Sunday, January 24, 2010

Apa Khabar Anda Hari Ini??

UPDATED!!
KKK & TBH menang!!!! Wooohhhhooo!!! Kalau kat rumah, memang dah siap lalak sakan sambil juget-juget ngan Achu ni.

TBH baling raket kat peminat. KKK pulak peluk Rexy Mainarki, siyes nampak comel.



CONGRATULATIONS TO LEE CHONG WEI and KKK & TBH.






 



Perasaan : Gembira atau sedih??


Entri macam ting tong sikit. Tajuk pun, siyes poyo, tanya macam orang lepas bangun dari tidur di pagi hari. Oh, F tanya kat atas tuh, dah jawab ke belum?? Sedihkah?? Gembirakah?? Tak ada perasaankah??



TV : Koo Kien Keat & Tan Boon Heong
[comeyl sikit dari Min, Min comel lagi banyak. hehe]



p/s: KKK kaler rambut dia balek..hehe
TBH menten saja sudaa~~


Tengah layan badminton Super Series Malaysia Open. My all-time favourite pair : Koo Kien Keat - Tan Boon Heong, yang tengah lawan. Sekarang tengah break, dorang kalah lah pulak 2nd set.

Minat dorang sejak sekolah menengah. Siap kumpul gambar-gambar dorang kat suratkhabar sambil berebut dengan Naim. Tapi sekarang ni, dah tak tau la kat mana letaknya.


Pernah terserempak dengan dorang masa kat MSN Bukit Jalil tahun 2008 hari tu. Kawan-kawan lelaki ada yang sempat ambil gambar dengan TBH la. Dorang cakap dia sangat baik okey?? Friendly. 


KKK pulak, kitorang ternampak dia sama TBH satu pagi nak ke mana entah. Praktis kot. Maka tak sempat nak snap ke hape, sebab laju sangat doang blah.



Baca : Zack Zukhairi



Okey. Enough said. Baca entri terbaru Zack Zukhairi. Siyes feeling. Kalau orang laki baca, aku tak tau la korang dapat feeling ke tak, sebab yang tulis pun lelaki. Patutnya ada rasa feeling la kan sikit??

Aku baru sedar, sejak dua menjak ni, inche Zack buat entri yang agak sentimental. Biasanya, entri-entri sebelum ni, siyes poyo, lawak, gelak guling-guling dan itu, buat aku happy. Bila tengok entri-entri terbaru, sedar tak sedar, inche Zack luahkan rasa hati dia yang sebenar. Adillah kan, kawan?? Sebab dia sentiasa ada untuk buat kita happy, maka tak salah kalau kta pun berkongsi rasa haru-biru segala tu kan, kan?? Tolong angguk.

Hasiyh~~
Dah panjang sangat cerita pasal inche Zack, F nak cerita pasal satu band indie yang buat lagu tangkap leleh punya. Korang tak suka, tak payah bacalah entri ni, tapi kalau diam-diam pergi blog dia, F setuju. 


Nama: Encik Mimpi.




Ya, mimpi. Tak tahulah sejarah nama mimpi ni. Sebab F tak polo dia dari awal. Cuma tahu, rumet yang dok kecoh-kecoh, paksa rela suruh dengar lagu-lagu dia.

Maka, F pun dengar. Sebab F pun gila jiwang karat feeling nak mati, terus jatuh suka + sayang + cinta sama lagu itu. 

Lagu : Selamat Tinggal Bintang

Lagu yang dicipta pada tahun 2007, masa tu, F baru Pom Faiv. Sangat layan sambil lentok-lentok kapla wa. Best ar!!! Encik Mimpi, lagu itu sangat best okey??!!

Encik Mimpi sangat friendly. Siyes wa cakap lu. Rumet ada problem nak download lagu-lagu En.Mimpi dari 4shared, [ya, En. Mimpi letak link untuk peminat dan pengikut dia download] rumet pun mengadulah, tak dapat nak download segala. Maka, dengan pantas dia hantar attachments through the emails. Bro, you rock la!!

Wishing that you're keeping low profile like this, always and forever, even when one day you'll become famous.

Layan~~

Credit : GoogleImages
ZackZukhairi
En.Mimpi & The Tidor


FImin berkata:
Dahla F macam susah sikit nak minat budak-budak indie ni..Cayalah En.Mimpi & The Tidor!! 
Nak tahu lebih lanjut, kliklah sendiri..

9 comments:

Nurul Zaty said...

hebat ar fikah...
ye ye..fikah ngaku dia jiwang..haha
jom la join aku ok..
lyn jiwang hari2..
lyn lgu encik mimpi
lupakn lah dbsk..hee

Sarah Kushairi said...

HOT KAN TAN BOON HEONG AND KOO KIEN KEAT?? AAHHHHHHH :D
Aku rasa taste aku memang mamat2 cina/korean/japanese kot. Huhu.
Tadi aku tgk first set and 2nd set separuh je. Huhu.

[junoesque] a.k.a zuhaiza said...

hoho~~
aku pun baru chekidaut en.mimpi punya lagu dr blog zaty..
sebab rasa ingin feeling jiwang2 yg membuak2..
aku pun download lagu2 dia..
siyes lentok abis..
macho sangat..huhu..
aku nie jenis layan indie..hehe..
6t nak wat entri pasal en.mimpi jgk la

f is fikah said...

zaty;
mana mungkin ku tinggalkan min yang ku sayang itu..
en. mimpi pun en.mimpi gak..
min totap no.1 kat ati den..

f is fikah said...

sarah;
SANGAT HOT [fullstop].
siyes memang taste aku laki2 cina/korea/jepun..
tapi MIN is my priority for sure..

f is fikah said...

zuhaiza;
lagu dia jiwang yang tak buat aku meluat or termuntah pun..
sangat sempoi..
sangat macho..
zaty dari semalam tak abes2 ngan slmt tggl bntg tuh..

[junoesque] a.k.a zuhaiza said...

haha..
jadi promoter tak berbayar la plak..
xpe2..teruskan dgr lagu tue biar meleleh taik telinga..haha

oh en.mimpi~~
suara dan lagumu sungguh macho..

cik zatil said...

en mimpi sudah femes sekarang
dgn petikan gitar akustik
beliau..

suke gak dgr lagu en mimpi
[nmpk sgt jiwang..hehehe]
time windu org jauh..

ni f ciap pomot en mimpi
ea..ada komisen ke dik??

[^_^]V.

f is fikah said...

cik zatil;
akak pun memang minat die eh??
hehe

komisen??
nanti tunggu die balek mesia, baru kami claim..haha