Friday, April 30, 2010

ADAMAYA vs ASMARADANA & KBS World??

Sejak kebelakangan ni, entah kenapa la, F dah tawar hati nak layan AdaMaya. Rasa macam dah sangat2 tak larat nak tengok si Dani tu yang tak faham2 bahasa ke, yang bekas awek dia dah bahagia dengan laki dan anak dia. Tak habis2 nak kacau masjid orang. Lagi pulak, tengok Maya yang akhirnya makan pujuk rayu Dani, ikut je Dani tu ke mana2.

 Pukul 10.30 malam je, mesti mau layan Asmaradana. Rasanya, lebih kurang je ceritanya, yang mana, si cinta pertama nak kat balik kat kekasih hati lama. Tapi, konflik dalam Asmaradana lagi best kot. Ini pendapat F je la. Sedangkan rambut kaler lain2, apatah lagi jiwa dan hati kita kan??

Tengok Asmaradana, dengan si Amran yang terlebih obses nak dapatkan Azizah balik. Elok2 je Azizah bahagia dengan Fariz yang baik gila wa cakap lu, nak kacau2 pulak. Dahlah potong brek kereta si Fariz, sampai Fariz koma, bapaknya meninggal. Jahat lorh Amran ni. Tahniahlah Sam, sebab memang cun gila ko berlakon.

Oh, Tiz pun cun gak. Bukan setakat muka je la, tapi berlakon pun kaw2. Betapa Azizah nak pertahankan keluarga dia. Padan muka Amran, yang ko jadi jahat sangat kenapa weh?? Tak pasal2 terlepas terus Azizah.

Tak sabar2 nak tunggu sambungan Asmaradana minggu depan. Nampak gaya, Azizah dah takkan sorang2 lagi lawan Amran tu. Sebab Fariz dah tersedar dari koma. Bagus..bagus..

Maaflah ye. Nampak gaya, F dah takkan tengok dah kot AdaMaya. Mungkin tunggu episod akhir, rasanya episod 26. Jadi, bolehlah petang2 layan KBS World balik.

Let's Go! Dream Team Season 2.



 Nampak MinHo kat tengah2 tu??
Tapi F suka sama JunHo, yang kat sebelah kanan tu.

The Star Golden Bell Challenge.

Yang tengah tu, Kim JeDong.
Tapi dah digantikan dengan Ji SeokJin
kat bawah ni, sebelah kiri sekali.



Music Bank.

500th special dah lama lepas daa.

MCs;
HyoRim & JoongKi
[dorang ni kapel kalo tak silap].


Sampai sini dulu yek. Cau..

Gadis-gadis Comel 1



Bagi aku, walaupun aku sendiri perempuan, tapi tak salah kan kalau nak minat sama dorang kan?? Yup. Yup. Yup. Aku tau, ramai gak budak2 perempuan anti sama dorang ni, sebab dikatakan dorang gedik. Tapi, malangnya, aku tak jumpa lagi setakat mana gediknya dorang ni. Mungkin korang pernah tengok dorang gedik, tapi serius aku cakap, aku memang tak dapat jumpa sangat part gedik tu. Kalau ada, tunjuklah eh.

Mereka yang dimaksudkan ialah, Girls' Generation, atau dalam bahasa Koreanya, So Nyuh Shi Dae [SNSD].

Mula kenal dorang sejak 2008 kot, masa dok gila kat Wonder Girls, yang masa tu sangat HOT dengan NOBODY.





Masa tu, tak pandang sangatla kat SNSD ni, sebab WG sangat daboom tahu. Even watching their dance battles, I mean, between WG and SNSD, I rooted for WG, eventhough the choreography was not that technical as SNSD. Heee. Jangan mare haa peminat WG, tapi aku memang rasa yang SNSD punya tarian cambest lagi. Tapi minat WG punya pasal, SNSD aku tolak tepi je masa tuh.

Dulu, kawan2 perempuan aku, kebanyakannya cakap, SNSD ni tak best, gedik je lebih, habuk pun tarak. Aku masa tu, bohlayan je la, sebab lebih pokus pada boybands. Orang cakap dorang ni annoying ke hape ke, aku tak berapa nak kesah, sebab itu bukan masalah aku.

[dari kiri:
TaeYeon [ketua]
Tiffany
SooYoung
Jessica
YuRi
YoonA
Sunny
HyoYeon
SeoHyun ]

Tapi lepas dorang malatopp naik dengan lagu GEE, aku mula layan dorang. Mula minat dengan si YoonA ni [haha..Taufiq, aku tahu ko sangat gila pada YoonA gak kan], sebab pada masa yang sama, drama dia, You're My Destiny selalu main kat KBS World, Astro 303. Lepas tu, sebab aku selalu layan Music Bank, maka bertambah-tambah lak rasa minat kat dorang ni.


kalau ada yang perasan, ada MinHo [SHINee] dalam MV ni. alahai, MinHo yang ada gak dalam Dream Team Season 2, yang main kat KBS World.


GEE menang 9 minggu berturut-turut untuk No.1 kat Music Bank. Disebabkan ahli dorang ada 9, maka setiap seorang dapat satu trofi Music Bank. Power wooh!!



Dari GEE ke TELL ME YOUR WISH, lagu tu aku rasa okey je, boleh saja layan. Tapi tak sehebat penangan GEE la. Aku ingat, semua orang asyik dok Gee, Gee je. Mungkin sebab lagu dia sangat catchy and easy-listening. Lirik pun senang nak ikut.



Lepas tu, muncul OH!! Aku dapat agak lagu ni, walaupun tak boleh lawan GEE, tapi penangannya tetap ada. Sebab lirik asyik dok ulang Oh..Oh..Oh..Oh..Ah..Ah..Ah..Ah.. Yang ni aku tak pasti pulak dapat awards banyak mana. Nanti aku cek balik.



Tak lama lepas OH!, kalau korang perasan, ending lagu OH! tu, macam ada pompuan2 yang pakai baju hitam. Itulah nak tunjuk dan promo lagu seterusnya, RUN DEVIL RUN. That song some kind portrays their more matured, sexier and darker sides of them. MV dorang pun sangat best, sebab nampak perubahan dari penampilan dorang yang kiut-miut dalam OH! kepada SNSD yang sangat seksi dan agresif dalam RUN DEVIL RUN.





Oklah, Cakap banyak2 mesti korang pun dah boring kan?? Apa lagi, layan je la MV dorang ni ok?? Maklumat lanjut, aku kena tanya dengan pakcik Google la nanti, takpun balak2 ku sekalian yang gila sama SNSD ni. Lagi advance tau!!



Kredit MVs : aisooyoung @ YouTube & sment @ Youtube
Kredit imej : sumber2 berbeza dari GoogleImages.

Thursday, April 29, 2010

Jawab Tag

1. do you think you are hot?
ouh. biase2 saje. hot ke F ni?? kalau cuaca, suam2 kuku, adalah. alhamdulillah. kepanasan dah berkurang lately. normal temperature, ranged 36 - 38 degree Celcius during the day, dah jadi 30 - 31.

2. upload the favorite picture of you.
ingat tak my lappy kena format, dan abang tu dengan 'baik hatinya' dah format sekali dengan my pics folders. dah la gila banyak gambar2 aku. trimas ya, abang technician.

3. why do you like that picture?
i would skip this.

4. when the last time you ate pizza?
a month ago. thai seafood pizza.

5. the last song you listened to?
picture of you - dongbangshinki.
the lyrics, too meaningful.

6. what are you doing now beside this?
main2 dengan MOY. yup. a new bf of mine.

7. what name you prefer beside yours?
entahlah, i got too many nicknames. ouh. gila perasan aii ni.

3 peoples to tag:

8. who is number 1?
a good friend of mine.

9. number 2 is having relation with?
kelantaneses pronounce his name, ni.je.

10. say something about number 3. 
she's talented in photography.       

Sunday, April 25, 2010

BENGANG!!!!!!!!

AMARAN : JANGAN KLIK jika anda nak merasa bengang jugak.

Banyak benda yang kita takkan pernah puas hati dalam hidup ni. Lumrah lah kan, manusia memang tak tahu nak puas hati dan tak reti2 nak bersyukur kan??

Pabila banyak benda yang tak diingini berlaku hampir serentak dalam hidup aku, rasa optimis dah beralih untuk menukarkan aku kepada seorang yang pesimistik. Rasa nak percaya pada orang pun dah mula luntur. Macam-macam berlaku.



[1] 3, 4 hari yang lepas, sebelum pergi kerja, aku mesti akan nak download apa-apa, tak pun publish entri di pagi hari. Tapi, malangnya, lappy rosak akibat virus dari pendrive Mama pada malam sebelumnya, waktu aku ambil files aku dari pendrive tu. Menyebabkan pagi tu, screen gelap, tapi yang peliknya, screen saver nak pulak keluar.

[2] Lebih teruk apabila aku nak pergi kerja, tengok partner cuti kecemasan. Kena handle sorang-sorang. Biasanya, ok saja, tapi sebab mood tak baik, maka nak kerja pun, serius rasa malas gila. Tambah-tambah pulak ada pegawai perempuan yang nak buat berlagak kat situ. Serius aku rasa nak lempang je. Bukan muka dia, muka aku. Sebab aku manis mulut gila dengan dia.

[3] Orang yang baiki lappy aku ni, orang yang sama baiki lebih kurang sebulan lepas. Masa tu, nak jaga hati pelanggan, servis tip-top, sampai aku rasa aku nak promo pada semua orang pasal kedai dia tu. Tapi kali kedua ni, dia aiki, format tanpa back-up data. WHAT THE ????? Kedai ko memang aku banned dah. Kalau aku tahu Abang Yie sebelah rumah aku yang kerja software engineer tu balik Kelantan hari tu, tak de maknanya aku nak hantar kedai ko.

[4] Aku tak tahu lagi nak sambung belajar kat main campus kat Kuantan kelak. Sebab kalau tak silap, aku tak dapat Farmasi. Padanlah ngan muka kan, sebab sapa suruh study last minute kan?? Jadi, kena ucap babai pada kawan-kawan yang pernah dok CFS sama-sama ngan aku dulu, dan mungkin ucap hai pada FIM, tak pun MIB. Paling tidak, ucap babai pada Farmasi, hello Biosains. Inilah benda serius yang aku cakap hari tu. Lain kali je terangkan betul-betul ok??




Maaf. EMO yang amat. Tolonglah korang yang sudi baca ni, tolong bagitau aku apa nak buat. Aku sangat tensen sangat-sangat tau. Aku dah blurr gila, tak tahu nak buat apa dah.

Tapi, aku SYUKUR sangat-sangat sebab ALLAH turunkan hujan kat sini. Hati yang panas, jadi sejuk sangat-sangat mengenangkan nikmat ALLAH ni.

Friday, April 23, 2010

Pabila F Merantau ke PJ..

Heee. Assalamu'alaikum warahmatullah buat semua.

Saja nak kecoh-kecoh, mau bagi tau sama semua orang lorh. F ada kat PJ. Spesifiknya, kat CFS UIA PJ. Best gila dapat jumpa kawan-kawan yang buat sem pendek kat sini. Memang borak macam tak ingat dunia. Heee.

Tapi datang kejap je. Sebab Isnin dah nak masuk kerja balik, sebelum secara rasminya F akan berenti kerja hujung bulan ni. Adalah sebab-sebab tertentu keputusan sedemikian diambil, setelah mengambil kira pandangan pihak-pihak tertentu. Ecececeh. Bunyi macam penting je kan??

Oh, berbalik pasal alkisah duduk kejap kat PJ ni. Selain jumpa kawan-kawan, sebenarnya, datang sini nak ambil transkrip akademik F la. Kan dah grad sem lepas..grad as in foundation grad la. Bukan degree ke apa lagi. Belum lagi tuu.

Nak kongsi kisah transkrip dengan pointer tak berapa cantik maa. Dahlah tadi transkrip macam 'missing' gitu. Padahal yang kawan punya, ada je. Buat malu je kat situ. Terpacak sambil abang tu cari dekat sepuluh kali kot, kat tempat yang sama, tapi tak jumpa-jumpa.

Maka, datanglah akak-akak yang cun, tolong carikan. Katanya, mungkin kat tempat 'terbuang' kot. Dah mula rasa cuak gila. Fikir-fikir balik, ada benda yang aku tak lepas ke apa ke?? Nasib baik kat kawasan terbuang tu. Kalau tak, macam sia-sia je berjalan jauh dekat 8 jam dari Kelantan nuu.

Oh. Sekarang tengah guna lappy ex-rumet. Hee. You know it's you I'm talking about here. Hee. Kalau kat rumah pun, tak boleh nak hapdet sangat, sebab Acer sayangku dah terkena jangkitan virus la pulak. Jadi, sekarang ni, tengah dimasukkan ke wad yang berkenaan la.

Nanti F pulang nanti, ada benda yang SANGAT SERIUS yang perlu dibincangkan. Tentang masa depan yang ermmm...entahlah.

Maaf. Tiba-tiba rasa emo mengenangkan apa yang telah F lakukan. Maaf sekali lagi.

Wednesday, April 21, 2010

Senarai Semak di Pagi Hari

Dah bangun ke belum tu?? Cepat, cepat! Subuh sekejap je, dah tak tunggu kita ke apa. Apa nak buat haa bila bangun dari tidur ni??

[1] Ucapkan syukur pada Sang Pencipta. Bersyukur ke hadrat-Nya sebab pagi ni, di hari baru, kita masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

[2] Jangan lupa baca doa bangun tidur sekali ye.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

[3] Dah bangun tuh, pergilah siap2 nak solat Subuh pulak. Kalau dapat berjemaah, lagi BAGUS!! Oh ye, kalau diberikan kesempatan, bacalah al-Ma'thurat juga ye.

[4] Usai solat, untuk sape2 yang nak jaga badan, minumlah segelas air putih. Sebenarnya, lagi elok kalau minum sebaik sahaja bangun dari tidur tu. Sebab boleh melancarkan sistem penghadaman.

[5] Oh, ye, sarapan pagi mesti kena jamah ye. Ada selera ke tak, lapiklah perut sikit. Jangan biar kosong sangat. Nanti nak kerja atau belajar, mesti susah nak fokus. Sebab perut dok krook, krook. Siap bedondang sayang lagi. Yahoo!Health bagi saranan, nak makan apa pagi2 tu. Ikut selera Barat lah kat sini.

10 Breakfasts that Slim and Energize


Tapi kalau nak yang Timur pun, apa salahnya.

[6] Sebaik melangkah keluar dari rumah atau asrama, mulakan dengan Basmalah ye. Doa keluar rumah sekali ok??

بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Abah F selalu pesan gak, baca ayat Kursi, insya-Allah, pohon pada Allah lindungi kita dari pandangan / perbuatan jahat orang.

[7] Ikhlaskan hati dan SENYUM!!


Selamat menjalani hari anda dengan ceria dan penuh keberkatan!!

Tuesday, April 20, 2010

Saya Nak Farid Kamil jadi Adam, bukan Sein!!!


Dari sebelum cerita Adamaya ni mula lagi, F memang dah bising-bising tak nak Sein pegang watak Adam tuh, sebab F ni FK-biased fan. Memang sangat-sangat tak puas hatilah, kenapa tak boleh bagi Farid Kamil pegang je watak asal dia tu dulu. Tahu-tahu pulak si Sein yang dapat watak Adam tu.

F ragu-ragu lah kan, boleh ke Sein ni bawak watak Adam dengan baik. Sebab FK bawak watak Adam dalam I'm Not Single, memang best gila la weyh.



Sekali tengok, haaa, amek ko!!! Homaigosh!! Mamat ni best gak berlakon. Tak tahu dah nak cakap apa. Bila ada je part Adam ngan Maya, mesti cun punya. Sebab dapat rasa chemistry Sein ngan Lisa up gila.

Tak tau la korang perasan ke tak, waktu ada Adam dan Maya je, F dapat rasa yang lakonan Sein tak kaku. Bukan nak cakap dia berlakon cam kayu, tapi, bila perhati Sein dengan pelakon2 lain, cam kureng sket lakonannya. Tapi part ngan Lisa, sangat BEST!! Walau apa2 pun, F percaya, prestasi dia akan meningkat. Alah, ini baru episod ke berapa je. Nanti mesti lagi best kan, kan, Sein??

Oh, itu pendapat dan pandangan amatur je. Sebab saya penonton yang setia. Heee.

Okaylah, FK, nak wat camna, Sein pun OK what???!!

Sein, teruskan lakonan baik anda ye. Especially part Adam dan Maya. Mengancam!!

Credit images as tagged. I do not own any of the photos.
[auto-published]

Monday, April 19, 2010

Berkongsi mengenai Buffered Earnings kepada Pembaca : Perlu atau Tidak??

F tanya Nuffnang pasal BE dua, tiga hari lepas. Macam ni, F ada terbaca kat mana entah, yang cakap kita perlu cerita pasal BE kita. Kira macam promo la kan.



Lepas tu, Nuffnang nasihatkan, tak perlu nak papar BE kita pada public sebab ada bahayanya.



Rasanya, kita boleh je promo tentang ads tu, tapi jangan dedahkan BE atau earnings kita ke apa. Manalah nak tahu kan, malang tak berbau langsung. Kang datang masalah, kita gak yang susah.

