Friday, April 16, 2010

Apa Anda Boleh Buat dengan Ibu Anda??

Masuk bulan depan, yakni bulan Mei, kalau tak silap, ada Hari Ibu kan?? Dan bulan yang sama, 21hb Mei, ulang tahun kelahiran mama F.

Apa yang korang selalu buat dengan mak korang haa??

[1] Tengok cerita Hindustan.

Yang ni, dari sekolah rendah sampailah ke besar ni dah boleh dipinang orang, F ngan mama selalu gak layan Hindustan ni. Tadi je syiok tengok cite Garam Masala yang ada Akhshay Kumar ngan John Abraham yang hot-hot gitu. Memang gelak sakan sebab citenya sangat kelakar ok??
Banyak lagi cite-cite Hindustan yang kitorang layan. Mama cakap, F jadi kemaruk Hindustan, sebab dia dulu masa mengandungkan F, kalau tak silap ar, suka layan Hindustan. Maka, aura dah terjangkit. Tapi sekarang layan tak layan je, sebab banyak sangat cite Hindustan dah terlebih lucah. Oops!! Pakai seksi-meksi, mesti ada adegan kat ranjang. Tak kuasa aii nak tengok dah. Kecuali yang DATUK Shah Rukh Khan. Heee. Tak nak missed punya.


[2] Window-shopping [beli-belah tingkap??] -->shopping

Kalau jalan ngan mama, memang selalu usha barang-barang. Ouh. Tapi minat kami tak sama. F suka usha gajet-gajet, buku-buku dan yang sewaktu dengannya, mama lak, barang-barang yang selainnya. Tapi bila masuk je bahagian pakaian, dua-dua akan ralit membelek-belek baju yang disukai.

Dan akhirnya, keluarlah dua anak beranak ni, sambil pegang satu, dua beg plastik baju. Abah hanya mampu menggeleng sambil garu-garu kepala. Hee.


[3] Masak-memasak.


Mama terer masak tau. F tahu, ini ayat amat klise [cliche]. Sume orang pun mau cakap mak dia paling hebat masak. Yang paling femes, sudah pasti soto ayam. Resipi tu kaw-kaw tau. Sampai orang siap tempah-tempah lagi. Bila mama buat je rempah soto, sah-sah satu rumah berbahang. Macam dok dalam spa herba pulak dah.


F lak, lagi suka buat kek, mufin, kek cawan, biskut, pencuci mulut dan apa-apa je yang berkait. Bab masak, tak khatam sangat. Sape yang rasa nak buat bini, saborlah yek. Heee. Dah datang dah penyakit gatal nak kahwin.


[4] Girls' talk

F, Angah dan Mama selalu gak slow talk. Tapi tak sekerap dulu. Bagus gak, sebabnya, bila kami bertiga, sah-sah, Adik memang kena halau dari hal 18 tahun ke atas ni. Heee.


Walaupun ada girls' talk, tak pernah lagi nak cerita pasal crush-crushing ke hape semua. Kang kena hempuk sambil kena bebel, gi sekolah tu, belajar ke, cari laki. Heee. Bukan mama tak open-minded ke apa, tapi memandangkan yang bercerita ini pun single mingle, maka tak ada bendanya nak share lagi. Tunggu sampai dapat lelaki idaman kut, baru cerita sepuas hatiku sampai terjeluak sorang-sorang dengar. Hahaha.



Itu sahaja yang F dapat fikir dan ingat benda-benda yang selalu kami buat. Banyak lagi, tapi, nanti jadi entri cecah teras bumi lak kan? Ceritalah, apa yang anda selalu buat ngan ibu, mama, ummi, mummy dll anda??

Kredit imej:
GoogleImages
[garam masala]
[window shopping]
[cooking]
[baking]
[girls talk]

No comments: