Tuesday, April 13, 2010

Alam Pekerjaan, Best ke??

Ni dah 4.30 petang. F dah selamat ada kat rumah sejam lebih yang lepas. Penat pun tak hilang-hilang lagi. Ingat lepas solat Zohor tadi, nak lelap-lelaplah sekejap, tapi mata pulak tak nak pejam. Tolonglah wahai mata, badan ni dah penat sangat.

Lumrah manusia, masa kecik, nak cepat-cepat besar, konon boleh buat macam-macamlah. Boleh pakai mekap, pakai baju cantik-cantik, boleh pegang duit banyak.

Pabila dah besar, asyik kata pulak, kan best dapat jadi baby, boleh tidur je kerjanya. Kan best jadi kanak-kanak, nak main samapi comot-comot pun, orang nak marah tak jadi nak marah, sebab kesian.

Masa F dekat sekolah dulu selalu berangan, kan best dapat kerja. Boleh pegang duit sendiri, nak beli apa pun, orang tak kisah.

Tapi...

Tikam- menikam


[makan lompat tikam lagi best!!]


Banyak sangat cabaran dan dugaan dalam bekerja ni. Kalau buat tak kena sikit, terus kena sound. Direct tuu. Tapi, bukan semua yang tegur depan-depan tu kejam. Yang lagi kejam, pabila orang yang baik dengan kita, tikam belakang kita. Kat depan, bukan main lagi manis mulut, tapi kita tak tahu apa yang digasaknya pasal kita kat orang lain.



Hipokrit.


Pabila kita dah tahu orang tu buat macam tu, kita tak boleh nak ikut sangat rentak dia. Diam aje. Buat-buat tak tahu. Lepas tu, mula buat baik balik, macam kita tak tahu apa yang dia dah buat. Kalau ikutkan, nak je berhenti kerja, tapi memandangkan ini masih di awal bulan, maka perlu ditangguhkan.



Kepercayaan.

 Rasa percaya antara satu sama lain semakin hari semakin pudar. Lama-lama, hilanglah rasa kepercayaan itu, lenyap terus dalam perhubungan di alam pekerjaan. Masing-masing mula ada rasa sangsi dan curiga. Semuanya mula berubah sedikit demi sedikit. Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Masih cuba meneruskan hubungan atas nama kerja, tapi untuk mempercayainya dengan apa-apa pun seperti tugasan dan sebagainya, seakan-akan mustahil.



Produktiviti.

Malas mula bertandang. Yang sepatutnya bertugas di dalam, mula bertugas di luar. Seboleh-bolehnya, tak nak bertentang mata. 'Ko buat keje ko, aku buat keje aku.' Maka mulalah berlakunya masalah pecah amanah, gelapkan wang dan macam-macam lagi. Kualiti kerja menurun dengan mendadak. Dan tak ada sesiapa peduli, sebab satu pihak akan fikir, "Oh, takpe, dia takde, boleh carik orang lain. Ramai orang tengah cari keje ni." dan satu pihak lagi berpendapat, "Tak kisahlah nak datang keje ke tak. Baik berhenti. Cari je keje lain". Bercakap semacam tahu dengan jelas bagaimana nak menghadapi hari esok.



Konflik ni buat F sangat serabut. Nanti dah dekat hujung bulan, akan cuba fikir balik, nak teruskan atau tidak.

Haisyh. Laparlah pulak.

Kredit imej:
GoogleImages
[tikam belakang] 
[lompat tikam]
[hypocrisy]
[trust]
[productivity]

No comments: