Wednesday, February 3, 2010

Kawan-Kawan Saya

Soalan : Berikan definisi kawan.

Jawapan:

1. Kawan : empunya diri pakai cermin mata, tapi sempat berpesan kepada diri ini, jaga mata elok-elok sebab tak mahu diri ini kena pakai spek jugak.

2. Kawan : sanggup bagi guna ubat gigi Colgate Total yang kaler biru, sebab tahu ubat gigi Darlie diri ini dah dipaw oleh manusia yang tak bertanggungjawab.

3. Kawan : sanggup teman pergi toilet waktu kelas bahasa Arab sementara tunggu ustaz datang, nak paksa rela diri ini menangis [sebab dok asyik tahan air mata], lepas dapat tahu crush diri ini asyik telefon kawan high school diri ini, hampir setiap malam.

4. Kawan : yang sama-sama sesat dekat Kota Raya, Central Market, Times Square hatta Mid Valley sekalipun,tapi tetap maintain kool.

5. Kawan : buat birthday bash pada malam hari lahir diri ini dengan cara yang paling simple; makan megi Ruski sambil gelak-gelak main pemberita berkepala enam.

6. Kawan : boleh ikut diri ini ke hadapan warga ZC secara spontan, dan jadi minah-minah lawak, main pemberita berkepala tiga, dengan tajuk "Kerbau Lumpuh Termakan Cendol'.

7. Kawan : sedia pinjamkan duit untuk diri ini waktu elaun tak reti-reti nak masuk dalam akaun.

8. Kawan : buat sengal susun lilin-lilin atas meja waktu dinner hisbah, jadi bentuk LOVE, dan bergambar sakan.

9. Kawan : susah senang bersama-sama memalukan diri atas stage dewan AMF sambil baca teka-teki.

10. Kawan : jadi orang tengah untuk mendamaikan perang menyejukkan yang panas.


BERSAMBUNG~~

2 comments:

Anonymous said...

congratz sebab bertemu sahabat2 yg sgt baik. smoga persahabatan korang kekal slamanye....

f is fikah said...

anonymous:
thanx a lot!!
knape tak tinggalkan nama??