Friday, April 30, 2010

Gadis-gadis Comel 1



Bagi aku, walaupun aku sendiri perempuan, tapi tak salah kan kalau nak minat sama dorang kan?? Yup. Yup. Yup. Aku tau, ramai gak budak2 perempuan anti sama dorang ni, sebab dikatakan dorang gedik. Tapi, malangnya, aku tak jumpa lagi setakat mana gediknya dorang ni. Mungkin korang pernah tengok dorang gedik, tapi serius aku cakap, aku memang tak dapat jumpa sangat part gedik tu. Kalau ada, tunjuklah eh.

Mereka yang dimaksudkan ialah, Girls' Generation, atau dalam bahasa Koreanya, So Nyuh Shi Dae [SNSD].

Mula kenal dorang sejak 2008 kot, masa dok gila kat Wonder Girls, yang masa tu sangat HOT dengan NOBODY.





Masa tu, tak pandang sangatla kat SNSD ni, sebab WG sangat daboom tahu. Even watching their dance battles, I mean, between WG and SNSD, I rooted for WG, eventhough the choreography was not that technical as SNSD. Heee. Jangan mare haa peminat WG, tapi aku memang rasa yang SNSD punya tarian cambest lagi. Tapi minat WG punya pasal, SNSD aku tolak tepi je masa tuh.

Dulu, kawan2 perempuan aku, kebanyakannya cakap, SNSD ni tak best, gedik je lebih, habuk pun tarak. Aku masa tu, bohlayan je la, sebab lebih pokus pada boybands. Orang cakap dorang ni annoying ke hape ke, aku tak berapa nak kesah, sebab itu bukan masalah aku.

[dari kiri:
TaeYeon [ketua]
Tiffany
SooYoung
Jessica
YuRi
YoonA
Sunny
HyoYeon
SeoHyun ]

Tapi lepas dorang malatopp naik dengan lagu GEE, aku mula layan dorang. Mula minat dengan si YoonA ni [haha..Taufiq, aku tahu ko sangat gila pada YoonA gak kan], sebab pada masa yang sama, drama dia, You're My Destiny selalu main kat KBS World, Astro 303. Lepas tu, sebab aku selalu layan Music Bank, maka bertambah-tambah lak rasa minat kat dorang ni.


kalau ada yang perasan, ada MinHo [SHINee] dalam MV ni. alahai, MinHo yang ada gak dalam Dream Team Season 2, yang main kat KBS World.


GEE menang 9 minggu berturut-turut untuk No.1 kat Music Bank. Disebabkan ahli dorang ada 9, maka setiap seorang dapat satu trofi Music Bank. Power wooh!!



Dari GEE ke TELL ME YOUR WISH, lagu tu aku rasa okey je, boleh saja layan. Tapi tak sehebat penangan GEE la. Aku ingat, semua orang asyik dok Gee, Gee je. Mungkin sebab lagu dia sangat catchy and easy-listening. Lirik pun senang nak ikut.



Lepas tu, muncul OH!! Aku dapat agak lagu ni, walaupun tak boleh lawan GEE, tapi penangannya tetap ada. Sebab lirik asyik dok ulang Oh..Oh..Oh..Oh..Ah..Ah..Ah..Ah.. Yang ni aku tak pasti pulak dapat awards banyak mana. Nanti aku cek balik.



Tak lama lepas OH!, kalau korang perasan, ending lagu OH! tu, macam ada pompuan2 yang pakai baju hitam. Itulah nak tunjuk dan promo lagu seterusnya, RUN DEVIL RUN. That song some kind portrays their more matured, sexier and darker sides of them. MV dorang pun sangat best, sebab nampak perubahan dari penampilan dorang yang kiut-miut dalam OH! kepada SNSD yang sangat seksi dan agresif dalam RUN DEVIL RUN.





Oklah, Cakap banyak2 mesti korang pun dah boring kan?? Apa lagi, layan je la MV dorang ni ok?? Maklumat lanjut, aku kena tanya dengan pakcik Google la nanti, takpun balak2 ku sekalian yang gila sama SNSD ni. Lagi advance tau!!



Kredit MVs : aisooyoung @ YouTube & sment @ Youtube
Kredit imej : sumber2 berbeza dari GoogleImages.

6 comments:

miss hav0c said...

amboih kamu kemaen ye suka korean songs haha

cik EPAL said...

comelnya mereka ni :)

msrh's said...

suka lagu nobody! ^^

f is fikah said...

miss hav0c;
yup3.
sangat suka!!!

f is fikah said...

cik EPAL;
memang sangat comel!!
tapi comel2 dorang pun, ade jugak orang tak suke.
hurm..

f is fikah said...

msrh's;
lagu nobody ni jadi kegilaan waktu 2008 tu kat korea.
memang semua orang tahu la dance steps dorang.