.



Tak tahu lagi apa komennya. Mama cakap sedap dan tanya apa benda yang jadi isi lembut tu??  ''Epal hijau mama, ma..'', hee sambil sengih ala kerang busuk.



F rasa, tak adalah teruk sangat rasanya tu. Mufin tu sangat lembut dan ada rasa macam chewy gitu. Terima kasih kepada resipi dari Abang Mat Gebu ni. Nanti F buat entri lain pasal Apple Crumble Muffins ni. Tak pun, boleh terus jenguk sini.

Itu je dulu. Ni rasa macam nak buat entri sebab bangun tidur mengejut [sebab tadi tidur awal], teringat pasal blog ni. Esok kerja. Doakan F terselamat dari terbabit dalam konflik pekerjaan dan kedewasaan ini.

Tidur dulu!!

Kredit imej:
GoogleImages
[exhaustion]
[big smile]

2 comments:

ney said...

fikah!!! rindu nye nak makan choc chips+cup cake fikah~huuuu,pos la kat shda~

f is fikah said...

ney;
shda,kalu boleh pos,memang dah pos kat shda.heee.
meh datang kelantan la.hee.