Saturday, January 23, 2010

Why I Like It Longer

Sebab lebih PANJANG, lebih HEBAT!!!
 PANJANG = HEBAT
HEBAT = PANJANG??


Tak caye?? Bukti2 telah banyak ada dalam dunia ni. Cume kita sedar atau tidak. Itu je.


1. Min atau nama tak berapa sebenarnya Shim 'Max' Changmin.



Okey. Ade unsur2 biased sikit di situ. Bukan nak promote ke ape, sebab Min ni dah sah2 femes kan?? Tapi tengoklah kaki dia yang panjang. Bukan kaki je, bahagian atas badan pun panjang. Dan dia berjaya untuk bolot semua kerja yang femes2 seperti jadi penyanyi - boleh tarik tinggi punya suara sebab abdomen lagi panjang dari orang lain, maka tak semput; menari baik punya - sebab badan panjang boleh sway dengan cantik woo; dan model - yang ni tak payah nak cerita panjang, bukan ke kebanyakan model memang kaki panjang kan??


2. Pipi the Longstocking


KREDIT : GoogleImages 

Ini antara watak kartun yang F selalu tengok masa zaman muda-muda dulu. Zaman berhingus sakan lagi. Apa yang hebat dengan Pipi ni?? Sebab stokin dia panjang sampai lebih dari lutut dia tu. Memang sekarang pun ada stokin panjang, tapi orang lain pakai tak nampak hebat pun. Sebab Pipi pakai stokin yang panjang dan lain-lain warna untuk kaki kanan dan kiri. Dahlah panjang, warna pun sebelah cokelat gelap, satu lagi cokelat cerah. Ada berani??


3. Rapunzel si rambut panjang tak hengat.



KREDIT : GoogleImages

Ini kes lagi satu. Rapunzel ni rambutnya panjang sangat-sangat. Sampai nak sikat pun, kena ambil masa berhari-hari. Hebat tuh!! Ada di antara kita yang kena sikat rambut berhari-hari?? Tak ada kan. Paling lama pun korang boleh lawan dia, adalah 2-3 jam je. Masa buat rawatan rambut dan makeover segala.
Lagi pula, rambut dialah yang tolong si putera naik ke menara nak jumpa dia. Tak pasal-pasal putera tu tak payah nak bersusah-susah. Tak patut..tak patut. Tapi Rapunzel, kita boleh kira hebatlah sebab dengan kepanjangan rambutnya, maka dia telah membuktikan perempuan ada kudrat hebat walaupun Rapunzel nampak sangat-sangatlah lemah-lembut.


4.  Nama paling panjang.

Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown.

Ada 27 nama kat atas tu. Hanya 2 nama terakhir sahaja merupakan nama orang tersebut. Selebihnya adalah nama orang yang suka main tumbuk-tumbuk tu, atau bahasa mudahnya tinju. Panjang gila nama orang ni, agak-agaknya, macam mana cikgu dia nak panggil nama dia dalam kelas??

''Is Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown present??''

Kredit : Warta Warga


5. F dengan telefon baru yang panjang.

F akan nampak hebat, gempak dan bergaya sakan apabila memiliki henfon kegilaan ramai ni.

Henfon ni turut digelar 'Supermodel' phone. Maknanya, kalau F ada henfon ni, dapat jadi model ke?? Oh, tidak, tidak.

Hebat bila memiliki henfon ni. Dahla skrinnya panjang lebar, maka dapatlah tengok video dengan lebih panjang dari henfon biasa. Agak-agaknya, tengok movie pun, syok jugak sebab panjang skrinnya boleh buat kita rasa macam dok panggung wayang je.

Hah, nak amek ko!! Henfon panjang yang best!!





FImin berkata:

Kawan-kawan!! F tau ramai yang otak kreatif yang amat ditambah dengan keotaian dan kesengalan korang. Maka jika anda seorang Nuffnanger, sila jangan segan dan malu untuk sertai. Tak nak henfon panjang ke, kawan??

3 comments:

Lovely Emy said...

hehe, all the best ya.. :)

f is fikah said...

hehe..cube2 jer..
thanx!!

cik zatil said...

all de beshhh..hehehe..nak gak
enpon panjang tapi tunggu
adik bagi hadiah..bules??