Monday, March 8, 2010

Hari Pertama Kerja, Fuhh!!




Anda pernah bekerja?? Macam mana?? Kongsikanlah pengalaman pertama kali anda bekerja.

Hurm, hari ni, pertama kali dalam seumur hidup kerja. Kat mana?? Kat stesen minyak Petronas milik jiran F. Yeah, I was right, bukan sebagai tukang isi minyak, tapi dealed with computer. Sebenarnya, jiran F maksudkan uruskan hal-hal orang bayak duit nak isi minyak, tapi kena main tekan-tekan kat satu mesin ni. 

 
[lebih kurang macam ni, tapi lain sikit je.
yang pasti, mesin ni mesti disentuh skrinnya itu.] 

Haru jugak tadi, sebab F memang tak biasa urus hal-hal jadi juruwang aka cashier ni. Al-maklumlah, F sorang je hoobae [junior] kat situ. Yang lain-lain, memang dah sangat senior, dan dah lama kerja dengan jiran F sejak mula-mula stesesn minyak tuh dibuka beberapa tahun lepas.

Alhamdulillah, akak-akak kat situ sangat sempoi. F ni jenis susah sikit nak buka mulut bila mula-mula kenal orang ni. Tapi, dorang cool je. Paksa F borak dan makan. Hehe.

Meh nak bagi tau. Sape-sape yang buka stesen minyak ni, senang sangat jadi kaya. Dapat duit melimpah-ruah, tahu. Musim raya lagilah. Memang lagi murah rezeki. Sebab orang takkan putus-putus nak isi minyak. Tambah pula, kalau lokasi tu di tempat yang strategik.


Oh, bila dah cakap pasal duit ni, mesti nak tahu berapa gaji F kan?? F tak tahu, betul dan serius ni. Memang F tak tahu langsung dan tak terasa pula nak tanya jiran F tu. Tak pe, F nak kerja je dulu. Dan niat juga, nak buat part-time dekat mana-mana kedai bakeri. Nak timba ilmu bakeri lah katakan.


Dan F dapat tahu cawangan Cintaku di Mydin Mall Kubang Kerian memang tengah cari pekerja. Jadi, tak nak dah lepaskan peluang lagi macam sebelum ni. F nak cuba tanya dekat kedai tu pula nanti. Tapi, Abah tak galakka sangat sebab nak suruh fokus dekat stesen minyak je, sebab jiran F sendiri yang minta F kerja dengan dia. Tak nak lah hampakan orang yang dah menabur budi pada kita ni.

Itu saja ceritera F untuk hari ni. Esok, kena masuk kerja pukul 7 pagi okey?? Syif selama 8 jam, maknanya, habis pukul 3 petang. Doakan F berjaya dan konsisten ok?? Aamiin..

Imej dari GoogleImages.

4 comments:

joegrimjow said...

hehe
pernah jugak keje part time
mmg penat!

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

first day keja steady ja

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

biase la 2...
bru la da exprience kit..kn2

f is fikah said...

joegrimjow:
penat.sgt penat.
tiap2 malam asik nak tdo awal.

syazwan:
steady je??
ok ler tuh.

luz:
btul2.
experience yang nak dicari.