Friday, April 9, 2010

Pakej Celcom Broadband Apa yang Anda Patut Guna??

Hari ni, nak cerita sikit pasal Celcom Broadband. F rasa ada yang tahu, dan ada juga yang tak tahu. Tapi tak kisahlah, sebab F tetap nak kongsi jugak. Tak salah kan??

[1] Celcom Broadband Basic Youth.



Yang ini, adik F baru daftar semalam di gerai Celcom Broadband di KB Mall sempena PIKOM PC Fair. Tapi gerai ni, bukan dalam kawasan PC Fair tu tau, tapi luar sikit. Sebab ada 2 gerai Celcom Broadband ni, satu kat luar, satu kat dalam.

Yuran Pendaftaran : RM100
Yuran Bulanan : RM 50
Modem : USB Stick Vodafone
Sesuai untuk : Pelajar berumur 18 - 25 tahun sahaja.
Kelajuan : 384 kbps.
TIADA KONTRAK [bermaksud anda boleh menamatkan khidmat broadband anda pada bila-bila masa sahaja].

[1] F akan cadangkan pakej ini kepada kawan-kawan yang sebaya atau untuk adik-adik yang baru lepas SPM.

[2] Murah dan memang berbaloi-baloi untuk para pelajar yang sememangnya belum mempunyai pendapatan yang tetap.



[2] Celcom Broadband Basic Plan.

Yuran Pendaftaran : RM 75
Yuran Bulanan : RM 68
Modem : USB Stick Vodafone [ada corak 2010 World Cup at South Africa]



Sesuai untuk : Mana-mana golongan.
Kelajuan : 384 kbps
Barangan tambahan : 1GB thumbdrive [bercorak] dan bola kecil.

[1] Untuk yang dah berusia melebihi 25 tahun, bolehlah ambil pakej ini. Berpatutan!!

[2] Barangan tambahan hanya boleh didapati sempena Piala Dunia di mana-mana PIKOM PC Fair dan sementara stok masih ada.




[3] Celcom Broadband Advance Plan.

Yuran pendaftaran : RM 75
Yuran bulanan : RM 98
Modem : USB STick Vodafone [sama seperti pakej 2]
Kelajuan : 3.6 Mbps
Sesuai untuk : Mereka yang suka download macam-macam [cth: drama, filem, album lagu dll]
Barangan tambahan : seperti pakej 2

[1] Sesiapa yang gila download macam F, bolehlah ambil pakej ni.

[2] Tak kiralah anda berumur 18 atau 28 sekalipun, tiap-tiap bulan kena bayar RM 98.

[3] Kelajuan yang memuaskan [mengikut keterangan kawan-kawan yang ambil pakej ni].




Apa yang kamu perlu faham, tahu dan maklum:

[1] F bukan agen atau pengedar Celcom Broadband. Tak ada kaitan langsung dengan Celcom Broadband, melainkan sebagai seorang PENGGUNA.

[2] Segala maklumat adalah mengikut kefahaman F ketika diterangkan oleh staf, dan maklumat lain F baca di sini sahaja. Klik SINI. F tidak menerima apa-apa komisen atas perkongsian maklumat ini ye.

[3] Kalau tak silap, semua pakej di atas tiada kontrak dan anda mendapat jaminan pulangan wang dalam tempoh 7 hari.

[4] Untuk pendaftaran, sila bawa kad pengenalan, dan yang ingin mengambil pakej pelajar, perlu juga membawa kad pelajar anda.

[5] Semasa pendaftaran, anda hanya perlu membayar yuran pendaftran sahaja mengikut pakej masing-masing. Yuran bulanan hanya perlu mula dibayar sebaik sahaja bil bulanan pertama sampai di rumah atau di kotak inbox and jika menggunakan e-billing.

[6] Khidmat broadband boleh mula digunakan dalam tempoh 24 jam selepas di'install'kan ke komputer anda. Jangan bimbang, jika selepas 24 jam broadband masih tidak boleh digunakan, hubungi pengedar anda. Dalam kes kami [F dan Angah], dah boleh guna lepas 12jam. Dan agak laju.

[7] Semua imej di atas adalah hak milik Celcom Broadband.


Sekian sahaja.

No comments: