Tuesday, February 23, 2010

Perlu ke kita berpisah

Walaupun hati rasa sayu, tapi F tetap dapat gagah hari ni. Satu, sebab Abah dah selamat sampai KL tadi. Semata-mata untuk teman F balik Kelantan. Dua, sebab tak sangka betul dapat kawan-kawan sengal.

Siang tadi, keluar. Pergi Berjaya Times Square. Ramai. Dengan Zaty, Wa, Ayien, Hazy, J, Hanae, Watif, dan Tijul. Sengal. Memang kawan-kawan F sengal. Dan kecoh. Lepas ni, F akan sunyi balik. Sebab dorang semua dah nak balik siang nanti. F balik lusa. *diam*

Harunya rasa. Sebak sangat kat dalam hati ni. Ingatkan kesengalan dah berakhir, tapi dorang datang lagi bilik. Buat-buat riuh tak ingat dunia. Layan cite. Tengok cite Hindustan lak tu. Yang tajuk dia ada Hadippa macam tuh. Tuh tak masuk lagi bahagian jeritan Watif yang high-pitched gila masa tengok cite Merlin sebelum tu. Apa-apa pun, F bahagia.

Pukul 3 lebih tadi, baru masing-masing gerak ke bilik dorang. Watif sempat minta maaf dengan F dan Zaty. Haru lagi kat situ. Nasib baik tak tangkap leleh je kat situ. 

Hakikat, kami akan berpisah buat sementara. Panjang jodoh diizinkan Allah, jumpalah lagi kami semua ni.

Hey, girls!! I could never express any words to describe the friendship we had built since about 2 years ago. I'm all clueless. Thanks!! I owe you girls so many things. And again thanks, for completing some missing pieces of my jigsaw-puzzled life. 

~I heart U~

No comments: