Sunday, April 18, 2010

Hebat Sangat ke Berblog ni????

Hari ni nampak macam kemaruk updates. Sebab hari ni offday kerja. Jadi peluang harus digunakan sebaiknya. Tak gitu??

Tadi ada family talk. Biasalah, bila Ma dan Abah bergabung, meletoopp ahh!! Heee. Sekali dengan aku dan Angah. Borak2 kosong, campur merapu sikit. Sambil bincang pasal kepergian aku ke PJ, Insya-ALLAH, Khamis ni.

Aku cakap, susahlah nak bahagi masa antara nak kerja, nak berblog, nak berbaking-baking semua tuuh. Abah aku pun wat muka cam comel gitu, sambil keluarkan muncung mulutnya. Nak mencebik akulah tu. Hisyh. Suka benor dia mengusik.

Maknanya, dia tak ambil serius tentang keseriusan aku berblog ni. Serius kejap je hari tu, waktu aku tunjuk pasal Redmummy dalam Harian Metro. Dia angguk-angguk jelah.

Mama pulak macam, bagi tak bagi je aku nak teruskan berblog bila dah masuk degree. Katanya, fokus belajar. Pastuh, bloglah banyak mana pun lepas dah habis belajar.

Rasanya, pendedahan pasal dunia blog ni tak meluas sangat lagi. Ramai lagi orang kita [termasuk parents aku sendiri] tak nampak lagi kut, luasnya dunia berblog ni. Boleh buat macam2. Antaranya, sudah tentulah, buat duit kan??

Sekali fikir, tak nampak macam ada masa depan. Macam untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Agak2nya, pendedahan kat Kosmo pasal tamu blogger tiap2 minggu, tak beri sangat kesan pada sesetengah orang.

Ini mula buat aku rasa berbelah bahagi. Aku sayang blog aku, aku sayang dunia blog ni dan semestinya, aku sayang kawan-kawan blog aku. Banyak yang aku belajar. Macam-macamlah. Belajar bagaimana nak beri dan terima segala pendapat dan kritikan. Dan aku terfikir, mampukah aku berhenti berblog seketika nanti waktu nak masuk degree kelak??

Bukan apa, aku jenis yang cepat lalai sikit. Bila dah asyik berblog, lupa benda lain. Susah jugak ni.

Jawapan untuk soalan di atas :

YA!! Berblog memang hebat!!


F berkata: 
Adik ujian bulanan esok. Ni tengah ajar dia Matematik tahun 6, sambil jegil2 mata, kenapa boleh salah itu dan ini. Oh. Aku kakak yang garang ok??

2 comments:

Nurul Zaty said...

sis fikah
why did u think of stop blogging?
nk ikot jejak langkah wa ke?

lek ar sis,
takyah pikir sal duit.
pikir je blogging for fun k..
gipon memang la kdg2 bz kan.
tapi kan blogging is one of way gak for u nak cite pape ke..
ala..keep it on ok.
jangan pikir sal duit blogging..hehe
kita blog untuk kita suka!!

sayang awak fikah
rindu kamu sangat2 ..

f is fikah said...

Nurul Zaty;
thanx for always being there whenever i need u.