Friday, April 23, 2010

Pabila F Merantau ke PJ..

Heee. Assalamu'alaikum warahmatullah buat semua.

Saja nak kecoh-kecoh, mau bagi tau sama semua orang lorh. F ada kat PJ. Spesifiknya, kat CFS UIA PJ. Best gila dapat jumpa kawan-kawan yang buat sem pendek kat sini. Memang borak macam tak ingat dunia. Heee.

Tapi datang kejap je. Sebab Isnin dah nak masuk kerja balik, sebelum secara rasminya F akan berenti kerja hujung bulan ni. Adalah sebab-sebab tertentu keputusan sedemikian diambil, setelah mengambil kira pandangan pihak-pihak tertentu. Ecececeh. Bunyi macam penting je kan??

Oh, berbalik pasal alkisah duduk kejap kat PJ ni. Selain jumpa kawan-kawan, sebenarnya, datang sini nak ambil transkrip akademik F la. Kan dah grad sem lepas..grad as in foundation grad la. Bukan degree ke apa lagi. Belum lagi tuu.

Nak kongsi kisah transkrip dengan pointer tak berapa cantik maa. Dahlah tadi transkrip macam 'missing' gitu. Padahal yang kawan punya, ada je. Buat malu je kat situ. Terpacak sambil abang tu cari dekat sepuluh kali kot, kat tempat yang sama, tapi tak jumpa-jumpa.

Maka, datanglah akak-akak yang cun, tolong carikan. Katanya, mungkin kat tempat 'terbuang' kot. Dah mula rasa cuak gila. Fikir-fikir balik, ada benda yang aku tak lepas ke apa ke?? Nasib baik kat kawasan terbuang tu. Kalau tak, macam sia-sia je berjalan jauh dekat 8 jam dari Kelantan nuu.

Oh. Sekarang tengah guna lappy ex-rumet. Hee. You know it's you I'm talking about here. Hee. Kalau kat rumah pun, tak boleh nak hapdet sangat, sebab Acer sayangku dah terkena jangkitan virus la pulak. Jadi, sekarang ni, tengah dimasukkan ke wad yang berkenaan la.

Nanti F pulang nanti, ada benda yang SANGAT SERIUS yang perlu dibincangkan. Tentang masa depan yang ermmm...entahlah.

Maaf. Tiba-tiba rasa emo mengenangkan apa yang telah F lakukan. Maaf sekali lagi.

5 comments:

cik zatil said...

adik sayang jgn emo
emo taw lalin..

tak ada masalah yang x
dapat diselesaikan..

til den,
jaga diri disana
baik-baik..

:)

"Hamba allah swt yg lemah" said...

salam sibuk ke.. kalau ade masa ziarah la blog saya ni...

cantik la blog awak:) salam pekenalan.. kalau ade masa datang la ke blog saya


http://pesananbersama.blogspot.com/vis


http://sentiasa-bertaubat-pada-allah-swt.blogspot.com/


http://jom-ketawa.blogspot.com/



http://kongsi-atikel.blogspot.com/


http://messagewith.blogspot.com/



http://stduden-now.blogspot.com/



http://melayu-di-dunia.blogspot.com/

pilih la yang mana awak bekenan maaf kalau saya menyusahkan..:)

"Hamba allah swt yg lemah" said...

salam sibuk ke.. kalau ade masa ziarah la blog saya ni...

cantik la blog awak:) salam pekenalan.. kalau ade masa datang la ke blog saya


http://pesananbersama.blogspot.com/vis


http://sentiasa-bertaubat-pada-allah-swt.blogspot.com/


http://jom-ketawa.blogspot.com/



http://kongsi-atikel.blogspot.com/


http://messagewith.blogspot.com/



http://stduden-now.blogspot.com/



http://melayu-di-dunia.blogspot.com/

pilih la yang mana awak bekenan maaf kalau saya menyusahkan..:)

f is fikah said...

cik zatil;
thanx sis!!
cian akak, dapat orang yang suka emo macam F ni kan??

f is fikah said...

"Hamba Allah SWT yang lemah";
terima kasih kerana sudi berkunjung!!