F tahu dan faham, kita semua termasuk F sendiri, mesti rasa excited gila babeng bila dapat earnings kan?? Tapi, sebaiknya, kita just share rasa excited je lebih baik, daripada kita tunjuk bukti ke hape.

Beringat-ingatlah.

Sekadar berkongsi pandangan.

Dah Pagi Ni, BANGUN!!

Haisyh. Baru je bukak blog pepagi buta ni, ingat nak wat post yang paling pagila kan, rupanya bro Ben dah ptong dululah. Tengok kat blogroll, dia yang paling awal rupanya. Heee.

Satu entri di pagi hari sebelum gi kerja ni.

[1] BANGUN!!! BANGUN!!!

[2] Dah solat Subuh ke belum ni??

[3] Jangan lupa mandi sekali ye.

[4] Oh, nak jadi cergas?? Makanlah sarapan pagi.

[5] Yang ke sekolah, belajar elok2. Yang ke tempat kerja, buat kerja baik2.


Okeyh. Dah nak gerak ni. Sambil tu, sibuk skali nak download drama Korea, cite Personal Taste, yang ada Lee MinHo yang hensem tu, waktu pagi sebelum gi keje ni, sebab waktu nilah Internet cam laju best.

Chaw cin chaw!!

Sunday, April 18, 2010

Hebat Sangat ke Berblog ni????

Hari ni nampak macam kemaruk updates. Sebab hari ni offday kerja. Jadi peluang harus digunakan sebaiknya. Tak gitu??

Tadi ada family talk. Biasalah, bila Ma dan Abah bergabung, meletoopp ahh!! Heee. Sekali dengan aku dan Angah. Borak2 kosong, campur merapu sikit. Sambil bincang pasal kepergian aku ke PJ, Insya-ALLAH, Khamis ni.

Aku cakap, susahlah nak bahagi masa antara nak kerja, nak berblog, nak berbaking-baking semua tuuh. Abah aku pun wat muka cam comel gitu, sambil keluarkan muncung mulutnya. Nak mencebik akulah tu. Hisyh. Suka benor dia mengusik.

Maknanya, dia tak ambil serius tentang keseriusan aku berblog ni. Serius kejap je hari tu, waktu aku tunjuk pasal Redmummy dalam Harian Metro. Dia angguk-angguk jelah.

Mama pulak macam, bagi tak bagi je aku nak teruskan berblog bila dah masuk degree. Katanya, fokus belajar. Pastuh, bloglah banyak mana pun lepas dah habis belajar.

Rasanya, pendedahan pasal dunia blog ni tak meluas sangat lagi. Ramai lagi orang kita [termasuk parents aku sendiri] tak nampak lagi kut, luasnya dunia berblog ni. Boleh buat macam2. Antaranya, sudah tentulah, buat duit kan??

Sekali fikir, tak nampak macam ada masa depan. Macam untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Agak2nya, pendedahan kat Kosmo pasal tamu blogger tiap2 minggu, tak beri sangat kesan pada sesetengah orang.

Ini mula buat aku rasa berbelah bahagi. Aku sayang blog aku, aku sayang dunia blog ni dan semestinya, aku sayang kawan-kawan blog aku. Banyak yang aku belajar. Macam-macamlah. Belajar bagaimana nak beri dan terima segala pendapat dan kritikan. Dan aku terfikir, mampukah aku berhenti berblog seketika nanti waktu nak masuk degree kelak??

Bukan apa, aku jenis yang cepat lalai sikit. Bila dah asyik berblog, lupa benda lain. Susah jugak ni.

Jawapan untuk soalan di atas :

YA!! Berblog memang hebat!!


F berkata: 
Adik ujian bulanan esok. Ni tengah ajar dia Matematik tahun 6, sambil jegil2 mata, kenapa boleh salah itu dan ini. Oh. Aku kakak yang garang ok??

Tomorrow is The Day

Uhhu. Can't wait for tomorrow to come. I bet most 2PM's fans are well aware by this, as tomorrow, 19th of April, would mark for their new single, "Don't Stop Can't Stop", to be officially released by JYPE.


Wow!! I'm currently so eager waiting for this. As to show my support towards them, I had even put the poster as my desktop wallpaper since days ago. [Uhh, my desktop is kinda a mess, do excuse that, y'all]

I guess, most Hottests would be anticipated, as the new single would seem to show a much matured look of 2PM. It did show on the poster itself. See by yourself down here.


Till then.

Petua Nak Hilangkan Sakit Tekak

F tahu, musim kemarau ni, ramai yang rasa pedih je anak tekak tu kan?? Rasa kering sangat2. F dah kena, teruk jugak, batuknya tidak, tapi tekak sakit je. Sampai nak telan air liur pun perit.

Jadi, nak share lah kat sini, petua nak hilangkan pedih anak tekak ni. Bukan apa, hari tu, terbaca dalam buku petua [tak ingat apa namanya, nanti cari balik] yang ada kat rumah ni.

Ok. Macam ni.

Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam air sejuk. Ingat ye, AIR SEJUK, bukan suam-suam kuku, bukan air panas menggelegak. Kacau rata. Kemudian, berkumur sampai habis. 

Sambil2 tu, baca2 lah selawat, doa ke, minta dengan ALLAH. Sebab hanya DIA je boleh membantu. Kita dah berusaha kan, takde salahnya, doa pulak. Insya-ALLAH, baiklah sikit rasa pedih tekak tu. Alhamdulillah, tekak F baik sikit, tapi, buat air garam untuk Abah haritu, tak berapa nak menjadi pulak.

Yang dok asrama tu, especially kawan-kawan kesayangan ku yang masih di CFS UIA PJ, bolehlah guna air sejuk dari water cooler tu. Garam lak, mintaklah ehsan makcik2 kafe, sambil buat muka sedih seposen korang tuh, sambil keluarkan suara serak2 yang seksi tu.

