Saturday, January 2, 2010

Mahallah Integration Sports and Traditional Games Carnival

[The post is written on January 13, 2010]

Malas nak panjang-panjang cerita, ini ialah entri sempena MAIG. F masuk lari dalam guni [serius cakap, itu pertama kali masuk dalam guni yang penuh dengan biji2 lada dan lari terkedek-kedek macam penguin], cari gula-gula dalam tepung [sampai bernafas pun, keluar tepung], teng-teng [stokinku habis koyak-rabak] dan bola beracun. F hanya sertai kawan-kawan dari Mahallah Zainab Jahsy atau dalam bahasa popularnya, ZC [Zainab College] pada sesi pagi saja, petang tak pergi pun, sebab badan memang tak larat sangat-sangat. Sila tengok gambar ya. Banyak lagi sebenarnya, tapi tak sempat nak ambil daripada cik Yana kesayangan hamba.

Dimulakan dengan..
F lar,
siapa lagi..


 Fokus..fokus!!
 


 

 Entah apalah yang dibebelkan
cik Yana ni..

 

 We Are The Best, ya!!

 

 Kasut-kasut yang diabaikan
kerana empunya masing-masing
dah melarikan diri dengan guni

 

 ZC atur strategi..
kunun-kununlar

 

 Semua khusyuk ushar brader-brader..

 


 


Kepoyoan terserlah..
Hehe..
Kontrol kunun..
sebab ada crush F kat belakang tuh,
bawah khemah nun..


 Sesi pagi..
ZC masih menguasai
walaupun berbeza tipis dengan KC
 

 Makan time!!
Semua muka lapor,
melantak tak hengat dunia pas gambar diambil

 

 Lalalala~~
 

 Mahallah Ummu Salamah,
jauh ni,
dari Nilai tuh..
 

 KC aka
Mahallah Khadijah.
Pasukan yang paling dekat dengan tempat main-main sukan ni
 

 Diakhiri dengan YT..
~~yang tersayang~~
~~yours truly~~
 





FImin berkata:
Main bagai nak rak, maka sakit-sakit badan bukan main kepalang lagi. Tapi yang penting, F rasa best sangat-sangat, sebab dapat habiskan masa dengan kawan-kawan, sehari selepas ke Sungai Tekala tuh. Enjoy bagai nak gila, lepas rasa tensi yang bersarang dalam kepala hotak F ni. Dah habis main, kena kembali ke pangkal jalan, pulang ke dunia realiti yang penuh dengan kerja rumah. Haisyh~~.

Well, that is what we called L-I-F-E.

No comments: