Tuesday, March 30, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Semua orang nak jadi BINTANG. Tak ada sesiapa pun yang teringin nak jadi matahari ke, bulan ke, mesti BINTANG je. Tak kiralah, bintang kejora, jula juli bintang tiga ke, yang penting, asalkan dapat jadi BINTANG.

Pabila bercerita pasal bintang je, mesti nak jadi terkenal kan?? Anda nak tahu bagaimana anda juga boleh jadi terkenal??

Anda tak perlu bersusah payah ke ujibakat nyanyian atau pun tarian. Tak perlu nak memalukan diri dengan suara yang sumbang mambang sambil satu Malaysia ketawakan anda, tak perlu berpeluh berbaldi-baldi menari kongkang sakan.

Anda juga bisa menjadikan diri anda seorang BINTANG dengan menyertai ujibakat untuk Project Alpha Musim Ke-3!!!



Tapi, apa kemendanya Project Alpha ni??



Bagaimana??

[1] Sertai ruumz atau jika anda sudah mempunyai akaun ruumz, hanya daftar masuk [login].

[2] Jangan lupa sertai juga grup Project Alpha ruumz di sini.

[3] Oh, sebelum langkah [1] lagi, rakamkan diri anda dalam video selama 60 saat atau kurang, sekreatif yang maksimum, mengapa anda patut dipilih sebagai tamu blogger di Project Alpha Musim Ke-3, untuk menarik perhatian para juri untuk Project Alpha Musim Ke-3 dan muat naikkan [upload] video anda ke Album Auditions di sini.

[4] Masukkan tajuk video anda dan sertakan juga sedikit keterangan mengenai video anda itu. Anda juga boleh mengeTAG diri anda supaya dapat kelihatan di grup ruumz.

[5] Gunakan pengaruh dan kuasa veto anda untuk memaksa rela ahli-ahli keluarga dan juga rakan-rakan untuk 'Like' video anda itu.


Syarat-syarat dan terma penyertaan boleh dilihat di sini.

Hadiah yang sangat lumayan menanti anda!!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

YEAY!! untuk Buffered Earnings

Syukur sangat yang tak terhingga, sebab walaupun F aktif tak aktif dengan berblog macam dulu, tapi Nuffnang sangat murah hati nak bagi buffered earnings untuk F. Terima kasih, wahai Nuffnang!!! Sayang Nuffnang!!!



Jadi, pesanan buat kawan-kawan yang punya blog, janganlah segan-segan atau malu-malu meow nak sertai Nuffnang ni. Memang sangatlah berbaloi!!

Di samping dapat menjana pendapatan, anda pada masa yang sama berpeluang untuk menyertai pelbagai program yang best-best, dapat tiket wayang percuma untuk tayangan perdana dan macam-macamlah lagi!!

Top Blogger 2010

Alhamdulillah..dapat anugerah ini dari Cik Ney. Rasanya, tak layak pun F digelar dan dihadiahkan anugerah sebegitu. Tapi, terima kasih daun keladi ye, Cik Ney oii. Kalau boleh, bagilah lagi ye.



Kalau nak tahu, Cik Ney ni merupakan teman sebilik kepada seorang rakan F. Tapi, kitorang boleh kira geng la juga sebab selalu buat benda-benda pelik bersama yang lain-lain.

[[Thank and link to the person that give u award]]
[[ Post this award onto 12's bloggers you have recently discovered and think are fantastic]]
[[ Contact and let them know they've won the award]]


Nak tahu tentang Cik Ney tak??

[1] Cik Ney sudah berpunya ok??

[2] Rajin dan bijak.

[3] Sekarang kerja kat Mid Valley Megamall. Nak tahu kat bahagian mana, silalah jenguk blognya itu.

[4] Blog Cik Ney ni, ialah yang kedua. Dikhabarkan bahawa blog ini lebih terbuka membicarakan tentang apa-apa jua isu sekali pun, jadi, kalau anda nak Cik Ney ni ulas tentang isu-isu ke, bolehlah bagitau dia.

Dan, F dengan berbesar hatinya, nak berkongsi jua anugerah ini dengan :

Monday, March 29, 2010

Along dan Angah

Hehe.
Ni F dan Angah.
Ambil gambar guna lappy Angah.
Sebab lappy Angah ada bateri dan F punya tak ada.
Oh, dan satu lagi, Internet macam sayang F je.
Tiba-tiba baik hati nak lari joging sama-sama atas bas.
Ni pula, atas bas, dorang pasang cerita Santau.



