Thursday, January 14, 2010

Suka Tak Kalau Dapat Hadiah??



Nampak comel je kan??
Tapi F tak tahular ape ke mendenye ni?? 


Oh, ini bukan nak promosi untuk anda sertai mana-mana pertandingan dah. Kalau nak sertai jugak, kenalah cari sendiri ok?? Ini berkenaan GIFTS yang sangat berlambak-lambak dekat Fesbuk tuh [sila add, jangan segan, sempat lagi nak promosi diri]. Bukan itu aje, Main Pukul-pukul dengan Bantal. Suka hati aje nak pukul-pukul anak orang dengan bantal-bantal tuh. Siap dengan macam-macam jenis lagi.


Tepuk-tepuk bantal ala-ala sayang


Sebenarnya, Gaduh-gaduh Manja Ala Sayang dengan Bantal ni, dah lama berzaman dah. Semenjak seawal F sertai Fesbuk lagi pada pertengahan tahun 2008. Masa tu, walaupun dah besor panjang, dah siap boleh jadi bini orang dah, tapi dengan pemikiran yang tak berapa nak masuk tahap kematangan, maka gila-gila jugak main benda alah tu. 



Nampak sodap nih..
Kalaulah dapat orang belanja 
yang betul-betul punya,
kan best??!!

Tapi, semakin lama semakin membesor lagi, otak dah mula nak masuk tahap masak sikit. Benda-benda alah yang jadi permainan F dulu, mula F rasa sangat mengganggu. Orang cakap, A-N-N-O-Y-I-N-G. Pernah 2, 3 minggu lepas kalau F tak silaplar, banyak sangat orang cari gaduh baling bantal ni. Terus terkeluar statement F yang tak sangatlah rasmi [sila rujuk gambar di bawah dan klik jika mahu ia membesar].




Malas dah nak cakap panjang. Antara kita-kita ni, mesti ramai yang pernah, masih dan akan menjadi penghantar atau pun penerima. Bukan F tak nak hargai, tapi they're all virtuals. So, my appreciation went for a while after seeing those, and then it just disappeared, like it never existed. Harap maaf, beribu-ribu ampun maaf untuk yang hantar semua tuh. Terima kasih. Hadiah-hadiah mungkin tak adalah nak kisah sangat, tapi, tak nak dah perang bantal-bantal comel. Hehe. Poyo ayat-ayat dalam perenggan ni. Sebab takut dah tak ada orang nak bagi hadiah.




Comel la awak ni.
Ada ke binatang senyum 
dengan tangan cenggitu?? 
Takpe, takpe.
Nanti balik rumah,
dera achu sayang buat camtuh. 







FImin berkata: 
Lagi 5 minggu dari sekarang, baru dapat balik rumah. 
Walaupun rasa macam nak terbang je sekarang balik sana, 
tapi ada final exam lagi 2 minggu. 
Sila cuak. 
T.O.L.O.N.G!! 
Dah dapat rasa serangan kepanikan 
atau bahasa sainsnya, 'panic attack'.



 

No comments: