Saturday, April 3, 2010

Kematian Itu Sesuatu yang Pasti

Semua dah tahu. Semua dah maklum. AL-FATIHAH buat Allahyarham Din Beramboi [nama sebenar: Meor Ahmad Fuad] yang telah meninggalkan kita pada 12.30 malam, 2 April 2010, Jumaat lalu.

Beberapa jam sebelum kematian Allahyarham, F dan keluarga, baru sahaja selamat tiba di bumi Kelantan, kembalinya kami dari Pulau Langkawi, pulau lagenda. Sempat lagi, mendengar celoteh Allhayarham dan Pak Nil di Radio Era, ulangan Sawancara seorang nelayan. Masih segar di ingatan, betapa fasih Allahyarham bertutur dalam dialek Kelantan.

Kini, Allahyarham sudah pun meninggalkan kita. Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Bila renung-renung kembali, Allahyarham boleh dikatakan masih muda, pada saat beliau kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya, ini sebagai peringatan buat kita, terutama pada diri F sendiri, bahawa ajal dan maut itu datang tidak kira kamu muda atau tua.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
[Yunus : 49] 

Kita takkan pernah tahu, jikalau tiba pula masa kita diambil nyawa oleh Malaikat Maut, Izrail, selepas ini, tak awal dan tak lambat, hatta sesaat sekalipun.
 
Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)". 
[As-Sajdah : 11]

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. 
[Al-Munaafiquun : 11]


F bukanlah seorang yang sangat alim dan wara' untuk berbicara soal kematian. Tetapi, sedaya-upayanya, F, cuba rujuk terjemahan al-Quranul karim, untuk ingatkan diri sendiri. Diri F ini, memang sangat-sangatlah tak sempurna langsung, diharapkan dengan adanya peringatan dari kitab suci al-Quran, F dapat sedarkan diri kembali. F mengharapkan agar diri F ini, dapat berubah ke arah yang lebih baik, jikalau tak banyak, sikit pun jadilah, daripada langsung tidak berubah.

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. 
 [Al-Hijr : 99] 



Sememangnya, kematian itu pasti akan tiba..

2 comments:

nurain said...

huu..setiap yg hdup pasti akan mati, yang ada, pasti pergi..macam tu lah karma hdup kite ni kan?

f is fikah said...

memang satu lumrah hidup.
rase macam mimpi lagi semua ni.