Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010 di Sungai Tekala, Selangor

Salam buat semua. Maaf sebab baru kalut nak hapdet setelah sekian lama menghilangkan diri. Takdela ke mana pun, cuma serius sibuk. Tak tipu ok?? Dan nak diingatkan, entri ini ditulis pada 5hb Januari 2010, tapi saje nak buat bertarikh 010110 ok?! Kat bawah ni, bolehlah tengok2 gambar2 kat Sungai Tekala tu. Maaf sebab tak dapat letak gambar yang ada muka2 tersayang, sebab nak jaga privasi cik2 empunya badan, sebab nanti tak selesa pulak mata memandang. Maka layan sajalah gambar2 pemandangan oleh jurukamera amatur anda ni.
Oh, F dengan tabah hatinya, tak pulang ke rumah di Kelantan nuh, sebab banyak perkara perlu diselesaikan pada hari2 hujung minggu itu [baca: Jumaat, Sabtu dan Ahad].






























 

 

 










 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Komen daripada F:


1. Kawasan air terjun berada di kawasan atas. Malangnya, tiada tandas yang dapat dijumpai di sekitarnya.


2. Begitu juga dengan tempat persalinan. Memang ada, tapi tiada disediakan shower di situ.


3. Tandas hanya akan dijumpai di belakang tempat jualan tiket. Dengar kata, di dalam tandas tersebut, terlalu banyak khazanah lingzhi yang tumbuh melata. Boleh buat jual lagi. Okey, F tipu. Ada banyak cendawan liar tumbuh di situ disebabkan tiada orang agaknya yang membersihkan tandas itu. Betul tak betul, F tak pasti sebab F tak masuk tandas kat situ. Tak sanggup den.


4. Sepatutnya dapat hirup udara segar dalam hutan, tapi yang disedut F adalah asap2 orang yang sangat syok buat barbeku. Kalau kat kawasan bawah, tak apalah, ini di dalam hutan. Apa kejadahnya tu..??!!


5. Ada wakaf yang dah runtuh, nampak macam dah lama berlaku, tapi takde orang baiki pun.






Walau apa2 sekalipun, F tetap bergumbira sakan dengan kawan2!!






FImin berkata:
Nak pergi lagi boleh??




UPDATE!!
F sebenornye terlupa nak letak
tag nama F kat gambar2 kat atas nih.
Jangan cuba2 kopipes atau apa2 jela,
sebab F takkan berdiam diri kalau F dapat tau ada orang curik ok??

No comments: