Friday, March 26, 2010

F, Oh F!!

Tak sangka lama juga F menyepi kan?? Bukan apa, F agak penat lepas balik dari kerja. Mana nak rehat, nak solat, nak makan lagi. Kelam kabut tau. Jadi, F hapdet secara ringkasan la eh. Nanti tulis panjang-panjang, penat nak baca.

1] Suhu kat Kubang Kerian ni, makin meningkat la pulak. Sekarang ni, walaupun dah tengah malam, suhu sebenarnya dah mencecah 35 darjah Celcius. Tinggi tuuuh!! Minggu lepas, Alhamdulillah, dapat tahan sikit sebab turunnya hujan, maka dapatlah merasa sejuk dan dingin sejak berada di rumah ni.

Haisyh~~ Tempat-tempat lain, apa cerita agaknya?? Sama ke dengan keadaan kat tempat F ni??

2] Kerja. F cuti hari Ahad je. Kiranya, F kerja 6 hari seminggu, 7 jam sehari. F hanya kerja pada syif pagi, dari pukul 7 pagi hingga pukul 3 petang. Penat memang penat. Pengalaman layan macam-macam kerenah orang yang nak isi minyak, pengalaman kira duit cukup tak cukup. Macam-macamlah.

3] Blog yang sepi. Janji yang belum sempat tertunai. Ini memang tak boleh nak buat macam mana dah. Bukan apa, dahlah balik kerja penat, harapkan sang Internet untuk pecut 100meter, memang haramlah. Tak larat nak tunggu sampai laju balik. Maka, F pilih rehat daripada untuk tensen dan penat yang tak hilang-hilang.

Maaf ye sangat-sangat~~


Itu sajalah F cerita. Banyak lagi nak kongsi, tapi esok kerja. Ini pun dah kira ambil masa rehat. Dahlah petang tadi, langsung tak rehat. Lewat pulak tidur malam ni.

Jaga diri ye semua.

Oh ye, nak tanya sikit. Ada sesiapa tahu, apa masalah GengBlogger?? Kenapa dah tak boleh akses??

2 comments:

cik zatil said...

hai sayangku fikah..

apa khbr dik?? dah lama tak
dengar cite u dear..

jaga diri baik-baik ok
sekarang musim tak menentu..

btw, keep in touch dear!
windu kamu.. :)

f is fikah said...

cikzatil:
huhu.missing u too.
cik abang ngah jauh tu.
jangan nakal2 tau.
take care,too.