Friday, January 22, 2010

Kisah F dan Abah [1]

Alhamdulillah. Dah hari Jumaat rupanya. Penghulu segala hari. Disebabkan itu, maka F dengan tanpa segan silu nak stori-mori pasal abah F. Bile cakap pasal abah ni, F emo sket ok. Nilah akibat heart2heart talk tadilah. Sedikit sedih ok?? F sangat2 sebak skang ni, tambah lak, abah ngah demam. Lagila tak sanggup nak sampaikan berita pada dia.

Oh, tentang ape?? Pasal UPU. F ingat takmo sambung kat Kuantan. Tapi lepas pikir2 balek, dan pujukan serta nasihat kawan2, maka F kensel. Kol nombor mama sebenarnya, tapi abah yang angkat.

F : Abah, along rase, tak jadilah nak beli nombor pin UPU.

Abah : Kenape plak??

F : Ntahlar. [mase ni dah sebak nak gitau something]  Orang cakap, insya-Allah, farmasi still ade tempat. Paling teruk kalo tak dapat pun, gi biosains.

Abah : Oh~~ Takpelah. Mane2 jelar. Kakak yang nak blaja, kakak mesti lagi tau ape yang kakak nak kan?? Abah ngan mama hanya boleh support dari belakang la. Tapi nak suh pergi lawat kat KL tuh, tak dapatla ek. [sempat lagi provoke F.wuwu]. Lagipun, abah dah lame tinggal skolah2 ni. Kakak rase macam mane??

F : Along rase nak gi Kuantan. Kawan2 pun ramai.

Abah : Kawan2 cakap ape??

F : Dorang kate takyah lah blah.

Abah : Sape kawan yang pointer tinggi??

F : Wa~~

Abah : Habis tuh macam mane??

F : Tak jadi belila kot nombor UPU tu. Ehm..entahlah. Along pun tatau.

Abah : Up to u la. Abah ok je mane2. Da sem last ni, struggle lar mane yang boleh.

F : Insya-Allah. Nanti bagitau mama k??


p/s: perbualan ade tambahtolakdarabbahagi yek.


Abah.

Teringat mase form 3 dulu. Dapat tau abah kena kanser usus. Nak tau tak bile F dapat tau?? Dalam minggu exam PMR. Siyes stres. Ada suatu hari, minggu yang sama, F kol abah n mama. Mase tuh, dorang kat hospital. F tanya mama, sape nak kena amek F untuk ke hospital hari pembedahan abah, mama jawab, ''Pak Lang.'' F mengamuk, F kate taknak, F nak mama gak yang amek. Mama pujuk, tapi F nanges. Abah pun start cakap ngan F. ''Dengarla kate mama. Kakak dah tak sayang abah ke??''. F lagi kuat nanges, cakap babai dan terus naek ke bilik. Tetiba je jadi emo

Sampai kat bilik, F memang siyes nanges teresak2 atas katil. Kawan2 sume dah blur. Dorang tanya, tapi F tak jawab. So, dorang tatau wat pape, dorang tepuk2 belakang F. Sampai berenti nanges, F pun gitau, ''Bapak aku kat hospital, kena kanser. Hari last exam, baru operate.''

Mase tuh, kitorang break tuk hari mula2 puasa. Sepanjang break tuh, F dah tak penah kol. Sebab F takot stres. Kejam kan?? Bukan ape, for sure, F akan nanges lagi kalo dengar sore abah. So, memang masa yang ade, study jek ngan kawan2, sambil warning, jangan kecoh bapak aku sakit. Biar korang je yang tau.

Hari last exam. Kalo tak silap, Geografi n Kemahiran Hidup Teknikal. Sampai kat kelas, ade announcement panggil F ke bilik PK HEM.

PK HEM : Dr Z kol saya tadi, cakap bapak awak nak operate hari ni. Awak tau ke??

F : Saye tau.

PK HEM : Nah, ambil surat ni, tunjuk kat pakgad. Awak balek la selame mane awak nak. Kan dah habis exam.

F : Terima kasih cikgu.

Mase tuh, kalo tak silap, Aina yang temankan. Kawan2 yang laen ade tolong kemas barang2 F skali.

F balek sorang2. Kol mama, cakap, tak yah suruh alang amek. Mama pulak gitau, abah operate dari kul 9pagi, patotnye kul 12,tapi dah diawalkan. Ingat lagi, mase tu, bulan pose. Kemas2 barang, dah ready nak blah. Lepas Zohor baru gerak.

Berbekalkan duit RM5 sekeping dan duit2 syiling, F mulakan langkah. Terpaksa naek prebet [keta sewa] sebab bas lambat sangat. Naseb ek dapat pacik tua sket. Takla gerun sangat. Borak2 ngan die sepanjang perjalanan sebab nak tenangkan hati.

Sampai hospital USM, tanya2, tambang RM6. Terpaksalah bagi duit2 syiling skali kat pacik baik tuh.


bersambung...

rase nak nanges sangat2 dah ni..

3 comments:

ejaa said...

=.=
hope Family's F semua sihat2.
Smilee =)
Good:P

katak.yang.sunyi said...

jangan sedih-sedih F. kena move on dah jadi ceria, walaupun hidup dalam kepura-puraan itu menyakitkan.

f is fikah said...

ejaa:

thanx a lot sis..
alhamdulillah, abah boleh dikatakan a successful cancer survivor..
rahmat Allah~~


katak.yang.sunyi:

hik3..
memang kepuraan tuh seakan-akan perlu je dalam hidup kan??
alhamdulillah, dapat move on..
abah pun same..