Monday, February 22, 2010

Saya Sakit


Atas tu, tipu je. Mustahil saya akan sayang awak. Sangat M-U-S-T-A-H-I-L.

Dah lama saya pendam perasaan saya ni. Saya tahan je selama ni. Sebab saya cuba tak nak sakitkan sesiapa. Tapi, sejak dua menjak ni, awak buat saya rasa rimas sangat-sangat. Saya dah tak boleh simpan lama-lama rasa sakit saya ni. Kena luahkan jugak setelah sekian lama.

Awak buat bodoh je. Saya rasa makin sakit hati dan nak marah memanjang disebabkan awak. Nasib baik tak rasa nak menangis sangat. Cuma lepaskan perasaan geram dan amarah saya dengan hentak-hentak kaki dalam bilik. Serius, saya rimas dan bengang pada masa yang sama.

Masa awak susah, awak cari saya. Macam tulah awak. Cari saya bila perlu je. Saya hanya sandaran je kan? Tapi, awak makin menjadi-jadi pulak kebelakangan ni. Asyik cari saya, dengan niat nak buat saya putus fius kan. Saya cuba sabar. Sebab saya tak tahu nak cari solusi apa nak selesaikan semua ni.

Awak, udah-udahlah tu. Rabu ni, saya dah nak pulang ke kampung halaman saya. Awak, saya tak tahulah pulak ke mana hala tuju awak. Pandai-pandailah awak nak hidup. Asalkan awak dan semestinya, saya, bahagia dengan hidup masing-masing.

Tak de gunanya saya nak marah-marah atau nak bengang-bengang lagi. Kita akan semakin jauh. Saya akan jumpa orang lain. Dan awak pun sama. Selamat menempuhi hidup sendiri.


Ikhlas,

F yang selalu menjadi mangsa lapar darah sang NYAMUK.

Kredit:
Imej dari PakCik Google.

2 comments:

-aTie- said...

ahakz..gune shieldtox

klik klik time is love

Khaizarien @ atie Blog

f is fikah said...

atie:
saya gune ridsect.
tapi haritu ridsect dh abes.