Friday, April 30, 2010

ADAMAYA vs ASMARADANA & KBS World??

Sejak kebelakangan ni, entah kenapa la, F dah tawar hati nak layan AdaMaya. Rasa macam dah sangat2 tak larat nak tengok si Dani tu yang tak faham2 bahasa ke, yang bekas awek dia dah bahagia dengan laki dan anak dia. Tak habis2 nak kacau masjid orang. Lagi pulak, tengok Maya yang akhirnya makan pujuk rayu Dani, ikut je Dani tu ke mana2.

 Pukul 10.30 malam je, mesti mau layan Asmaradana. Rasanya, lebih kurang je ceritanya, yang mana, si cinta pertama nak kat balik kat kekasih hati lama. Tapi, konflik dalam Asmaradana lagi best kot. Ini pendapat F je la. Sedangkan rambut kaler lain2, apatah lagi jiwa dan hati kita kan??

Tengok Asmaradana, dengan si Amran yang terlebih obses nak dapatkan Azizah balik. Elok2 je Azizah bahagia dengan Fariz yang baik gila wa cakap lu, nak kacau2 pulak. Dahlah potong brek kereta si Fariz, sampai Fariz koma, bapaknya meninggal. Jahat lorh Amran ni. Tahniahlah Sam, sebab memang cun gila ko berlakon.

Oh, Tiz pun cun gak. Bukan setakat muka je la, tapi berlakon pun kaw2. Betapa Azizah nak pertahankan keluarga dia. Padan muka Amran, yang ko jadi jahat sangat kenapa weh?? Tak pasal2 terlepas terus Azizah.

Tak sabar2 nak tunggu sambungan Asmaradana minggu depan. Nampak gaya, Azizah dah takkan sorang2 lagi lawan Amran tu. Sebab Fariz dah tersedar dari koma. Bagus..bagus..

Maaflah ye. Nampak gaya, F dah takkan tengok dah kot AdaMaya. Mungkin tunggu episod akhir, rasanya episod 26. Jadi, bolehlah petang2 layan KBS World balik.

Let's Go! Dream Team Season 2.



 Nampak MinHo kat tengah2 tu??
Tapi F suka sama JunHo, yang kat sebelah kanan tu.

The Star Golden Bell Challenge.

Yang tengah tu, Kim JeDong.
Tapi dah digantikan dengan Ji SeokJin
kat bawah ni, sebelah kiri sekali.



Music Bank.

500th special dah lama lepas daa.

MCs;
HyoRim & JoongKi
[dorang ni kapel kalo tak silap].


Sampai sini dulu yek. Cau..

2 comments:

fathiahRAIHANA said...

fuhh . min ho sgt cute :)

f is fikah said...

fathiahRAIHANA;
kiut sangat!!
terutama waktu dia mula2 debut dulu.