Wahai Bloggers..

Kalau yang tengah belajar lagi, macam mana korang bahagi masa belajar dengan nak berblog sekali?? Mengikut pengalaman F la kan, nak berblog masa belajar dulu lagi senang dan best kot. Waktu kat CFS, memanglah Internet hidup segan, mati tak mahu, tapi nak dapat idea-idea untuk berblog sangatlah senang. Tambah pulak, berblog ni boleh hilangkan stres belajar tu semua.

Sekarang ni, dah lebih dua bulan dok kat rumah. Cuti sampailah Julai. Tapi, F ni kadang-kadang ada sindrom M, yang asyik nak goyang-goyang kaki. Bayangkan, sebulan pertama cuti ni, blog memang sepi, berhabuk dan bersawang sakan. Satu, sebab M tu, dua, sebab Internet yang kejap ada, kejap takde.

Alhamdulillah, lepas pasang Streamyx, tambah dengan ada R sikit, maka adalah jugak updates blog ni. Kalau tak, memang tunggu nak dipadamkan jelah jawabnya.

Fakta menarik.
Terjumpa waktu Google imej [blogosphere].


Walau bagaimanapun, memandangkan F dah sebulan lebih bekerja, F rasa susah pulak nak bahagikan masa kerja dengan berblog.

Maka, wahai bloggers yang bekerja, macam mana akak2 dan abang2 boleh sentiasa nak updates blog ye?? Bukan apa, F kan kerja syif pagi, dari pukul 7 sampailah 3 petang, bila balik je rumah, mesti penat gila sebab tak cukup tidur malam sebelumnya. Lepas balik kerja, time2 tulah syiouk nak tidur. Nak rehat.

Tolonglah F ni. Bantu tanpa segan ye. Dahlah nak updates sejak kebelakangan ni, idea asyik kering-kontang je.

Saturday, April 17, 2010

Biskut Nestle Cornflakes

Buat biskut ni Hari Raya hari tu. Sampai dua, tiga kali jugaklah mengulang buat biskut ni, sebab tak jemu nak makan. Dan dua, tiga hari lepas, buat lagi biskut ni. Laju je balang tu nak jadi kosong. Sebab syok tahu dok ngap, ngap biskut ni sambil tengok TV ke ape.

versi cantik


Resipi diambil dari belakang kotak Nestle Cornflakes.

300gm     tepung gandum 
3 cawan   Nestle Cornflakes [kisar halus]
250gm     mentega atau marjerin
150gm     gula castor
1 tsp        esen vanila
1 biji telur [pukul sedikit]  
                aising lemon
                coklat jurai kuning

[1] Ayak tepung gandum dan masukkan Nestle Cornflakes. Ketepikan.

[2] Pukul mentega [atau marjerin], gula castoe dan esen vanila sehingga sebati. Kaup balik campuran tepung tadi bersama bancuhan mentega sehingga menjadi doh yang lembut.

[3] Canai doh setebal 1cm, dan terapkan dengan bentuk yang digemari
[yang ni F buat bulat-bulat je, lepas tu tekan // tak pun buat je bentuk segi empat yang besar, potong-potongkan pada segi emapat yang lebih kecil]

[4] Letak biskut atas loyang yang telah dilengser dan sapu telur ke atas biskut tersebut.

[5] Bakar dalam oven bersuhu 180 darjah Celcius, atau sehingga kekuningan. Keluarkan dan sejukkan.

[6] Hias dengan aising lemon dan coklat jurai jika mahu.

versi lantaklah-bentuk-apa-yang-nak-jadi

Buat biskut ni makan masa dan tenaga jugaklah. Dahlah ada 1 oven yang kecik je, maka berjam-jam jugaklah nak membuatnya. Nak mengadunnya, senang dan cepat je, bahagian yang lepas tu je yang paling tak boleh tahan. Tetapi berbaloi, sebab kejap je licin.

F hanya buat terapan waktu Hari Raya je. Sebab ramai yang nak menolong. Ada teman jugak yang nak dibuat bergilir. Sekarang ni, buat sorang-sorang je lah.

Enak dimakan sebagai snek depan TV, atau buat minum petang.

Status Glitterati Nuffnang Anda

Sape-sape yang guna Nuffnang, mesti tahu kan apa itu status Glitterati kan?? Kalau tak tahu, boleh je baca kat sini - Glitterati.

Hari tu, F ada tanya Nuffnang. Kalau letak ads yang bla..bla.., boleh jejaskan status Glitterati tak?? Dan ini jawapannya kurang 24 jam dari pertanyaan F yang dihantar menerusi tiket ke Nuffnang.

F tanya :

Nuffnang jawab:


Jadi, janganlah segan-segan atau malu-malu miau nak tanya Nuffnang. Walaupun ada orang rasa macam soalan tu paling bodoh pernah ditanya, tapi it won't do you any harm. No worries.

Macam mana nak tanya??

[1] Log in ke Nuffnang.


[2] Klik ikon [CONTACT US].

[3] Pilih Blogger Enquiries / Suggestions. Klik [Next].



[4] Isikan borang tersebut dan soalan anda. Jika anda rasa soalan anda sangat penting, klik [High]. Biasanya, F akan pilih [Medium] je. Senang sikit. Klik [Submit ticket].


[5] Satu emel akan muncul dalam inbox emel anda dari Nuffnang, yang mengesahkan bahawa pertanyaan atau cadangan anda sudah dihantar. Maka, anda hanya perlu tunggu untuk mendapat jawapan dari Nuffnang.

Mudah je kan??

Friday, April 16, 2010

Apa Anda Boleh Buat dengan Ibu Anda??

Masuk bulan depan, yakni bulan Mei, kalau tak silap, ada Hari Ibu kan?? Dan bulan yang sama, 21hb Mei, ulang tahun kelahiran mama F.

Apa yang korang selalu buat dengan mak korang haa??

[1] Tengok cerita Hindustan.

Yang ni, dari sekolah rendah sampailah ke besar ni dah boleh dipinang orang, F ngan mama selalu gak layan Hindustan ni. Tadi je syiok tengok cite Garam Masala yang ada Akhshay Kumar ngan John Abraham yang hot-hot gitu. Memang gelak sakan sebab citenya sangat kelakar ok??
Banyak lagi cite-cite Hindustan yang kitorang layan. Mama cakap, F jadi kemaruk Hindustan, sebab dia dulu masa mengandungkan F, kalau tak silap ar, suka layan Hindustan. Maka, aura dah terjangkit. Tapi sekarang layan tak layan je, sebab banyak sangat cite Hindustan dah terlebih lucah. Oops!! Pakai seksi-meksi, mesti ada adegan kat ranjang. Tak kuasa aii nak tengok dah. Kecuali yang DATUK Shah Rukh Khan. Heee. Tak nak missed punya.


[2] Window-shopping [beli-belah tingkap??] -->shopping

Kalau jalan ngan mama, memang selalu usha barang-barang. Ouh. Tapi minat kami tak sama. F suka usha gajet-gajet, buku-buku dan yang sewaktu dengannya, mama lak, barang-barang yang selainnya. Tapi bila masuk je bahagian pakaian, dua-dua akan ralit membelek-belek baju yang disukai.

Dan akhirnya, keluarlah dua anak beranak ni, sambil pegang satu, dua beg plastik baju. Abah hanya mampu menggeleng sambil garu-garu kepala. Hee.


[3] Masak-memasak.


Mama terer masak tau. F tahu, ini ayat amat klise [cliche]. Sume orang pun mau cakap mak dia paling hebat masak. Yang paling femes, sudah pasti soto ayam. Resipi tu kaw-kaw tau. Sampai orang siap tempah-tempah lagi. Bila mama buat je rempah soto, sah-sah satu rumah berbahang. Macam dok dalam spa herba pulak dah.


F lak, lagi suka buat kek, mufin, kek cawan, biskut, pencuci mulut dan apa-apa je yang berkait. Bab masak, tak khatam sangat. Sape yang rasa nak buat bini, saborlah yek. Heee. Dah datang dah penyakit gatal nak kahwin.


[4] Girls' talk

F, Angah dan Mama selalu gak slow talk. Tapi tak sekerap dulu. Bagus gak, sebabnya, bila kami bertiga, sah-sah, Adik memang kena halau dari hal 18 tahun ke atas ni. Heee.


Walaupun ada girls' talk, tak pernah lagi nak cerita pasal crush-crushing ke hape semua. Kang kena hempuk sambil kena bebel, gi sekolah tu, belajar ke, cari laki. Heee. Bukan mama tak open-minded ke apa, tapi memandangkan yang bercerita ini pun single mingle, maka tak ada bendanya nak share lagi. Tunggu sampai dapat lelaki idaman kut, baru cerita sepuas hatiku sampai terjeluak sorang-sorang dengar. Hahaha.



Itu sahaja yang F dapat fikir dan ingat benda-benda yang selalu kami buat. Banyak lagi, tapi, nanti jadi entri cecah teras bumi lak kan? Ceritalah, apa yang anda selalu buat ngan ibu, mama, ummi, mummy dll anda??

Kredit imej:
GoogleImages
[garam masala]
[window shopping]
[cooking]
[baking]
[girls talk]

Tabiat Pelik #2

Mandi di tengah-tengah malam.

Memandangkan tiap-tiap malam, suhu asyik 34-36 darjah Celcius kat Kubang Kerian ni, maka kecenderungan untuk mandi di tengah-tengah malam amatlah tinggi. Sampaikan air pun tak terasa sejuk sangat pun, ada rasa suam-suam kuku je. Kadang-kadang, lepas mandi sekali pun, masih akan berpeluh, walaupun duduk bawah kipas yang dipasang sehingga tahap petala kelima dah.

Heee.

Ini macam memalukan. Oleh sebab kebanyakan masa dihabiskan dengan tengok TV dan layan Internet sakan, maka mandi asyik ditangguh-tangguh. Sedar-sedar, eh, dah pukul 11, 12 tengah malam dah. Tapi, mandi mesti mandi gak.

F tahu risikonya. Tambah-tambah, F ada resdung, lagilah teruk.

[1] Senang dapat paru-paru berair.

[2] Hidung asyik sok sek, sok sek. Berair-air je kejenya. Tak masuk part bersin yang tak nak berhenti-henti lagi.

[3] Cepat semput. Tak tahu benar atau tidak, sebab hanya berlaku pada F je kot.

[4] Pernah timbul urat-urat kaler biru kat tangan dan kaki. Sebab sejuk sangat kot [ini masa kat CFS dulu].


Jadi, nasihat F, kalau rasa tak perlu mandi tengah malam, baik tak payah ok?? Melainkan kalau dah tak tahan sangat rasa badan melekit, ataupun anda baru je balik kerja syif petang ke malam, itu mungkin boleh dimaafkan.

Apakan tabiat pelik anda??

Tabiat Pelik #1

Maaf lah ye. Ingat nak cari gambar yang berkaitan dengan mandi, tapi semuanya seksi-seksa. Tak payahlah ye.

Tabiat Pelik #1

Bangun secara tiba-tiba di pagi-pagi buta.

Jangan tanya apa F buat pada jam hampir 3 pagi ni secara tiba-tiba. Hee. Sebenarnya, baru bangun ni. Tidur dalam pukul 11 malam tadi, tiba-tiba tersedar pukul 2 pagi ni, dok asyik teringat nak update blog ni. Dah kemaruk macam Abang JoeGrimjow kita kot. Dia lagi kemaruk kot.


Korang rasa F mengigau eh?? Bukan lorh. F bukan macam Maya dalam AdaMaya kat TV3, yang berjalan dalam tidur tu. Ini pun baru lepas mandi segarkan badan, sebab rasa macam bahang semacam je. Even ni pukul 2 pagi, tak de pun rasa dingin ke, sejuk ke. Suhu pun sampai 34 darjah Celcius. Kaw kaw tu. [ececeh. siap bagi suhu. mentang-mentang rumah dia ada pengesan suhu. hee.]. Bumi kita dah sakit tenat ni. Penyakit pemanasan global ye, kawan-kawan??


F update sekarang bukan apa; memanglah tahu sangat, masa gini, semua orang dok krooh, kroooh, tapi masa ni jelah yang F rase macam ada ilham sikit, tambah pulak, esok kerja, bila balik kerja dah penat, malas pun ada. Kalau sibukkan diri main masak-masak, aisyh, lagilah terasa sengal satu badan. Nak menaip pun tak larat. Itulah. Terjangkit sindrom ni dari Abang Mel la kut. Dia pun jenis yang update masa orang dok sedap melayan mimpi-mimpi indah.


Dahla bercerita. Rasanya cukup dah tu nak cerita tabiat pelik sejak dua menjak ni.

Apa tabiat pelik anda?? Bolehlah kita kongsi-kongsi kat sini.


F berkata:
Sape2 yang ada tabiat yang sama macam F, alangkah indah dan nikmatnya kan, kalau2 masa ni kita sama2 gi solat sunat tahajjud. Bukan senang nak bangun pagi2 buta tanpa perlu alarm clock kan??

Thursday, April 15, 2010

Sila Baca!!

Tak kira anda nak atau tidak, F berpendapat, anda patut baca entri ini dari SueAnnaJoe. Sangat menarik.


Pesanan dan peringatan buat kita [termasuk diri F sendiri], yang kebanyakannya asyik memikirkan wang sehingga hilang rasa nikmat dalam berblog.

Jatuh Cintakah??


Terlanggar tangan waktu nak ambil duit siang tadi. Zaaappp!! Terus rasa semacam arus elektrik dalam badan F. Jantung, dub, dab, dub, dab seketika. Lepas tu, hilang.

APAKAH???!!!

Tak tahu. Tak mengerti. Saya tak bersedia lagi nak serahkan hati saya. Belum lagi. Rasanya, belum masanya lagi.

Jujur sekali, F akui, sangat takut akan komitmen. Tanggungjawab.

Bagaimana kalau hatinya luka?? Paling parah, kalau hati sendiri yang luka??



Tak mahu!! Tak nak!!

Bukan sekarang. Ya!!

Bukan dia. Mungkin ini hanya ilusi semata-mata. Khayalan sahaja. Mainan perasaan.


Haisyh~~ Macam mana nak pergi kerja esok ni?? Confirm jumpa dia lagi...

Wednesday, April 14, 2010

Rasa Macam Nak Mam..

Betul ni. Sangat rasa macam nak mam. Demam?? Macam iye. Mamam?? Pun, iya. Tahan nafsu jelah dah pukul 1++ pagi ni, masih ada hati nak makan. Wahai, ikan bawal goreng, tunggu aku esok ye!!

Penat sangat ni. Balik kerja, dah penat. Tapi tak boleh tidur. Gelisah tunggu si Angah sambil fikir-fikir, 'Aisyh, adik aku ni, ingat ke tak nak beli muffin cups dan cups for cuppies.'

Angah balik. Sambil mulut mengomel, nak claim RM 14.50 untuk cups tu semua. Buat bodo je, sebab tahu sangat dia mesti guna duit Abah tu.

Dah ada cups, cepat-cepat kupas dan potong epal hijau. Konon nak buat Apple Crumble Muffins dari Abang Mat Gebu. Lepas tu, tinggal jap, gi solat Asar jap. Badan memang sangat letih, tapi sebab dah ada mindset, 'Aku MESTI buat jugak mufin ni!!', maka diabaikan saja badan yang penat.

Oh, hasilnya tak adalah secantik yang Abang Mat Gebu punya. F sangat baru buat benda-benda ni secara serius. Tak sempat snap gambar tadi. Dah siap masak, bagilah pada keluarga jiran F aka bakal mertua [haha, siyes perasan!!]. Dahlah pagi tu, dah bagi sebekas Chocolate Chip Cookies. Hee. Konon nak dapat mata lebihlah ni.



Tak tahu lagi apa komennya. Mama cakap sedap dan tanya apa benda yang jadi isi lembut tu??  ''Epal hijau mama, ma..'', hee sambil sengih ala kerang busuk.



F rasa, tak adalah teruk sangat rasanya tu. Mufin tu sangat lembut dan ada rasa macam chewy gitu. Terima kasih kepada resipi dari Abang Mat Gebu ni. Nanti F buat entri lain pasal Apple Crumble Muffins ni. Tak pun, boleh terus jenguk sini.

Itu je dulu. Ni rasa macam nak buat entri sebab bangun tidur mengejut [sebab tadi tidur awal], teringat pasal blog ni. Esok kerja. Doakan F terselamat dari terbabit dalam konflik pekerjaan dan kedewasaan ini.

Tidur dulu!!

Kredit imej:
GoogleImages
[exhaustion]
[big smile]

Tuesday, April 13, 2010

Alam Pekerjaan, Best ke??

Ni dah 4.30 petang. F dah selamat ada kat rumah sejam lebih yang lepas. Penat pun tak hilang-hilang lagi. Ingat lepas solat Zohor tadi, nak lelap-lelaplah sekejap, tapi mata pulak tak nak pejam. Tolonglah wahai mata, badan ni dah penat sangat.

Lumrah manusia, masa kecik, nak cepat-cepat besar, konon boleh buat macam-macamlah. Boleh pakai mekap, pakai baju cantik-cantik, boleh pegang duit banyak.

Pabila dah besar, asyik kata pulak, kan best dapat jadi baby, boleh tidur je kerjanya. Kan best jadi kanak-kanak, nak main samapi comot-comot pun, orang nak marah tak jadi nak marah, sebab kesian.

Masa F dekat sekolah dulu selalu berangan, kan best dapat kerja. Boleh pegang duit sendiri, nak beli apa pun, orang tak kisah.

Tapi...

Tikam- menikam


[makan lompat tikam lagi best!!]


Banyak sangat cabaran dan dugaan dalam bekerja ni. Kalau buat tak kena sikit, terus kena sound. Direct tuu. Tapi, bukan semua yang tegur depan-depan tu kejam. Yang lagi kejam, pabila orang yang baik dengan kita, tikam belakang kita. Kat depan, bukan main lagi manis mulut, tapi kita tak tahu apa yang digasaknya pasal kita kat orang lain.



Hipokrit.


Pabila kita dah tahu orang tu buat macam tu, kita tak boleh nak ikut sangat rentak dia. Diam aje. Buat-buat tak tahu. Lepas tu, mula buat baik balik, macam kita tak tahu apa yang dia dah buat. Kalau ikutkan, nak je berhenti kerja, tapi memandangkan ini masih di awal bulan, maka perlu ditangguhkan.



Kepercayaan.

 Rasa percaya antara satu sama lain semakin hari semakin pudar. Lama-lama, hilanglah rasa kepercayaan itu, lenyap terus dalam perhubungan di alam pekerjaan. Masing-masing mula ada rasa sangsi dan curiga. Semuanya mula berubah sedikit demi sedikit. Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Masih cuba meneruskan hubungan atas nama kerja, tapi untuk mempercayainya dengan apa-apa pun seperti tugasan dan sebagainya, seakan-akan mustahil.



Produktiviti.

Malas mula bertandang. Yang sepatutnya bertugas di dalam, mula bertugas di luar. Seboleh-bolehnya, tak nak bertentang mata. 'Ko buat keje ko, aku buat keje aku.' Maka mulalah berlakunya masalah pecah amanah, gelapkan wang dan macam-macam lagi. Kualiti kerja menurun dengan mendadak. Dan tak ada sesiapa peduli, sebab satu pihak akan fikir, "Oh, takpe, dia takde, boleh carik orang lain. Ramai orang tengah cari keje ni." dan satu pihak lagi berpendapat, "Tak kisahlah nak datang keje ke tak. Baik berhenti. Cari je keje lain". Bercakap semacam tahu dengan jelas bagaimana nak menghadapi hari esok.



Konflik ni buat F sangat serabut. Nanti dah dekat hujung bulan, akan cuba fikir balik, nak teruskan atau tidak.

Haisyh. Laparlah pulak.

Kredit imej:
GoogleImages
[tikam belakang] 
[lompat tikam]
[hypocrisy]
[trust]
[productivity]

Chocolate Chips Cookies [CCC] !UPDATED with pics!

I've started baking/cooking again. I sound so lame, ain't I?? Well, the recipe was found this evening, when I blogwalked at Kak Ina's blog of Tertunailah Hasrat di Hati. Because I've just finished everything just now, and it's quite late, I would just copy and paste the recipe ok?? Well, I'm way too tired and my workplace would humbly await me by tomorrow. So, here it is [hope you wouldn't mind, Kak Ina]:




  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang  
  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

Okay, peeps!! The so-not-good-looking pics [they're only 2, but sounded like I had many of 'em, mind my sleepiness and tiredness, would ya?] would be uploaded tomorrow.


YOU!! Go and try the recipe NOW!! Oops, I mean during the daytime. 

Monday, April 12, 2010

Suka Layan Drama atau Filem??

Hik.hik.hik.

Saja nak start dengan [hik] 3 kali. Macam best pulak.

F tahu, ramai di antara kita yang sangat syok berjiwang sakan tengok drama ke, telefilem ke, filem ke, kan?? Tapi, tak ramai yang tahu mana mank keep track balik dengan cerita-cerita ni semua, contohnya macam c Tiupan Sangkakala kat TV3 yang ada Rita Rudaini dan Eman Manan. Alahai, yang watak Rita sebagai Arissa terajang laki dia [watak Eman Manan sebagai Adi] lepas laki dia solat. Fuhyooh!! Dia belasah habis-habisan. Nak tengok tak??

Anda boleh mendapatkan pelbagai cerita kegemaran anda dengan menjenguk dan menjengah ke laman-laman seperti yang di bawah. F memang nak muat turun cerita-cerita Melayu yang best, tapi macam susah je nak cari. Dengan kuasa pengiklanan seperti GengBlogger dan juga kerajinan sesetengah pihak berjalan-jalan ke blog, ada yang telah meninggalkan jejak di samping mempromosikan blog mereka. Kiranya, bagi mutual benefits, sebab F dah tahu nak download drama dan filem kat mana, dan dorang dapat up traffic dorang selepas promosi sebegini!!











Oh, tak lupa juga kepada peminat-peminat drama Jepun. Heeee. F pun suka sangat ni. Dah lama mencari ruang muat turun yang tak guna Megaupload sangat, sebab MU sangat terhad muat turunnya. Tapi yang ni, dia bagi sekali Rapidshare. Itu yang best, tapi masih kena tunggu lebih kurang 15 minit selepas siap setiap download. Itu je.

Mempersembahkan,




Tapi. ingin diingatkan, sekiranya anda mampu membeli yang ORIGINAL, silalah beli ye. Sokonglah industri seni tanah air kita ye. Macam F, tetap beli DVD Mirotic 3rd Live Tour, sedangkan boleh download je. Oops, itu bukan yang Malaysia punya, tapi the main point is that, belilah ye.