Tuesday, February 2, 2010

F Sayang Mak Cik Cleaner, Anda??

Sejak dua menjak ni, asyik emo je kerjanya. F lah, sape lagi. Terbaca ini pada Jumaat lepas,



tapi F buat bodo je. Tak pe, fikir F. Makcik kat area F tak kena punya. 

Tapi nak dijadikan cerita, kelmarin, rasa tak sedap hati je. Bangun-bangun je tidur, tengok sampah macam tak dikutip lagi. Tak pe lah, makcik datang lambat kot. Padahal, kebiasaannya, sebelum pukul 7 pagi, makcik-makcik Indon kesayangan F memang dah ada.



Rupanya, bukan khabar angin atau cerita yang dibuat-buat. Benar, arahan untuk memberhentikan makcik-makcik itu, memang betul. Sebabnya, waktu pukul 11 lebih, lepas balik dari kelas makmal yang dibatalkan, tengok-tengok, makcik lain yang tengah menyapu depan bilik. Maknanya, gerak hati F tepat, makcik-makcik Indon dah pergi, tak beritahu apa-apa pun dekat kami. Sedihnya~~

Agaknya, majikan dorang tak tahu kot, hubungan kami, bukan sekadar penghuni asrama dengan makcik tukang cuci, kebanyakan daripada kami, had developed special relationship. Macam ibu dengan anak, macam nenek dengan cucu. Walaupun F tak serapat seperti Afzan dengan makcik area dia, tapi, kami ok antara satu sama lain.

Patutlah, lebih kurang sebulan lepas, makcik-makcik asyik berehat kat kawasan TV waktu tengah hari. Pelik jugak, sebab setahu F, makcik-makcik ni, ada bilik khas untuk rehat. Bila tengok dorang tidur kat situ, rasa sayu hati. Sebab tak boleh nak bayangkan perasaan seorang anak dapat tahu, emaknya tidur macam dekat kawasan setinggan je.



Selalunya, bila bangun pagi-pagi, makcik-makcik ada je nak tegur. Dengan muka semamai dan rambut berserabainya, makcik-makcik tak delah nak kutuk-kutuk, buruk ke tidak rupa F ni. Muahaha. Kantoi di situ.

Alhamdulillah, sepanjang duduk kat sini, rasanya tak delah secara sengaja menyusahkan makcik. Kalau secara tak sengajanya, adalah jugak kot. Macam, waktu nak mandi je, mesti bertembung dengan makcik yang tengah nak cuci bilik air. Maaf ye makcik~~



Tapi tak seteruk waktu F duduk ground floor dulu. Kucing-kucing selalu berak merata-rata, sebenarnya bukan merata-rata, tapi depan bilik-bilik penghuni sebenarnya. Makcik yang bertugas kat bawah selalu nak cari gaduh ngan kami, bukan gaduh apa, bila F dan yang lain-lain nak cuci, mesti makcik tak bagi punya. Dorang yang akan sibuk-sibuk nak basuh ke apa kawasan bernajis itu. Oh, makcik~~

Duduk di tingkat 2 ni, tinggalkan banyak kenangan. Siapa sangka, bila orang tu dah tiada, barulah kita rasa kehilangan dan nak menghargai dorang. Kebanyakan kelas F adalah pukul 9, maka waktu nak keluar bilik je, mesti ternampak makcik tengah menyapu, tak pun tengah kutip sampah. Sambil itu, makcik akan tanya, ''Jam pukul berapa ya dik??'' Alahai, rindunya makcik~~ 


F paling anti dengan orang yang suka menyumbatkan sinki, sebab dorang ni F rasa sengaja buat macam tu, sebab tahu makcik akan bersihkan. Kepala hotak korang!! Haa, amek ko, makcik dah takde. Dah 4 hari sinki terbiar macam tu. Padanla dengan muka korang. Tapi, korang kepala nak menyusahkan orang, memang F harap sangat supaya kena balik kat korang. Kita ni hidup, tak elok nak susahkan orang, terutamanya makcik-makcik cleaners. Hape, korang ingat dorang ni maids korang ke???!!*bengang*

Syukur alhamdulillah sekali lagi, roomie dan F tak pernah buat macam tuh. Sebab fikir, makcik-makcik mesti penat gila kot, nak cover 1 level ni, ada 3 blok lagi. Makcik ada 2, 3 orang je, maka sebagai penghuni, kena ada common sense ye, kawan-kawan.



Selamat tinggal ye, makcik-makcik tersayang..biar pun makcik tak cakap goodbye kat saya, tapi tak pe, saya faham. Mesti saya terkedu kalau saya dapat berita tu face-to-face dengan makcik. Terima kasih kerana telah menjadikan kehidupan saya bersama makcik selama hampir setahun ni, mudah dan bersih. Saya sayang makcik. Dah takde lah orang agaknya nak tengok bekas polisterin yang saya conteng-conteng tu kan, makcik?? Dah takde bunyi renyuk plastik sampah pagi-pagi, sebagai ingatan kepada saya, ''Woi, dah pagi ni!! Bangunlah weyh!!'' Dan dah takde riuh, kecoh dan kepoh makcik-makcik macam dulu. Dan dah tak berpeluang tengok makcik jalan ramai-ramai lepas habis duty, sambil ada 2, 3 orang students menyelinap nak keluar sekali, sebab nak elak pakgad.

Oh, makcik~~~

4 comments:

aNnA DaRkNeSs said...

haih..??hehhee

izzahfarhana said...

uia dah xpakai pekerja indo?huu dlu msti nampak diorang ramai2 mekap bersiap nak keluar bila cuti.hehe

zuk zuhaiza said...

aku tak paham wehh..
makcik indon dah tak keje ke ape??
patutlah ari tue makcik tue ada ckp yg die cuti sebulan..aku pun pelik

:) amiir.ah said...

btol.sgt geram dgn org yg suke sumbatkan sink.grr.mcm bdk kecik je xreti jge kbersihan. >.<