Tak ke seram..hehe.
Tapi F dah tengok sbeelum ni.
Jadi, boleh agak lah apa yang berlaku pasni.
Muahahaha.

Imej Santau dari Google.

Ke Langkawi!!!!!!!!

Wooohooo!!
F sekarang ni berada di dalam bas persiaran. Siap berINTERNET sakan dalam ni memandangkan internet sangat laju pula dalam kawasan hoospital USM ni.

Nak ke Langkawi ni, sempena Hari Keluarga Bahagian Neurosains USM. Best sangat!! Dah lama F nak gi Langkawi ni, cuma kewangan je yang tak pernah membantu. Hehe. Alhamdulillah, tercapai juga impian F ni nak melancong ke sana.

Huisyh..tak sabarnya. Bas masih tak bergerak lagi. Tengah kira penumpang, cukup ke tak. F pergi bersama Abah dan Mama, Angah dan Adik.

Oh, F akan cuba ambil gambar untuk momen kenangan, sebanyak yang mungkin, sebab bukan senang nak berjalan-jalan makan angin ditaja ni kan?? Hehe.


Cik Lang oii!! Nantikan F kat sana ye??!!

Kredit : ImejGoogle.

Friday, March 26, 2010

F, Oh F!!

Tak sangka lama juga F menyepi kan?? Bukan apa, F agak penat lepas balik dari kerja. Mana nak rehat, nak solat, nak makan lagi. Kelam kabut tau. Jadi, F hapdet secara ringkasan la eh. Nanti tulis panjang-panjang, penat nak baca.

1] Suhu kat Kubang Kerian ni, makin meningkat la pulak. Sekarang ni, walaupun dah tengah malam, suhu sebenarnya dah mencecah 35 darjah Celcius. Tinggi tuuuh!! Minggu lepas, Alhamdulillah, dapat tahan sikit sebab turunnya hujan, maka dapatlah merasa sejuk dan dingin sejak berada di rumah ni.

Haisyh~~ Tempat-tempat lain, apa cerita agaknya?? Sama ke dengan keadaan kat tempat F ni??

2] Kerja. F cuti hari Ahad je. Kiranya, F kerja 6 hari seminggu, 7 jam sehari. F hanya kerja pada syif pagi, dari pukul 7 pagi hingga pukul 3 petang. Penat memang penat. Pengalaman layan macam-macam kerenah orang yang nak isi minyak, pengalaman kira duit cukup tak cukup. Macam-macamlah.

3] Blog yang sepi. Janji yang belum sempat tertunai. Ini memang tak boleh nak buat macam mana dah. Bukan apa, dahlah balik kerja penat, harapkan sang Internet untuk pecut 100meter, memang haramlah. Tak larat nak tunggu sampai laju balik. Maka, F pilih rehat daripada untuk tensen dan penat yang tak hilang-hilang.

Maaf ye sangat-sangat~~


Itu sajalah F cerita. Banyak lagi nak kongsi, tapi esok kerja. Ini pun dah kira ambil masa rehat. Dahlah petang tadi, langsung tak rehat. Lewat pulak tidur malam ni.

Jaga diri ye semua.

Oh ye, nak tanya sikit. Ada sesiapa tahu, apa masalah GengBlogger?? Kenapa dah tak boleh akses??

Thursday, March 25, 2010

saya jawab tag kamu

F ditag oleh cik ney ok..

1)Siapakah diri anda di rumah?
:: anak sulung [sama macam cik ney tukang tag] ::
:: cucu opah yang dipanggil MANJA ::

2) Siapakah anda di samping rakan?
:: F seorang kawan yang sensitif ::


3)5 benda yg anda idamkan tapi belum tercapai
:: semua koleksi dvd DBSK ::
:: perpustakaan kecil di rumah ::
:: bilik tidur sendiri yang berwarna lavender ::
3 je dulu..

4) Siapakah nama pasangan anda?
:: SHIM Chang-min ::

5) Ceritakan 5 perkara yang anda suka tentang pasangan anda
:: senyuman ::
:: renungan ::
:: sarkastik ::
:: suara ::
:: ketinggian?? ::

6) Bila tarikh anda couple?
:: F tetapkan sendiri tarikh sesuka hati, boleh?! ::

7) Apakah pengalaman pahit anda bersama pasangan anda?
:: masa terbaca khabar angin dan terlihat video yang konon-konon dia merokok ::

8) Lagu tema cinta anda?
:: apa-apa je lagu dia nyanyi ::

9) Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
:: tolong SAYANG saya lebih ::


10) Tag 10 orang rakan kamu
sesiapa je~~

Tuesday, March 9, 2010

Apa yang Kita boleh Belajar dari Drama Korea Ini??

Tip-tip belajar. Betul ni, tak tipu. Di penghujung setiap episod drama Korea ni, mesti akan bagi tip untuk belajar.

Haisyh, belajar pun kena ada tip juga ke?? Sebenarnya, ini bergantung atas individu itu sendiri. Lain orang, lainlah gayanya. Tip pun ada sesetengah orang perlu, tapi ada juga orang tak perlu tip langsung.


Oh, lupa pula. Drama apa haa?? Mesti ramai dah tahu punya. Alaa, yang tengah main kat KBS World, Saluran 303 Astro tu, setiap Isnin dan Selasa, pukul 9 malam.

Master of Study!! 

공부의 신!!  

Gongbueui Shin!!


Best juga cerita ni. Pasal budak-budak sekolah tinggi yang bakal masuk ke universiti terkemuka di Korea Selatan, Cheon-ha University. Tapi, budak-budak ni, ada 5 orang kesemuanya, antara yang mendapat kedudukan terakhir dalam tingkatan, maka dimasukkan ke dalam satu kelas khas.

Sape-sape yang suka tonton Family Outing Season 1di SBS [kat Malaysia tak dapat SBS, jadi dapat tengok cerita ni ihsan daripada kawan-kawan yang download], mesti kenal Stepmother Kim, atau nama sebenarnya, Kim Soo-ro. Alahai, yang selalu buli Chun-hee aka Chunderella tu. Dia pemegang watak utama dalam cerita ni. Seorang peguam yang berusaha menyelamatkan kewangan sekolah tinggi pelajar-pelajar tersebut, di samping nak masukkan dorang ke universiti tu.


Imej dari GoogleImages.

F paling suka Yoo Seung-ho, berlakon sebagai Baek-hyeon, budak laki yang susah nak senyum dan suka memberontak. Comel, tapi sayangnya, muda lagi dari F. Huhu.

Mahu info lagi tentang cerita ni??

[tapi anda hanya boleh download dari Megaupload sahaja. Maaf, tak sempat cari yang Mediafire punya lagi]



Lepas geram sebenarnya ni. Sebab dah terlepas episod malam tadi. Huhu. Syok sangat main Internet yang tiba-tiba baik hati nak melajukan diri. Ceh. Internet lembap salah, laju pun salah. Hehe. Sebenarnya, sangat bersyukur, sebab dapatlah nak download drama-drama yang F nak selama ni.

Okeylah, gerak dulu yek. Nak rehat. Penat kerja pun tak hilang lagi ni. Eh, tak jadilah. Nak buat caramel pudding, resepi dari Anna.

Monday, March 8, 2010

Hari Pertama Kerja, Fuhh!!




Anda pernah bekerja?? Macam mana?? Kongsikanlah pengalaman pertama kali anda bekerja.

Hurm, hari ni, pertama kali dalam seumur hidup kerja. Kat mana?? Kat stesen minyak Petronas milik jiran F. Yeah, I was right, bukan sebagai tukang isi minyak, tapi dealed with computer. Sebenarnya, jiran F maksudkan uruskan hal-hal orang bayak duit nak isi minyak, tapi kena main tekan-tekan kat satu mesin ni. 

 
[lebih kurang macam ni, tapi lain sikit je.
yang pasti, mesin ni mesti disentuh skrinnya itu.] 

Haru jugak tadi, sebab F memang tak biasa urus hal-hal jadi juruwang aka cashier ni. Al-maklumlah, F sorang je hoobae [junior] kat situ. Yang lain-lain, memang dah sangat senior, dan dah lama kerja dengan jiran F sejak mula-mula stesesn minyak tuh dibuka beberapa tahun lepas.

Alhamdulillah, akak-akak kat situ sangat sempoi. F ni jenis susah sikit nak buka mulut bila mula-mula kenal orang ni. Tapi, dorang cool je. Paksa F borak dan makan. Hehe.

Meh nak bagi tau. Sape-sape yang buka stesen minyak ni, senang sangat jadi kaya. Dapat duit melimpah-ruah, tahu. Musim raya lagilah. Memang lagi murah rezeki. Sebab orang takkan putus-putus nak isi minyak. Tambah pula, kalau lokasi tu di tempat yang strategik.


Oh, bila dah cakap pasal duit ni, mesti nak tahu berapa gaji F kan?? F tak tahu, betul dan serius ni. Memang F tak tahu langsung dan tak terasa pula nak tanya jiran F tu. Tak pe, F nak kerja je dulu. Dan niat juga, nak buat part-time dekat mana-mana kedai bakeri. Nak timba ilmu bakeri lah katakan.


