Tuesday, March 9, 2010

Apa yang Kita boleh Belajar dari Drama Korea Ini??

Tip-tip belajar. Betul ni, tak tipu. Di penghujung setiap episod drama Korea ni, mesti akan bagi tip untuk belajar.

Haisyh, belajar pun kena ada tip juga ke?? Sebenarnya, ini bergantung atas individu itu sendiri. Lain orang, lainlah gayanya. Tip pun ada sesetengah orang perlu, tapi ada juga orang tak perlu tip langsung.


Oh, lupa pula. Drama apa haa?? Mesti ramai dah tahu punya. Alaa, yang tengah main kat KBS World, Saluran 303 Astro tu, setiap Isnin dan Selasa, pukul 9 malam.

Master of Study!! 

공부의 신!!  

Gongbueui Shin!!


Best juga cerita ni. Pasal budak-budak sekolah tinggi yang bakal masuk ke universiti terkemuka di Korea Selatan, Cheon-ha University. Tapi, budak-budak ni, ada 5 orang kesemuanya, antara yang mendapat kedudukan terakhir dalam tingkatan, maka dimasukkan ke dalam satu kelas khas.

Sape-sape yang suka tonton Family Outing Season 1di SBS [kat Malaysia tak dapat SBS, jadi dapat tengok cerita ni ihsan daripada kawan-kawan yang download], mesti kenal Stepmother Kim, atau nama sebenarnya, Kim Soo-ro. Alahai, yang selalu buli Chun-hee aka Chunderella tu. Dia pemegang watak utama dalam cerita ni. Seorang peguam yang berusaha menyelamatkan kewangan sekolah tinggi pelajar-pelajar tersebut, di samping nak masukkan dorang ke universiti tu.


Imej dari GoogleImages.

F paling suka Yoo Seung-ho, berlakon sebagai Baek-hyeon, budak laki yang susah nak senyum dan suka memberontak. Comel, tapi sayangnya, muda lagi dari F. Huhu.

Mahu info lagi tentang cerita ni??

[tapi anda hanya boleh download dari Megaupload sahaja. Maaf, tak sempat cari yang Mediafire punya lagi]



Lepas geram sebenarnya ni. Sebab dah terlepas episod malam tadi. Huhu. Syok sangat main Internet yang tiba-tiba baik hati nak melajukan diri. Ceh. Internet lembap salah, laju pun salah. Hehe. Sebenarnya, sangat bersyukur, sebab dapatlah nak download drama-drama yang F nak selama ni.

Okeylah, gerak dulu yek. Nak rehat. Penat kerja pun tak hilang lagi ni. Eh, tak jadilah. Nak buat caramel pudding, resepi dari Anna.

3 comments:

Sarah Kushairi said...

Cerita tu macam cerita 'Dragon Zakura' sikit-sikit la. Haha

Japanese series.

..: nurafaz :.. said...

ha'ah...
ada sikit2 ala Dragon Zakura..
pepun..cite ni pun nice jugak ^_^

f is fikah said...

Sarah Kushairi:
yup3!!penah dengar,tapi tak penah tengok lgi.

nurafaz:
nice.
tapi menjelang penghujung, asik miss je.
sebab tdo awl.