Friday, April 9, 2010

My Favourite Sport

imej dari GoogleImages.

Badminton!! Badminton!! Badminton!! Badminton!! Badminton!!

Bila orang lain sibuk dengan EPL la, BPL la, tak pun Piala FA atau Liga Malaysia ke, saya lagi suka dengan badminton.

Kenapa??

[1] Sebab saya rasa permainan badminton itu laju, pantas dan very straight-forward. Iyelah, sebab bola tangkis jatuh je atas gelanggang, mata terus dapat. Kalau saya tengok bola je, secepat mana pun gol masuk, saya mesti nak kena tunggu sampai permainan selama satu jam setengah tu habis, baru dapat tahu keputusan penuh. Tak laratlah nak tunggu. Saya mesti akan terlelap punya.

imej dari GoogleImages.

[2] Sebab saya suka tengok bola tangkis itu bergerak ke hulur, ke hilir, sambil ditepis oleh pemain-pemain yang tengah berlawan tu guna raket. Macam cool je.

[3] Sebab saya suka tengok strategi dan teknik permainan pemain-pemain. Permainan kat jaring, hairpin fall, smash, rally dan macam-macam lagilah.

imej dari GoogleImages.

[4] Dan sebab saya sangat suka sama Lee Chong Wei woohh!! Dah semakin konsisten permainan Lee Chong Wei ni. Saya harapkan konsistensi dia berterusan sehinggalah masuk Olimpik 2012 nanti. Semestinya dengan didikan Misbun Sidek.

imej dari GoogleImages.


Pada kebiasaannya, bila ada je sebarang pertandingan badminton dalam atau luar negara, saya cuba tak lepaskan peluang untuk menonton, sambil bersorak-sorak sakan. Maklumlah, nak bagi sokongan, walaupun dorang bukannya boleh dengar pun kan??

Bila tengok dorang main je, kesian pulak. Iyelah, tak sampai 10 minit bermain, dah berpeluh, sampai menitik-nitik, siap boleh nak tadah dengan baldi lagi. Tak bestlah macam tu.

Tapi, kalau saya ada peluang nak jumpa dengan mana-mana pemain badminton [yang penting sekali Lee Chong Wei], saya, dengan tanpa segan-silunya, akan hadiahkan dia satu set Adidas Action 3, supaya dia boleh kekal wangi. Hehehe.



Maka, sama-samalah kita menyokong pasukan badminton negara kita untuk menjulang Piala Thomas dan membawa pulang emas dari Olimpik 2012. Oh tak lupa juga, kena bagi dorang guna Adidas Action 3 Set selalu!! MALAYSIA BOLEH!!

imej dari GoogleImages.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

2 comments:

cik zatil said...

projek alpha lagi! hehehe..
good luck sis chumel!

menang share hadiah
ek..hehehe..

f is fikah said...

thanx akak!!
kalo tak nak share, bulih??
hehe~~