Dan F dapat tahu cawangan Cintaku di Mydin Mall Kubang Kerian memang tengah cari pekerja. Jadi, tak nak dah lepaskan peluang lagi macam sebelum ni. F nak cuba tanya dekat kedai tu pula nanti. Tapi, Abah tak galakka sangat sebab nak suruh fokus dekat stesen minyak je, sebab jiran F sendiri yang minta F kerja dengan dia. Tak nak lah hampakan orang yang dah menabur budi pada kita ni.

Itu saja ceritera F untuk hari ni. Esok, kena masuk kerja pukul 7 pagi okey?? Syif selama 8 jam, maknanya, habis pukul 3 petang. Doakan F berjaya dan konsisten ok?? Aamiin..

Imej dari GoogleImages.

Sunday, March 7, 2010

Cuti Empat Bulan, Apa Nak Buat??

Pertama sekali, F minta maaf sangat-sangat, sebab mentang-mentanglah dah cuti, blog ni pun ikut cuti juga kan. Bukan apa, duduk kat rumah ni, macam leceh pulak nak guna broadband [ecececeh, padahal kat CFS dulu lagi leceh]. Hehe. 

Semalam baru F guna internet. Henpon pun sama, baru dicas semalam. Cuti dah mula dari 24 Februari lagi, tapi memang F abaikan terus berhubungan dengan sesiapa pun. Dan kawan-kawan memang ramai yang tahu F jenis macam ni bila dah kat rumah. Henpon campak je kat mana-mana. Kalau hidup, hiduplah. Kalau tak, memang hidup segan mati tak mau lah jawabnya.

Jadi, F ada rencanakan apa nak buat cuti ni. Tapi, rasanya, tak ada apa sangat yang berjalan pun. Keluar rumah pun tak, kecuali untuk angkat kain di jemuran atau bagi kucing-kucing jiran habiskan Friskies yang ada. Sebab my Achu dah mati. Lama dah kot. Tapi, tak ada orang bagitau, sehinggalah F paksa rela Adik bagitau. Sedih?? Toksah cakap lah. Menangis je kerjanya bila dok sorang-sorang. Sunyi tau.

Ok. Rancangan untuk cuti ni.

[1] Masak-memasak

Itu sudah wajib sebab bila dah masuk kampus utama kat Kuantan nanti, dah tak ada masa sangat nak menuntut ilmu masak-masak dari yang pakar. Siapa lagi kalau bukan Opah dan Mama. Setakat ni, F main campak je dalam kuali atau periuk tuh apa yang nak dimasak. Sesedap rasalah katakan.


[2] Baca novel.

Dah habis pun dua-dua novel yang beli kat MPH Mid Valley sebelum balik hari tu.Jadi, dah tak ada sangat bahan bacaan, melainkan ulang balik baca novel-novel lama.


[3] Kerja.

Memang asyik dok berangan nak kerja itu, kerja ini. Tapi, satu pun tak jalan lagi. Dahlah terlepas walk-in interview kat Mydin Mall Kubang Kerian tu. Sebab rasa malas sangat nak gerak gi situ walaupun jalan kaki, 15 minit dah sampai. Walau apa pun, jiran F yang ada stesen minyak Petronas, tawarkan kerja dengan dia. Bukan tolong isi minyak, sebab isi minyak sekarang ni, sendiri isi kan, tapi kerja dalam Mesra kot. Katanya, tolong-tolong hal komputer. Esok kena pergi lah ni.


[4] Pastri.

Yang ni tak leh tinggal. Memang wajib buat. Tapi sejak cuti ni, satu pun tak buat. Cupcakes haram sekali. Pemalas punya pasal. Nantilah, cari resipi segala, sambung balik minat F yang satu ni.


[5] Tengok cerita wayang.

Nak pergi wayang, memang mustahil, sebab Kelantan tak ada panggung wayang. Alahai, F pun bukan kaki wayang sangat pun, baru 2 kali je pergi GSC Mid Valley tu. Tapi tengok cerita-cerita wayang yang dicopy sakan sebelum balik itu hari. Dan, sehingga rumah F dapat Streamyx atau W1max, baru F akan download sakan cerita-cerita wayang dan drama-drama segala. Miahahaha.


Itu je lah yang F boleh cerita untuk kali ni. Maaf sebab lama menghilang. Tak sibuk pun, cuma bila kemalasan mengatasi segalanya, maka satu kerja pun tak boleh gerak.

Anda ada cadangan lain apa yang F patut buat sepanjang cuti ni??

Sila komen~~