Sunday, March 7, 2010

Cuti Empat Bulan, Apa Nak Buat??

Pertama sekali, F minta maaf sangat-sangat, sebab mentang-mentanglah dah cuti, blog ni pun ikut cuti juga kan. Bukan apa, duduk kat rumah ni, macam leceh pulak nak guna broadband [ecececeh, padahal kat CFS dulu lagi leceh]. Hehe. 

Semalam baru F guna internet. Henpon pun sama, baru dicas semalam. Cuti dah mula dari 24 Februari lagi, tapi memang F abaikan terus berhubungan dengan sesiapa pun. Dan kawan-kawan memang ramai yang tahu F jenis macam ni bila dah kat rumah. Henpon campak je kat mana-mana. Kalau hidup, hiduplah. Kalau tak, memang hidup segan mati tak mau lah jawabnya.

Jadi, F ada rencanakan apa nak buat cuti ni. Tapi, rasanya, tak ada apa sangat yang berjalan pun. Keluar rumah pun tak, kecuali untuk angkat kain di jemuran atau bagi kucing-kucing jiran habiskan Friskies yang ada. Sebab my Achu dah mati. Lama dah kot. Tapi, tak ada orang bagitau, sehinggalah F paksa rela Adik bagitau. Sedih?? Toksah cakap lah. Menangis je kerjanya bila dok sorang-sorang. Sunyi tau.

Ok. Rancangan untuk cuti ni.

[1] Masak-memasak

Itu sudah wajib sebab bila dah masuk kampus utama kat Kuantan nanti, dah tak ada masa sangat nak menuntut ilmu masak-masak dari yang pakar. Siapa lagi kalau bukan Opah dan Mama. Setakat ni, F main campak je dalam kuali atau periuk tuh apa yang nak dimasak. Sesedap rasalah katakan.


[2] Baca novel.

Dah habis pun dua-dua novel yang beli kat MPH Mid Valley sebelum balik hari tu.Jadi, dah tak ada sangat bahan bacaan, melainkan ulang balik baca novel-novel lama.


[3] Kerja.

Memang asyik dok berangan nak kerja itu, kerja ini. Tapi, satu pun tak jalan lagi. Dahlah terlepas walk-in interview kat Mydin Mall Kubang Kerian tu. Sebab rasa malas sangat nak gerak gi situ walaupun jalan kaki, 15 minit dah sampai. Walau apa pun, jiran F yang ada stesen minyak Petronas, tawarkan kerja dengan dia. Bukan tolong isi minyak, sebab isi minyak sekarang ni, sendiri isi kan, tapi kerja dalam Mesra kot. Katanya, tolong-tolong hal komputer. Esok kena pergi lah ni.


[4] Pastri.

Yang ni tak leh tinggal. Memang wajib buat. Tapi sejak cuti ni, satu pun tak buat. Cupcakes haram sekali. Pemalas punya pasal. Nantilah, cari resipi segala, sambung balik minat F yang satu ni.


[5] Tengok cerita wayang.

Nak pergi wayang, memang mustahil, sebab Kelantan tak ada panggung wayang. Alahai, F pun bukan kaki wayang sangat pun, baru 2 kali je pergi GSC Mid Valley tu. Tapi tengok cerita-cerita wayang yang dicopy sakan sebelum balik itu hari. Dan, sehingga rumah F dapat Streamyx atau W1max, baru F akan download sakan cerita-cerita wayang dan drama-drama segala. Miahahaha.


Itu je lah yang F boleh cerita untuk kali ni. Maaf sebab lama menghilang. Tak sibuk pun, cuma bila kemalasan mengatasi segalanya, maka satu kerja pun tak boleh gerak.

Anda ada cadangan lain apa yang F patut buat sepanjang cuti ni??

Sila komen~~

2 comments:

ney said...

tahu xpe,punye la lme xonline~
nway,selamat berjaye la rancangan kamu tu~

f is fikah said...

ney:
hehe.
internet slow.
tu pasal trus jd malas nak hapdet.