Saturday, January 23, 2010

Tips Jadikan Blog Anda Lebih Mesra Pengunjung

First thing first, F dah blog sejak lepas SPM, tapi F kira F masih lagi tunas yang baru nak bercambah dalam arena sebenar dunia blog segala ni. Tips yang akan dinyatakan di bawah nanti, F belajar dan perhati dari blogger-blogger tegar lagi otai setelah berjalan ke blog di merata-rata. 


1. Layout dan background yang simple, tapi padat.

Apa yang F perhatikan, blogger-blogger hebat [to name a few, Hanis Zalikha, CikEpal, Bro Eyriqazz etc.], dorang punya layout dan background sangat-sangatlah simple. Guna template denim je. Lepas tuh, yang selebihnya, dorang tambah-tambah edit sikit dan header buat sendirian berhad je. Satu lagi, apabila background tak match dengan tulisan, maka berpinar-pinarlah mata readers or viewers or visitors. Tambah pula, nak tunggu bacground habis loading, memang berjanggutlah menunggu.

Tapi, yang bro Mel punya, F tengok ada 3 layouts. Tapi, dia punya blog, siyes loading cepat. Kalau nak tahu rahsianya, kena tanya bro Mel sendirilah. F pun tak sempat nak tanya.


2. Kurang widget yang tak patut.

Masalah lambat loading, nak tak nak, memang akan sentiasa dikaitkan dengan widget yang melimpah-ruah dalam blog. Buangkan saja widget yang anda rasa tak perlu, dan yang memberatkan timbangan blog anda. Tak perlu berat-berat, ringan-ringan saja sudah~~

Contoh widget yang biasa ada [ini pengalaman sendiri]:

Jam : F perasan pada satu hari, sambil bisik, 'Hape ke mengapnye engko ni F nak letak jam ni?? Bukan ke orang sume dah ada jam kat bar bawah sebelah kanan tuh??!!'

Satu saja contoh ye, yang lain boleh agak-agak sendiri.


3. Mari dengar lagu.

Untuk pengetahuan, F sentiasa mute kan lappy, melainkan nak tengok YouTube je. Tapi, bila F tak mute dan terlupa nak mute kan balik, kadang-kadang bila pergi jenguk blog orang dalam pukul 2, 3pagi, tiba-tiba dapat lagu rock hard metal punya wa cakap lu. Maunya tak terkejut sambil ' OMakKau!!', pagi-pagi buta. Nasib baik rumet tak sodar, kalau tak maunya perang bantallah kami.

Boleh je nak letak lagu, wa tau lu layan rock brader [/sista??], tapi boleh tak letak fungsi pause?? Tak pun, jemis music player yang tekan play bila nak dengar. Kan selamat kan??


4. Comment moderation & word verification.

Yang ni F tak dapat nak lari, sebab F pun buat comment moderation gak. Dulu, tak perasan pun F enable kan word verification, memang renyah lah orang utagha cakap [tak, rumet yang cakap]. Maaf banyak-banyaklah ye, sebelum ni , memang tak hengat nak disable kan.

Tapi sekarang, hanya enable kan comment moderation. Bukan apa, F sebenarnya, takut tak perasan ada orang tinggalkan komen kat entri. Kalau sesiapa ada cadangan macam mana nak kesan komen tanpa perlu comment moderation, tolong tunjuk ajar ye.

Entah kenapa lappy tak leh detact word verification kat blog yang enable kan. Langsung tak kua word nya.


5. Aplikasi 'READ MORE'

Kadang-kadang, F tertarik gila nak baca entri itu, entri ini. Tajuk pun dah gempak. Tapi baru baca separuh jalan, kena klik dekat READ MORE. F rasa agak leceh sikit sebab nak klik dah satu hal, lepas tuh nak tunggu loading segala, mak aih, memang last2, klik X kat atas kanan tu, atau tak pun Alt + F4. Bukan ke lagi senangkan pembaca kalau tak ada benda alah tu, tambah pula boleh jimat masa.


Okeylah, 5 je dulu. Lain kali, kalau F ada masa dan kerajinan bertandang, F akan sambung lagi. Untuk pengetahuan, F menaip entri ini bukan sebagai seorang blogger, tapi lebih kepada seorang pembaca / pemerhati / pelawat. Saja nak sama-sama ingatkan, dan nak belajar.


FImin berkata: 
Nanti nak wat segmen terjah gak la. Tapi nak terjah kawan-kawan sendiri dulu. Kui3. Ada idea nak panggil segmen apa??

3 comments:

profnotetree said...

ha.. betul tu.. nyampah gler bila blog ada readmore.. kalu artikle panjang logik lagi.. lama tu nak tgu load.. dah r tenet macam siput

f is fikah said...

profnotetree:

tau takpe..
kena bersimpati dengan orang-orang macam kita yang tenet yang kesiputan..
apatah lagi yang menggunakan wifi kolej je..

cik zatil said...

dear good tips! thanks
for sharing.. bila kita
mau jumpa neh??hehehe..
nnt jmp akak belanje
aiskrim ea..huhuhuhu