Wednesday, January 6, 2010

Ah, Darah??!!

Dalam seminggu ini, F sangat sibuk. Kadang2 sampai stres pun ada dengan kerja2 dan tugasan yang tak nampak bayang macam nak habis. Walaupun F sakit2 seluruh badan akibat jatuh kat kawasan air terjun di Sungai Tekala dengan lebam2 dan luka semua, walaupun urat2 semua rasa nak tercabut dan kaki tangan nak terlerai dari badan sebab main permainan tradisional mewakili mahallah dan walaupun kepala macam nak pecah dan kaki habis bengkak dan tangan lenguh2 [sebab angkut barang2 nak jual kat RAFEST untuk MEDCY, dari Kota Raya ke Pasar Seni, jalan kaki pulak dari untuk ke KTM untuk ke Mid Valley Megamall], F sanggup tak telan sebarang ubat, melainkan sapu minyak saja. Itu pun tak berkesan sangat. 

Pada malam sebelum hari Selasa, F paksa diri tidur pukul 2, sebab biasanya tidur pukul 3 ke atas sejak lepas cuti pertengahan semester hari tu, supaya cukup tidur sekurangnya 4-5jam.

F juga laratkan diri pergi Kafe A kat Jambatan Babylon yang fofular tu, beli nasi sekali dengan ikan keli goreng yang besar gedabak tu, rugi pulak tak ambil gambar, sebab nak pastikan badan ni cukup tenaga.

Hanya untuk diberitahu:

''Awak ni tak boleh derma darah sebab zat besi tak cukup.''

F pun haaaaaa???!!! ternganga siap depan akak tuh.



F : Zat..besi..tak..cukup..??

Akak itu : A'ah. Awak punya 11.2 je.

F : Sepatutnya berape??

Akak itu : Sepatutnye kena 12.5. Hari Jumaat ni pun belum tentu lagi cukup zat besi awak ni. Awak datang tahun depan ek, eh tak len kali je ok??

F : [terus terpana sambil buat muka seposen, masih tak berganjak dari kerusi, sambil tahan sakit, jari tengah kanan kena cucuk]


Maka, F pun berlalu pergi dengan hati yang berat lagi sugul. Macik misi yang jaga kat kuar nampak F, terus tegur.


Macik misi : Dah derma darah ke dik??

F : [sambil tunduk] Tak macik..saya tak cukup zat besi [macam budak kecik bunyinya kat situ]

Macik misi : Kejap..[berlalu untuk ambil sesuatu..ingat nak bagi roti..rupanya..] Nah, ambil pil ni..

F : Time kaceh macik..luv ya..[oh, itu tokok tambah ja..]


Bukan pil perncang ok?? Tapi folic acid sama ferrous fumarate.

Ini pertama kali F tak lepas. F pun pelik gak. Tapi roomie cakap, mungkin sebab dah dua minggu asyik tidur lewat dan berjaga bak musang, maka ketahanan badan kurang, zat besi pun tarak. Sedih..sedih..






FImin berkata:
Kepada budak2 CFS UIA PJ yang baca entri ini, sila jangan segan derma darah anda. Tak sakit pun. Bak kata Moon, kita lagi besar dari jarum, nak takut apa?? Dan, memang betul berat badan akan bertambah dan badan sedikit berisi selepas derma darah, tapi berat badan F sebenarnya makin ideal dan badan rasa sihat sikit. Jangan takut dengan jarum yang menyentuh permukaan kulit anda, tak sakit pun. Yang konon2 ada bengkak2 tu, sebenarnya apabila tak jumpa cari urat. Itulah, sapa suruh bagi tangan kiri yang jarang sekali buat kerja. Ini pengalaman F sendiri, bagi tangan kiri konon tak nak sakit. Alih2, terpaksa juga guna tangan kanan yang lagi lancar derma darah. Tangan kiri yang susah nak keluar darah tuh pulak yang terlebih2 sakit. Pitam?? Tak adanya lah. Dengan syarat lepas derma darah tu, duduk dulu, minum2, makan2, dengan apa yang tersedia. Jangan kalut2 nak keluar, laung satu dunia, AKU DERMA DARAH WEYH!!! Haha. Teringat kisah2 lama pulak. Selamat menderma!!

2 comments:

nourelain badaruddin said...

WEII AKU DERMA DARAH WEYHH!!!

Ahahaha. Just kidding~~

My roomate pun case same like yours too tp dye try again on the last day.

And guess what?? She passed!!

Tapi in between the days dye makan lots of seafood la. Taktau la sbb tu ke ape, tp she's lucky cuz that last time, akak tu x check pn either zat besi dye ckup ke x..

neway, why dont u try again on the last day? :D

afiqah said...

nourelain:

hahaha..

same case haa??
mmg rmai gak dgr nye same case..
pdrma baru lepas plak..
pdrma tegar[kunun3] xlepas iron lak..

supposed i'd try again this afternoon..
tp tbe2 lak tukar fkrn..
frust sgt kot..haha

igt nk try last day..
but i nnt bz ngan rafest lak..
tkot xckup energy..
i ni lembik sket..hehehe

thanx nway..