Saturday, April 17, 2010

Biskut Nestle Cornflakes

Buat biskut ni Hari Raya hari tu. Sampai dua, tiga kali jugaklah mengulang buat biskut ni, sebab tak jemu nak makan. Dan dua, tiga hari lepas, buat lagi biskut ni. Laju je balang tu nak jadi kosong. Sebab syok tahu dok ngap, ngap biskut ni sambil tengok TV ke ape.

versi cantik


Resipi diambil dari belakang kotak Nestle Cornflakes.

300gm     tepung gandum 
3 cawan   Nestle Cornflakes [kisar halus]
250gm     mentega atau marjerin
150gm     gula castor
1 tsp        esen vanila
1 biji telur [pukul sedikit]  
                aising lemon
                coklat jurai kuning

[1] Ayak tepung gandum dan masukkan Nestle Cornflakes. Ketepikan.

[2] Pukul mentega [atau marjerin], gula castoe dan esen vanila sehingga sebati. Kaup balik campuran tepung tadi bersama bancuhan mentega sehingga menjadi doh yang lembut.

[3] Canai doh setebal 1cm, dan terapkan dengan bentuk yang digemari
[yang ni F buat bulat-bulat je, lepas tu tekan // tak pun buat je bentuk segi empat yang besar, potong-potongkan pada segi emapat yang lebih kecil]

[4] Letak biskut atas loyang yang telah dilengser dan sapu telur ke atas biskut tersebut.

[5] Bakar dalam oven bersuhu 180 darjah Celcius, atau sehingga kekuningan. Keluarkan dan sejukkan.

[6] Hias dengan aising lemon dan coklat jurai jika mahu.

versi lantaklah-bentuk-apa-yang-nak-jadi

Buat biskut ni makan masa dan tenaga jugaklah. Dahlah ada 1 oven yang kecik je, maka berjam-jam jugaklah nak membuatnya. Nak mengadunnya, senang dan cepat je, bahagian yang lepas tu je yang paling tak boleh tahan. Tetapi berbaloi, sebab kejap je licin.

F hanya buat terapan waktu Hari Raya je. Sebab ramai yang nak menolong. Ada teman jugak yang nak dibuat bergilir. Sekarang ni, buat sorang-sorang je lah.

Enak dimakan sebagai snek depan TV, atau buat minum petang.

No comments: