Wednesday, February 17, 2010

Life is Hard..

 

Life is hard, YES, I couldn't agree less. But how hard ours are, to be compared with others', haa?? 

Di sesetengah tempat, di mana orang bertumbuk sakan kerana setitik air dan secebis roti, kita dengan selamba komplen makanan tak sedap dan akhirnya, terbuang saja dalam tong sampah. Tahu membazir je.

Ada orang terpaksa tidur atas tanah, paling elok pun lapik kotak, tapi, kita masih nak komplen, tilam keras la, bantak tak empuk la.

Itu contoh. Apa yang F pernah buat. Saja nak sedarkan diri ni balik, bahawa, di sebalik setiap kesusahan yang kita alami, orang lain punya kesusahan 100 kali ganda lagi teruk. 

Hidup, kalau rasa susah, cuba pandang dari satu sudut lain. Alahai, benda ni semua orang tahu, dan semua boleh buat, yang pakar-pakar motivasi selalu bagi contoh air dalam gelas. Kamu nampak separuh penuh ke, separuh kosong?? Tak payah nak ajar dah ni.

 

Pandangan kita tentang hidup itu sendiri yang akan bawa kita ke hala tuju sendiri. F tak layak cakap lebih-lebih, nanti ada pulak yang sound, "Alah, ko tu pun sama je. Cakap orang, tapi diri sendiri tak sedar-sedar."

Ah, tak payahlah nak fikir sangat orang nak cakap apa. Tapi, kena ingat, apa yang orang bagi tau tu, ada yang betuknya. Penting jugak bagi kita untuk dengar dan terima apa orang nak bagi tau kat kita. Kalau tak, kita akan asyik nampak diri kita je yang betul, kita je yang sempurna segala.



Ni nak gaduh-gaduh pulak, apa hal?? Hidup ni singkat. Mat Salleh sebelah rumah cakap, "Life is short, live it to the fullest". Tapi bukan maksudnya nak kena joli pagi petang siang malam. Kat situ, kita boleh ambil kesedaran, untuk hargai hidup kita ni, dan paling penting hargai orang-orang sekeliling kita. Kita tak tahu kalau 1 saat lepas ni, nyawa kita dah nak kena ambil. Kena lagi fikir, cukup tak amalan-amalan kita nak buat bekal gi alam barzakh sana tu?? 

F akui, F selalu cari gaduh dengan orang. F asyik rasa, F je yang betul. Tapi, dah lepas gaduh tu, baru kalut nak pandang dari perspektif orang yang digaduhkan. Lepas tu, asyik rasa bersalah je memanjang. Padanlah muka, dah pandai sangat cari gaduh, tahu pulak nak rasa guilty ni.

Itu je untuk buat masa sekarang. Konon nak scheduled kan entri pasal birthday Min esok tu, last-last, rasa nak buat entri panjang pulak. Gian la ni.

Dan buat seorang teman blogger dan juga pelajar kat tempat F belajar ni, Inche T, F rasa tak perlulah sampai nak delete blog. Keep on blogging, bro!! Biarlah orang nak kutuk-kutuk ke ape. Normal la tu, orang jeles tak habis ngan kamu. Miahaha. Dan, udah-udahlah gaduh tu. Cepat baik-baik balik, ye. Mat Salleh selalu pesan kat F, "Nobody's perfect!!" and so are you. Tolonglah, jangan kecewakan orang yang follow blog kamu, dan juga mereka yang baca blog kamu senyap-senyap, tak tinggal jejak. Ok??

Peace to the world!!

 

Images credit: 
GoogleImages
and as tagged.

4 comments:

JAI said...

inilah kehidupan..life goes on

at-toriQ said...

like thisss!!!

=)

Eyriqazz said...

comelnya kucing tu bergayut2an..hik3...

f is fikah said...

JAI:
life MUST go on.

at-toriQ:
time kaceh~~

Eyriqazz:
comel sgt.macam F tak??