Tuesday, March 30, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Semua orang nak jadi BINTANG. Tak ada sesiapa pun yang teringin nak jadi matahari ke, bulan ke, mesti BINTANG je. Tak kiralah, bintang kejora, jula juli bintang tiga ke, yang penting, asalkan dapat jadi BINTANG.

Pabila bercerita pasal bintang je, mesti nak jadi terkenal kan?? Anda nak tahu bagaimana anda juga boleh jadi terkenal??

Anda tak perlu bersusah payah ke ujibakat nyanyian atau pun tarian. Tak perlu nak memalukan diri dengan suara yang sumbang mambang sambil satu Malaysia ketawakan anda, tak perlu berpeluh berbaldi-baldi menari kongkang sakan.

Anda juga bisa menjadikan diri anda seorang BINTANG dengan menyertai ujibakat untuk Project Alpha Musim Ke-3!!!



Tapi, apa kemendanya Project Alpha ni??



Bagaimana??

[1] Sertai ruumz atau jika anda sudah mempunyai akaun ruumz, hanya daftar masuk [login].

[2] Jangan lupa sertai juga grup Project Alpha ruumz di sini.

[3] Oh, sebelum langkah [1] lagi, rakamkan diri anda dalam video selama 60 saat atau kurang, sekreatif yang maksimum, mengapa anda patut dipilih sebagai tamu blogger di Project Alpha Musim Ke-3, untuk menarik perhatian para juri untuk Project Alpha Musim Ke-3 dan muat naikkan [upload] video anda ke Album Auditions di sini.

[4] Masukkan tajuk video anda dan sertakan juga sedikit keterangan mengenai video anda itu. Anda juga boleh mengeTAG diri anda supaya dapat kelihatan di grup ruumz.

[5] Gunakan pengaruh dan kuasa veto anda untuk memaksa rela ahli-ahli keluarga dan juga rakan-rakan untuk 'Like' video anda itu.


Syarat-syarat dan terma penyertaan boleh dilihat di sini.

Hadiah yang sangat lumayan menanti anda!!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

No comments: