Saturday, February 6, 2010

Ammar, Oh Ammar!!

Ramai yang dah tahu kisah adik Ammar ni kan. Jadi, F rasa tak payah nak cerita panjang-panjang dah kot. Boleh baca dekat Nuffnang Charity Project - Baby Ammar. Tak pun, rajin-rajinkanlah menjenguk dekat blog ibu Ammar juga.


 

   
  
 Gambar-gambar dari


Apa yang anda boleh buat:


[1] Untuk Nuffnangers, anda boleh buat Charity Ads. Macam mana??

Sila masuk ke laman web Nuffnang. Klik ikon Blog Manager > Rujuk Ads Preferences > Choose Show Charity Ads. 'The ads preferences has been successfully updated' klik [ok].

Ingin diingatkan, anda takkan dapat pendapatan buat sementara waktu, sebab tiada duit akan dimasukkan ke akaun anda. TAPI, ini caranya kita dapat bantu Ammar. TOLONGLAH!! Dah nak operate pada 22 Feb. 2010 ni dah. Meh kita bantu setakat yang termampu.

Untuk orang macam F dan roomie, ini je kami dapat bantu. 


[2] Yang berkemampuan, dah kerja tetap atau sampingan, ada duit lebih sikit tuh, boleh la bank-in duit ke akaun Maybank ibu Ammar. Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank) 


[3] Paling-paling tidak pun, buat entri pasal Ammar comel ni. Manalah tahu, dengan izin Allah, ada rezeki, syarikat atau persatuan yang baik hati, boleh sumbangkan sedikit keperluan untuk Ammar. Boleh juga buat entri nak kuatkan semangat keluarga Ammar ni. 


[4] Anda juga digalakkan menjenguk blog ibu Ammar. Boleh tahu keadaan Ammar dari semasa ke semasa. Takpun, boleh nak bantu ibunya supaya lebih sabar dan tabah. Jangan nak menghentam pulak. Kata itu ini la. Boleh baca sendiri kat blog ibu Ammar .

Sekian~~

No comments: