Sunday, April 11, 2010

Pabila Si Anak Mula Memprotes

Si anak asyik memerap di dalam bilik.
Kononnya sibuk melayari Internet.
Si ibu dan ayah mula bimbang.
Akal bersama rasionaliti mula mempengaruhi fikiran dan minda.
Tiba-tiba si anak keluar seketika.
Ibu memulakan langkah.
Rasa ingin tahu apa yang anak asyikkan bersama dunia teknologi ini.
Anak kembali. Terkesima.
Katanya, si ibu mengganggu privasi dan mencabul haknya.

Sedangkan si ibu sekadar menjengah, menatap matanya pada skrin itu.
Belum sempat berbuat apa pun, menyentuhnya tidak.
Terus ibu dikatakan oleh anak, bahawa ibu tidak mempercayainya.
Ayah turut terpaku.

Moral kisah ini, kenapa perlu takut dan cuak kalau tidak berbuat salah?? Bukankah orang salah selalu saja resa dan gelisah?? Simpati pada si ibu dan si ayah.


F1 : Tak kisah mama dan abah nak jenguk apa yang dibuat. Tak takut apa-apa, tetapi lebih kepada rasa segan dan malu. Hee..

No comments: