Sunday, April 25, 2010

BENGANG!!!!!!!!

AMARAN : JANGAN KLIK jika anda nak merasa bengang jugak.

Banyak benda yang kita takkan pernah puas hati dalam hidup ni. Lumrah lah kan, manusia memang tak tahu nak puas hati dan tak reti2 nak bersyukur kan??

Pabila banyak benda yang tak diingini berlaku hampir serentak dalam hidup aku, rasa optimis dah beralih untuk menukarkan aku kepada seorang yang pesimistik. Rasa nak percaya pada orang pun dah mula luntur. Macam-macam berlaku.



[1] 3, 4 hari yang lepas, sebelum pergi kerja, aku mesti akan nak download apa-apa, tak pun publish entri di pagi hari. Tapi, malangnya, lappy rosak akibat virus dari pendrive Mama pada malam sebelumnya, waktu aku ambil files aku dari pendrive tu. Menyebabkan pagi tu, screen gelap, tapi yang peliknya, screen saver nak pulak keluar.

[2] Lebih teruk apabila aku nak pergi kerja, tengok partner cuti kecemasan. Kena handle sorang-sorang. Biasanya, ok saja, tapi sebab mood tak baik, maka nak kerja pun, serius rasa malas gila. Tambah-tambah pulak ada pegawai perempuan yang nak buat berlagak kat situ. Serius aku rasa nak lempang je. Bukan muka dia, muka aku. Sebab aku manis mulut gila dengan dia.

[3] Orang yang baiki lappy aku ni, orang yang sama baiki lebih kurang sebulan lepas. Masa tu, nak jaga hati pelanggan, servis tip-top, sampai aku rasa aku nak promo pada semua orang pasal kedai dia tu. Tapi kali kedua ni, dia aiki, format tanpa back-up data. WHAT THE ????? Kedai ko memang aku banned dah. Kalau aku tahu Abang Yie sebelah rumah aku yang kerja software engineer tu balik Kelantan hari tu, tak de maknanya aku nak hantar kedai ko.

[4] Aku tak tahu lagi nak sambung belajar kat main campus kat Kuantan kelak. Sebab kalau tak silap, aku tak dapat Farmasi. Padanlah ngan muka kan, sebab sapa suruh study last minute kan?? Jadi, kena ucap babai pada kawan-kawan yang pernah dok CFS sama-sama ngan aku dulu, dan mungkin ucap hai pada FIM, tak pun MIB. Paling tidak, ucap babai pada Farmasi, hello Biosains. Inilah benda serius yang aku cakap hari tu. Lain kali je terangkan betul-betul ok??




Maaf. EMO yang amat. Tolonglah korang yang sudi baca ni, tolong bagitau aku apa nak buat. Aku sangat tensen sangat-sangat tau. Aku dah blurr gila, tak tahu nak buat apa dah.

Tapi, aku SYUKUR sangat-sangat sebab ALLAH turunkan hujan kat sini. Hati yang panas, jadi sejuk sangat-sangat mengenangkan nikmat ALLAH ni.

4 comments:

Sarah Kushairi said...

Afi, ye ke ko tak dapat Pharmacy?
Mcm mana ko tau?
Relax la, pointer medic sekurang2nya 3.35. Dentistry pulak 3.3.
Inikan pulak Pharmacy. :)
Jangan risau sangat! XD

bh said...

banyak betul dugaan..sabo je le..dekat kuantan nanti i'll asked my friends to look after you perhaps=P

f is fikah said...

Sarah Kushairi;
aku emo tu.
lepas tu dengan perasaan yang serabut, buat aku fikir macam2.
anyway,thanks for being here.
thanks a bunch!!

f is fikah said...

bh;
yup3.
orang ngah emo.
macam2 la keluar.
ada kawan kat kuantan??
yahoo!!
mintak tolong die drive gi kuliah boleh??heeee.