Wednesday, January 27, 2010

Hlovate, Oh Hlovate..

Salam untuk semua di tengah-tengah malam ni. Sempat lagi nak kongsi cerita tentang Hlovate ni

1. aA+bB

F kenal Hlovate adalar dah nak dekat setahun kot. Masa tu, novel pertama yang F baca ialah aA+bB. Novel Melayu yang lari dari kebiasaan, bukan khayalan, memang terasa realitinya, sebab setiap yang berlaku dalam penceritaan novel aA+bB, terasa dekat dengan hati dan jiwa. Ayat-ayat Hlovate sangat sempoi dan F sangat suka dengan quotes yang ada.





2. Rooftop Rant


Kemudian, baca Rooftop Rant. Jika anda seorang yang jiwang karat dan tangkap leleh, ternyatalah bahawa novel ini bukan untuk anda. Hhahahaha. Ketawa jahat sikit. Gurau je. Boleh je baca, takde hal lah. Tapi novel ni banyak berkisarkan tentang prinsip hidup dan dugaan yang kita tempuhi sehari-hari. Keagamaan dan kerohanian banyak disentuh dalam novel ni. 2 watak utama, Jade dan Trisy, berbicara tentang segalanya, di bumbung sebuah bangunan. Nak tahu lagi?? Baca sendiri. Hehe





3. Tunas

Lepas tu, F beli Tunas dekat KL International Book Fair tahun lepas. Harga berdiskaun, sebab kitorang borong sekali dengan Rooftop Rant dan aA+bB. Sebelum tu, asyik pinjam kawan je yang punya, tak syok sangatlah kan. Maka, memiliki itu lebih baik. Hahaha. Tunas akan imbau balik kisah-kisah yang berlaku antara Addin dan Benz sewaktu di sekolah dulu. Juga menceritakan tentang anak-anak buah Addin yang otai dan menggelarkan diri mereka, 'The Magnificent Seven'. Mesti baca, terutama yang pernah tinggal kat hostel dulu-dulu masa kat sekolah, memang korang akan feeling habis sebab setiap benda yang mereka buat, mungkin kita juga pernah buat. Betul tak??[tak jumpa sinopsis pulak..nak cilok dari Tunas yang F punya, ada kawan pinjam laa..]




4. 5 Tahun 5 Bulan

5 Tahun 5 Bulan. Yang ini pinjam dari Jay. Dialah yang offer, cakap F mesti suka punya novel tu. Memang betul sangat-sangat, sebab F memang letak rank #1 untuk 5 Tahun 5 Bulan. Johanna dan Afiq. Maybe suka, sebab nama Afiq tu, dekat sangat dengan F. Dan banyak main masak-masak pulak dalam cerita ni sebab Jo atau sewaktu di rumah Afiq or Along, dipanggil Anna, merupakan orang gaji rumah tu. Sangat pandai masak dan kemas rumah segala. Kiranya macam perempuan Melayu terakhirlah katakan. Tapi jangan main-main tau, sebab si Anna ni memang terer bab-bab kenal skaters semua. Sangat impressed, because Hlovate portrays a non-cliche Malay girl. Dan itu, F suka.





5. Gurindam Jiwa [Schubert's Serenade] & Pelangi [Ked's Story]

F sekarang ni, tak sabar-sabar nak baca Pelangi pulak. Yang terbaru dari Hlovate, tapi satu cerita saja, kongsi dengan penulis lain. Hlovate akan bercerita tentang Ked' Story. Yang skaters, mesti nak baca punya, sebab F tumpang baca separuh kat MPH hari tu, memang banyak gila istilah skateboarding. Still, the story itself that keeps me triggered to read that. Satu lagi, Schubert's Serenade [dalam Gurindam Jiwa]. Tak ada idea lagi tentang buku ni, tapi kalau tak silap karya pertama Hlovate diterbitkan kat situ. Maaf sebab tak dapat cari gambar sebab internet cam kura-kura sikit.










Kesemua gambar di atas bukan milik F. Maaf sebab tak dapat nak cari sinopsis untuk Tunas dan gambar Gurindam Jiwa [Schubert's Serenade]. Novel-novel Hlovate merupakan terbitan Jemari Seni. F hari tu, dapat buku kecil comel sekali dengan al-Ma'thurat mini yang ada signature Hlovate dan kata-kata yang best. Sorry, tak sempat nak snap sebab dah packing buku tuh.





FImin berkata:
Ini bukan novel biasa-biasa yang kita selalu baca. F rasa, siapa-siapa yang anti dengan novel Melayu, akan jadi pro, lepas baca Hlovate punya. Cubalah, tak rugi. Boleh jenguk laman kayangan Hlovate kat sini.


p/s: Hlovate seorang student medic kat UK.

5 comments:

Nadia said...

hye ...!
its gud 2 know dat some1 else pun minat HLOVATE jgak! kite pun pminat stia HLOVATE! Really luv die nye pnulisan! jtuh cinta pertama kali dgn "TUNAS" & sambungan dr cter "TUNAS" 2 "aA+bB"! besh sgt 2 crita 2 sbb; ialah HLOVATE nye ayat mmg sempoi sgt & xbape jiwang sgt tp quite sweet 4 me. plus, 2 cter tersebut berkisar dkat area my house(epo,Perak). hope sgt one day dpat jmpe pnulis nya. if one day u ade pape info psal HLOVATE, do inform me. really appreciate it. =)

HuRuL_AiNi said...

salam...saya pun peminat hlovate gak...
dah mula baca cerita dia sejak zaman e-novel lagi...sebelum dia terbitkan buku2 dia....hehehe

ked's story x beli lagi...Tunas dah beli tapi tak baca lagi...tapi 2-2 pun dah pernah baca versi online punya....hehehehe

kalau nak baca cerita2 lama dia ni...usha je blog dia, masih ada semua...hehehe

p/s:ur FB badge - TVXQ??? hahaha...i love them too :)

f is fikah said...

nadia;
memang best la kalo berlaku kat area rumah..
lagi feeling kata orang..
F lagi minat 5T5B..
jo dan along~~

f is fikah said...

hurul aini;
hehe..
singgah kat blog anda..
sangat informatif okie??
suka part download cite2 tuh..
nanti cuti nanti, boleh la F download sakan..

bagusnya dah kenal hlovate awal2..
kenal memang dah lepas jadi novel segala..

tvxq??
hehe..
speechless..

Drmujaheedah said...

Really love Rooftop Rant a lot