Saturday, April 10, 2010

Jom Kita Korek Telinga

Isyh!! Gatalnya telinga ni!! Rasa macam nak korek-korek je.

Kadang-kadang, ada yang rasa macam ada serangga merayap dalam telinga tu. Terutama orang macam F yang ada resdung, memang sentiasa rasa gatal dan macam ada benda dalam telinga.



Macam-macam yang kita guna untuk korek telinga. Paling femes, sudah semestinya, putik kapas, atau bahasa kelasnya, cottonbud. Syoknya rasa bila dapat sumbat cottonbud ni dalam telinga. Yang mana, hasil akhirnya, sudah tentu, dengan cottonbud itu berwarna kekuningan bukan??



Ada yang guna dawai. Dawai bukan sebarang dawai, dawai dari klip kertas yang di'straight'kan. Masuk dalam telinga, haa, keluarlah najis telinga. Bahasa kasar : tahi telinga. Bahasa omputeh : earwax [sebab yang keluar itu adala rupa lilin sikit kot].

Yang paling ekstrem, guna pensel atau pen katanya. Haih, tak ke tukar warnalah jawabnya, tahi telinga tu. Orang lain warna kekuningan, dia punya warna biru atau merah atau hitam [bergantung kepada warna dakwat pen yang digunakan.

Menurut orang-orang terdekat F, mengorek telinga hanya akan mengakibatkan sisa-sisa dari telinga itu, lebih ditolak ke dalam telinga. Lebih teruk lagi, penggunaan pelbagai jenis alatan [seperti yang dinyatakan di atas] untuk mengorek telinga, akan menyebabkan kecederaan kepada gegendang telinga anda.



Oh, patutlah keluar darah lepas korek telinga. Rupanya, dah cedera telinga aku rupanya.

Pengalaman rakan sekerja. Dia sakit telinga. pergi jumpa doktor. Pak doktor bilang, banyak tahi telinga. Dapat ubat cecair. Kena pakai setiap pagi dan malam untuk cairkan tahi telinga tu. Tapi, sakitnya, Ya Allah, kata teman itu, berdengung-dengung rasanya. Siap berdenyut-denyut lagi sakitnya. Hilang keseimbangan tubuh badan sebab telinga mengawal keseimbangan badan kan??

Kesian sama dia.



Oleh itu, pesanan oleh seseorang [tak ingat dari siapa], lebih baik biarkan tahi telinga itu terkumpul sendiri. Cukup masa, ia akan keluar jugak.Tak de ke mananya. Waktu tahi telinga keluar, bolehlah dikorek di kawasan luar telinga itu sahaja. Sejauh mana kesahihan dan kebenarannya, F kurang pasti Kena rujuk yang lebih arif dan pakar lagi profesional.

3 comments:

a's said...

fikah! I have this kind of experience too!!

masa tahun 2008,time tu weekends sebelum listening test. So,dgn harapan pendengaran lebih jelas,korek la telinga dgn cotton bud.

sekali lps dh korek tu,rasa bengang je telinga.n tak dengar sgt orang cakap apa.mmg panik masa tu,esoknya terus pergi klinik. doktor cakap telinga tersumbat and dia buangkan semua2 yg tersekat tu.

and doctor advise jgn korek guna cotton bud,dia suggest guna liquid pengeras tahi telinga tu.so that nnti dia kering and akan keluar sendiri.dkt watson and guardian pn ada jual. rm20 rggt cmtu

f is fikah said...

a's;
tak sangka kawan sndiri ade experience macam ni.hee.
bukan ape,lately selalu rase bengang kat telinga tau.
berdengung semacam je.

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Awas. Jangan suka2 sangat korek telinga tu. Takut nanti terpecah gegendang dlm tu...Kepada sesiapa yg terasa telinga tu tersumbat, mcm ada bendalir kt dalam tu, sila cuba dapatkan rawatan kat sini hah:

Menghilangkan Gejala Telinga Tersumbat

Takut korek2 ni bahaya. Elok kalau ubati dgn cara yg betul. Semoga berjaya. Tq.