Saturday, January 16, 2010

Jalan-jalan

Pagi yang indah buat semua. Semoga kita masih berada dalam linkungan kasih sayang dan rahmat-Nya. Sebelum kejap lagi, F dipanggil dengan panggilan-panggilan telefon daripada cik Wa, F nak menyempatkan diri meletakkan satu entri pada pagi ini. Sebentar lagi, sudah perlu bersiap-siaplah, mahu ke Bukit Cerakah. Mahu daki bukitlah kononnya. Tapi, F ingat pada kali ini, mahu sewa basikal je, tak larat sangat nak jalan terus-menerus. Pengalaman lepas mengajar ye, kawan-kawan, sangatlah penat, hanya untuk menjejakkan kaki di rumah empat musim itu. 
Tapi, F tetap rasa yang F akan tetap sakit-sakit badan, dengan segala sakit urat sendi yang ada. Aiyoo. Itulah. Orang yang makin tualah katakan. Stamina pun tarak. Hampeh~~


Baru kejap tadi Wa dah mesej. Berkumandanglah korus Love Like This-SS501


Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero


Taken from: LyricsMode 

Dalam hati, F terfikir, 'Kami ni ada telepati ke apa?? Baru sebut-sebut, terus ada.'


Maka, F kena gerak dulu la yer, sebab takut terlewat. Pergi dengan 1 rombongan cik kiah ni. Tak bolehla nak lambat-lambat suka-suka hati F ni. Dahla pakai slack je, sebab tracksuits semua tak terbasuh lagi. Haha. Pemalas punya budak. Sah mak mertua 'sayang' sangat nanti. Oh, F tak pakai jeans, sebab jeans itu sangatlah berat materialnya. 


Pergi dulu yer. Nak sarap dulu ni. Nantikan gambar-gambar alam beserta gambar-gambar mereka yang tak berape nak poyo itu.


Jalan~~




FImin berkata:
Gian nak makan roti canai. Kat kafe, dah mula jual sejak 2, 3 hari ni. Malangnya, semalam, punyalah awal pakcik itu berkemas, tak menyempat-nyempat nak tunggu F balik kelas dulu. Harap-harap pagi ni ada..

2 comments:

cik zatil said...

waaa...rajin nye kamo dear men daki bukit..good job! hehehehe..

kalau dah lame tak g outdoor akt mmg tak laratkan..

same goes to me, dah lame giler tak beroutdoor neh..hehhee

f is fikah said...

a'ah cik zatil..
td dh nek gune basikal,
tapi masih termengah-mengah lagi..
memang stamina orang tua sunnguh F ni..
teruk betul..
tapi alhamdulillah..
sebab tak delah saket2 badan..
sebab naek basikal kot..
kitorang berhabis rm5 untuk basikal je..
untok 3jam..
berbaloi-baloi jugaklah..